Ada masanya dalam hidup, kita perlukan ‘pause button’, bukan untuk lari jauh, tapi sekadar beri ruang pada diri untuk bernafas semula. Itulah yang saya lakukan pada Oktober lalu, saya larikan diri ke Melbourne untuk melihat kota yang belum pernah dijejaki.
Untuk dua malam pertama, saya pilih untuk bermalam di Novotel Melbourne Central, dan pilihan ini saya boleh katanya tepat kerana ia memberikan pengalaman yang saya impikan.

Melbourne memang terkenal dengan seni jalanan, kopi terbaik, bangunan bersejarah, dan kejutan-kejutan kecil di setiap lorongnya.
Jadi apabila saya sampai lebih awal daripada waktu check-in, staf hotel menyambut saya dengan senyuman dan menawarkan untuk menyimpan beg. Perkara ini nampak simple, tetapi ia buat saya rasa “Okay… this is going to be a good stay.”
Tanpa beban, saya terus keluar menjelajah kota. Dalam masa beberapa minit, saya sudah tiba di State Library Victoria, sebuah ikon Melbourne yang indah dengan seni bina klasik.
Dari situ, saya melintas ke Melbourne Central, pusat beli-belah yang penuh dengan kedai, butik dan kafe yang menghidangkan kopi yang cukup wangi untuk mengundang sesiapa sekalipun untuk singgah. Lokasi hotel ini memang betul-betul strategik, saya boleh ke mana-mana dengan berjalan kaki sahaja.
Bilik yang selesa untuk rehatkan diri, tidur lena
Selepas makan tengah hari, saya kembali ke hotel untuk check-in. Apabila pintu bilik dibuka, hati terus melonjak gembira. Biliknya deluxe dengan katil bersaiz raja ini sangat luas, moden, dan paling penting, ada pemandangan bandar Melbourne yang begitu “alive”.
Sofa di tepi tingkap menjadi tempat kegemaran saya sepanjang staycation ini. Setiap petang, saya akan baring di situ dengan ditemani secawan kopi. Sesekali saya akan mengintai kesibukan kota.


Malamnya pula, bilik ini seolah-olah mendodoikan saya supaya dapat tidur lena. Tilam empuk, bantal lembut, dan suhu bilik yang tepat buat tidur malam tidak terganggu dan bangun segar-bugar keesokkan harinya.
Jika berminat untuk menginap di sini, Novotel Melbourne Central menawarkan beberapa jenis bilik. Jadi boleh pilih ikut keperluan dan bajet anda. Selain deluxe, ada bilik standard dan executive.


Tarikan Sekitar Hotel, Semuanya Dalam Jarak 5–15 Minit
Inilah kelebihan terbesar hotel ini, kedudukannya di pusat bandar (CBD) memudahkan anda ke hampir semua tarikan utama tanpa perlu fikir tentang teksi atau Grab.
Antara tempat wajib singgah yang sangat dekat:
1. Chinatown Melbourne
Kurang dari 5 minit berjalan kaki. Penuh dengan restoran Asia, kedai manisan, bubble tea dan suasana malam yang sangat meriah.
2. Emporium & Melbourne Central
Tempat beli-belah paling popular di CBD, dari jenama antarabangsa hingga butik tempatan.
3. State Library Victoria
Ikon bandar Melbourne dengan seni bina cantik dan ruang membaca yang tenang.
4. Queen Victoria Market
Hanya satu perjalanan tram percuma daripada hotel. Tempat terbaik untuk beli cenderamata, makanan segar & street food.
5. Bourke Street Mall
Pusat beli-belah terbuka dengan jenama fesyen terkenal.
6. ACMI & Federation Square
Untuk pencinta seni, tempat ini memang wajib pergi. Naik tram percuma sahaja.
Dengan Free Tram Zone, anda boleh bergerak ke mana-mana di CBD tanpa bayaran, sangat jimat untuk pengembara.
Rasa Selamat & Sesuai untuk Solo Traveller
Satu perkara yang mungkin tidak disebut oleh ramai orang tetapi penting untuk saya ialah rasa selamat, terutama apabila saya berjalan seorang diri balik ke hotel pada waktu malam. Kawasan sekitar hotel sentiasa terang, ramai orang dan dekat dengan jalan utama.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila ke laman web Novotel Melbourne Central.

