Scoot, anak syarikat tambang rendah Singapore Airlines (SIA), menyajikan lebih alasan untuk melancong dan menjemput rakyat Malaysia menjelajah dunia demi makanan menerusi kempen terbaharunya, ‘Scoot Beyond Borders, Turning Flavours into Journeys’.  

Kempen ini bertujuan untuk menyemarakkan minat rakyat Malaysia terhadap makanan kerana makan merupakan aktiviti yang amat sinonim dengan rakyat Malaysia.

Bagi menyemarakkan semangat eksplorasi ini, Scoot bekerjasama dengan ilustrator muda Malaysia, Riynn Lee (@mashpatooties), yang menterjemahkan pengalaman kulinari serta perjalanan peribadinya ke dalam sebuah ilustrasi digital penuh warna dan kehangatan emosi.

Riynn Lee (@mashpatooties)

Inspirasi karya tersebut lahir daripada perjalanannya ke Phu Quoc, Vietnam, destinasi yang kini dijejaki oleh Scoot menggunakan pesawat Embraer E190-E2.

Di pulau yang terkenal dengan hasil laut segar dan pasar tempatan yang meriah itu, Riynn mendapati bahawa setiap hidangan membawa cerita, dan setiap persinggahan membuka ruang untuk kefahaman baharu terhadap budaya setempat, satu pengalaman yang begitu dekat dengan jiwa rakyat Malaysia yang pantang jumpa makanan unik.

Peta ilustrasi perjalanan Ke Phu Quoc yang dihasilkan oleh Riynn Lee (@mashpatooties)

Scoot, melalui rangkaiannya yang kini meliputi lebih 70 destinasi merentasi Asia Pasifik, Timur Tengah dan Eropah, membuka pintu kepada para pengembara Malaysia untuk menikmati kepelbagaian rasa global.

Dari aroma makanan jalanan Vietnam yang meruap di udara hingga pastri halus yang menanti di kafe elegan Vienna, rangkaian Scoot memberi laluan mudah kepada pelancong yang menjadikan selera sebagai kompas mereka.

Menurut Pengarah Pemasaran, Komunikasi dan Kesetiaan Scoot, Agatha Yap, perjalanan bukan sekadar bergerak dari satu titik ke titik lain. Ia adalah pengalaman yang terbina melalui pertemuan, aktiviti baharu dan tentu sekali, makanan yang membangkitkan emosi serta kenangan.

“Di Scoot, kami percaya bahawa melancong bukan sekadar perjalanan dari satu destinasi ke destinasi lain. Ia juga untuk mencipta pengalaman indah sama ada dengan menghabiskan masa bersama orang tersayang, mencuba aktiviti baru mahupun menikmati makanan yang enak.”

“Kami mengambil keputusan untuk berkerjasama Riynn kerana kreativitinya untuk menterjemah keseronokkan mencuba pelbagai hidangan hebat ketika mengembara. Kempen terbaharu kami ini bukan sahaja mengetengahkan rangkaian Scoot ke pelbagai destinasi kulinari popular malah ia turut meraikan hubungan budaya menerusi makanan.” kata Pengarah Pemasaran, Komunikasi dan Kesetiaan Scoot, Agatha Yap.

Pengarah Pemasaran, Komunikasi dan Kesetiaan Scoot, Agatha Yap dalam satu sesi pertemuan dengan pihak media baru-baru ini.

Riynn sendiri menyifatkan kerjasama ini sebagai peluang untuk menghidupkan momen peribadinya melalui visual. Baginya, Phu Quoc mengingatkannya bahawa rakyat Malaysia sentiasa terikat dengan makanan sebagai lambang budaya dan identiti.

Setiap perjalanan membawa ceritanya sendiri, dan melalui ilustrasi tersebut, beliau berharap rakyat Malaysia dapat melihat diri mereka dalam setiap karakter, warna dan suasana, lalu terdorong untuk mencipta kisah kulinari mereka sendiri bersama Scoot

“Ketika di Phu Quoc, saya diingatkan betapa pentingnya makanan buat rakyat Malaysia kerana kita semua adalah pencinta makanan. Saya mahu ilustrasi yang dihasilkan mampu menggambarkan dengan jelas rasa ingin tahu, kemeriahan serta keseronokan yang saya alami.”

“Saya berharap setiap rakyat Malaysia boleh melihat diri mereka di dalam ilustrasi yang saya hasilkan dan mendapat ilham untuk memulakan perjalanan kulinari baharu mereka dengan Scoot,” ulas Riynn.

Scoot, yang memulakan operasinya pada 2012 dan kemudian bergabung dengan TigerAir Singapore pada 2017, kini mengendalikan armada 50 pesawat moden dan cekap termasuk Boeing 787 Dreamliner, keluarga Airbus A320 dan Embraer E190-E2.

Sebagai syarikat penerbangan tambang rendah yang telah meraih pelbagai anugerah, Scoot terus memperkukuh reputasinya dengan menawarkan pengalaman perjalanan yang selesa, boleh dipercayai dan berbaloi.

Bagi sesiapa yang ingin menjadikan makanan sebagai peta perjalanan seterusnya, maklumat lengkap tentang jadual penerbangan dan tempahan boleh didapati di  www.flyscoot.com.

Share:
, , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah