Fairfield by Marriott Chow Kit Kuala Lumpur adalah penjenamaan semula hotel yang dahulunya dikenali sebagai Fairfield by Marriott Jalan Pahang. Transformasi ini dilakukan bagi mempamerkan keindahan dinamik dan semangat bertenaga dari kawasan kejiranannya.

Diilhamkan oleh warisan unik, The Beauty of Simplicity, tetamu boleh bersenang-lenang di Fairfield by Marriott Chow Kit Kuala Lumpur kerana penginapan ini menjanjikan penginapan yang mesra, santai, dan selesa di

Terletak di kawasan yang di kawasan yang meriah dan kaya dengan budaya Chow Kit, Fairfield by Marriott Chow Kit memberi peluang kepada tetamu untuk mengutip pengalaman unik, meneroka budaya dan warisan tempatan yang masih boleh didapati di tengah kota Kuala Lumpur.

Kampung Baru yang menjanjikan pengalaman kulinari yang meriah hanya beberapa kilometer dari hotel dan jika anda memandu di luar waktu puncak, perjalanan hanya mengambil masa kurang dari 15 minit.

Selain itu, anda juga boleh mengintai pasar basah Chow Kit hanya dengan berjalan kaki. Pasar yang menjual pelbagai produk segar pada harga murah ini terkenal turun-temurun dan masih menjadi pilihan ramai suri rumah.

‘The Beauty of Simplicity’ menggambarkan estetik modern calm jenama Fairfield by Marriott di seluruh ruangan awamnya.

Hotel ini menampilkan 186 bilik yang luas dan serba lengkap, dan sempena pertukaran nama ini Fairfield by Marriott Chow Kit telah memperkenalkan beberapa kategori bilik baharu, termasuk Bilik Superior Corner, Bilik Deluxe Corner, dan Bilik Premier (sebelum ini dikenali sebagai Bilik Deluxe).

Fairfield Suite
Premier Guest Room
Fairfield Suite Living Room

Sama ada untuk perjalanan perniagaan atau percutian, penambahan ini direka untuk memenuhi pelbagai keperluan dan pilihan pengembara. Dengan dekorasi moden dan staf yang ramah, tetamu boleh mengharapkan hospitaliti mesra dan kemudahan yang dipercayai.

Makanan halal untuk semua

Restoran utama Fairfield by Marriott Chow Kit, Lesung, secara rasmi diperakui Halal oleh JAKIM dan menawarkan pelbagai pilihan masakan tempatan dan hidangan klasik citarasa barat.

Restoran juga telah menaik taraf menu à la carte dengan rangkaian hidangan pelbagai pilihan untuk memenuhi selera tetamu yang berbeza-beza.

The Market, yang berada di ruang serbaguna lobi, adalah pilihan yang mudah untuk tetamu untuk mencari makanan segera semasa dalam perjalanan. Ruangan ini juga telah diperbaharui, memberikan suasana yang selesa dengan pelbagai pilihan minuman, pastri, dan snek grab and go.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan secara dalam talian, anda boleh melayari laman web Fairfield by Marriott Chow Kit Kuala Lumpur.

Share:
, , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah