Trip.com Malaysia teruja untuk mengumumkan pelancaran Jualan Mega 7.7 yang amat dinanti-nantikan, untuk menawarkan pakej dan promosi perjalanan dan pelancongan yang sukar ditandingi. Acara luar biasa ini bermula dengan tempoh prajualan dari 2-3 Julai 2024 dan diikuti dengan jualan hebat empat hari dari 4-7 Julai 2024.

Buat julung kalinya di Malaysia, Trip.com berbangga untuk memperkenalkan baucar penginapan hotel sebagai sebahagian daripada kempen menarik ini. Pengguna Trip.com boleh merebut tawaran untuk mendapat potongan harga sehingga 60% bagi penginapan hotel mereka di pelbagai destinasi, tanpa perlu mengesahkan tarikh penginapan sehingga mereka bersedia untuk menentukan perjalanan mereka. Baucar kekal sah sehingga setahun dari tarikh pembelian, dan boleh dibatalkan secara percuma sekiranya rancangan perjalanan berubah. Hotel-hotel yang turut serta termasuk Mercure ICON Singapore City Centre yang baru dibuka dan Bus Collective unik untuk mereka yang ingin bercuti di seberang Tambak Johor, Mondrian Hong Kong yang serba bergaya dan Sofitel Bangkok Sukhumvit yang sungguh mewah untuk sesiapa yang suka berkongsi pengalaman ke luar negara di media sosial, selain banyak lagi dari destinasi popular di rantau Asia.

Antara tawaran menarik lain termasuk:

Promosi Satu Harga AirAsia: Buat pertama kali di Trip.com, nikmati promosi satu harga AirAsia! Dapatkan tiket dua hala dari Kuala Lumpur ke Singapura pada harga hanya RM99, atau tiket penerbangan pergi balik ke Bangkok pada harga hanya RM199. Jualan bermula jam 10.00 pagi pada 4 Julai, dengan tempoh perjalanan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2024.

Beli 1 Dapat 1 Tiket Destinasi Menarik PERCUMA: Rebut tawaran hebat separuh harga untuk mengunjungi tempat menarik popular seperti Taman Tema LEGOLAND Malaysia, Skyline Luge Kuala Lumpur, Aquaria KLCC dan Universal Studios di Singapura.

Potongan 50% bagi e-SIM: Pastikan anda boleh berhubung sepanjang perjalanan anda dengan e-SIM pada separuh harga untuk semua negara.

Setiap jualan kilat akan bermula pada waktu tertentu dan ditawarkan atas dasar siapa cepat dia dapat. Untuk butiran lanjut, sila rujuk jadual di bawah.

Jika semua tawaran hebat di atas tidak cukup menarik, pengguna Trip.com juga boleh menjimatkan lebih daripada RM500 dengan Kod Promo eksklusif bersama tempahan masing-masing!

Penerbangan: Jimat RM200 apabila menempah penerbangan bernilai sekurang-kurangnya RM1,500. Kod Promo disiarkan setiap hari pada jam 12.00 tgh malam dari 4-7 Julai. Pengguna baharu boleh menikmati potongan sehingga RM100 bagi perbelanjaan minimum RM1,000.

Hotel: Dapatkan potongan RM200 bagi semua tempahan hotel dengan perbelanjaan minimum RM1,500. Kod Promo disiarkan setiap hari pada jam 12.00 tgh malam dari 4-7 Julai. Kod promo eksklusif sehingga RM200 (perbelanjaan minimum RM1,500) akan diberikan kepada mereka yang melanggan risalah e-mel kami dan ahli kumpulan Telegram. Sertai kumpulan Telegram kami di https://t.me/TriptalksMY dan langgan risalah e-mel kami di https://my.trip.com/subscribe.

Lawatan & Tiket (TNT): Nikmati diskaun sehingga RM100 dengan perbelanjaan minimum RM800 bagi tempahan ke tempat menarik.

Selain tawaran luar biasa ini, terdapat juga diskaun tambahan – sehingga 30% bagi penerbangan, dengan diskaun serta-merta RM30 untuk penerbangan yang berlepas dari Malaysia ke China, Thailand dan Singapura yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan turut serta termasuk Malaysia Airlines, AirAsia, Firefly, dan banyak lagi. Tawaran hotel yang setanding juga boleh didapati, dengan penjimatan sehingga 70% bagi penginapan hotel di destinasi popular termasuk Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, Jepun, Korea, Vietnam, dan China.

Bercadang melancong ke China? Nikmati khidmat pengambilan penumpang dari lapangan terbang yang kami sediakan secara percuma semasa percutian musim panas anda! Trip.com Transfers bertujuan untuk memastikan perjalanan yang lancar dengan khidmat mengambil penumpang dari lapangan terbang. Jika anda menempah penerbangan menerusi Trip.com ke satu daripada tujuh bandar raya di China (Beijing, Shanghai, Guangzhou, Shenzhen, Chengdu, Chongqing, dan Xi’an) yang tiba antara 1 Julai dan 31 Ogos, dan mendapatkan kupon daripada laman acara yang ditetapkan dalam tempoh 1-15 Julai, anda layak mendapat khidmat pengambilan penumpang dari lapangan terbang secara percuma!

Jualan Kilat Harian dan Kalendar Kod Promo

MasaKhamis 4 JulaiJumaat 5 JulaiSabtu 6 JulaiAhad 7 Julai
12.00 tgh mlmKod Promo
(Penerbangan/Hotel/TNT)
Kod Promo
(Penerbangan/Hotel)
Kod Promo
(Penerbangan/Hotel)
Kod Promo
(Penerbangan/Hotel)
10.00 pgPromosi Satu Harga AirAsia
Kuala Lumpur ke Singapura RM99 pergi balik

Kuala Lumpur ke Bangkok RM199 pergi balik
///
12.00 tgh hariAquaria KLCC
Dewasa Hujung Minggu

Beli 1 Dapat 1 PERCUMA RM51
Taman Tema LEGOLAND Malaysia
Beli 1 Tiket Dewasa Dapat 1 Tiket Kanak-kanak PERCUMARM200
Universal Studios Singapura
Tiket Dewasa

Beli 1 Dapat 1 PERCUMA RM289
Skyline Luge
5 Luge + SkyrideBeli 1 Dapat 1 PERCUMA RM80
6.00 ptgKod Promo
(Penerbangan)
//Kod Promo
(Hotel)

Jangan terlepas peluang untuk menikmati tawaran luar biasa ini! Pastikan anda menandakan tarikh-tarikh penting untuk memanfaatkan sepenuhnya Jualan Mega 7.7 dengan Trip.com Malaysia. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Trip.com (Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu) atau buka aplikasi Trip.com.

Share:
You may also like
Latest Posts from Travellah