Berdiri megah di ibu negara Indonesia, Aston Kemayoran City Hotel dalah sebuah hotel bertaraf antarabangsa di Jakarta yang menawarkan perkhidmatan terbaik buat para tamunya.

Sebagai salah satu hotel terbaik di kawasan Kemayoran, Jakarta hotel ini mampu membuktikan bahawa mereka boleh mewujudkan suasana terbaik dan selesa buat setiap pengunjungnya. Lagipun, jenama Aston memang salah satu jenama hotel tempatan yang sangat popular di Indonesia.

Terletak di tengah kawasan Kemayoran di Jakarta Utara, hotel ini mudah ditujui kerana berada di kawasan yang sangat strategik. Berada di kawasan pusat perniagaan serta komersial, ia juga mudah dijangkau berkat aneka pengangkutan awam yang ada di kota ini. Malah pusat pameran dan ekspo terbesar Indonesia iatu, JIExpo, terletak berdekatan hotel ini. Ia juga berhampiran banyak pejabat korporat dan kerajaan menjadikannya destinasi sesuai untuk mesyuarat dan penginapan perniagaan.

Ia juga tidak jauh dari kawasan rekreasi tersohor iaitu Ancol yang terkenal dengan taman tema Dunia Fantasi (DUFAN) serta kawasan pantai berdekatan. Ini menjadikan hotel ini juga sesuai buat seisi keluarga.

Hotel ini juga mudah diingati kerana senibina bangunannya yang gah dan tinggi selain kedudukan di pusat kota. Pasti ramai yang tidak akan melepaskan pandangan dari senireka bentuk hotel berprestij ini. Dari jauh lagi sudah kelihatan seni rekanya yang unik.

Kedudukan hotelnya juga berada di tingkat yang tinggi dengan bahagian sambutan tetamu di tingkat 23!

Berbekalkan bilik-bilik yang dihias secara kontemporari dan eksklusif, hotel ini turut menawarkan pemandangan kota yang menakjubkan dari jendela bilik di tingkat atas.

Dilengkapi dengan sebuah restoran bernama Silangit yang menawarkan hidangan makanan tempatan dan antarabangsa yang lazat, hotel ini juga menampilkan Level 25th Lounge buat para tamu yang ingin menikmati hiburan dan minuman.

Namun tumpuan utama hotel ini adalah Skyview Rooftop yang menjanjikan panorama indah, khasnya pada waktu malam. Dari tingkat tertinggi para tamu dapat menyaksikan pemandangan Monumen nasional (Monas) dan banyak lagi mercu tanda Jakarta pusat sambil menikmati minuman serta makanan ringan.

Semestinya, hotel ini turut dilengkapi dengan sebuah gimnasium, bilik-bilik khas buat mesyuarat serta seminar selain ruang penganjuran acara kecil dan besar.

Buat yang suka memanjakan diri, ada juga perkhidmatan spa untuk pelbagai rawatan urutan termasuk yang menenangkan.

Dengan harga yang sangat berpatutan serta perkhidmatan berkelas antarabangsa hotel ini wajar menjadi pilihan tamu yang ingin merasai kemewahan tanpa perlu mengeluarkan belanja yang terlalu besar.

Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang Aston Kemayoran City Hotel, Jakarta.

Share:
, , , , , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah