Tersergam indah di deretan bangunan pra-perang di Lebuh Noordin, George Town, salah satu tapak warisan dunia UNESCO, Citadines Connect adalah hotel ketiga dibawah jenama Ascott Malaysia di Pulau Pinang
Dengan menggunakan tagline “Connect, Recharge dan Go”, Ctiadines Connect terletak dilokasi strategik yang mampu menarik ramai pengunjung yang menginginkan kelainan ketika bercuti di Pulau Pinang.
Hotel ini mempunyai 143 bilik dan suites yang chic dan moden untuk pemilihan setiap pengunjung. Menarik disini, mereka memperkenal konsep “Grab & Go” yang mana pengunjung boleh “recharge” pada bila bila masa dengan makanan ringgan yang terdapat di lobi hotel. Selain itu, lokasi hotel juga tidak jauh dari jeti feri yang tidak sampai 10 minit atau sekurang-kurangnya 30minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas.
Untuk “food hunter”, hotel ini adalah hotel yang wajib menjadi pilihan kerana lokasinya berada ditengah-tengah kawasan segitiga syurga makanan yang enak di Pulau Penang. Penang Famous Cendol, Kapitan Nasi Kandar dan pelbagai jenis makanan yang lain berada disekitar hotel. Selain itu juga, Citadines Connect sesuai untuk mereka yang gemar melawat muzium dan pelbagai rumah kongsi. Boleh juga sewa basikal dan mengelilingi bandar George Town untuk mencari kawasan menarik yang ‘Instagrammable”.
Setelah penat berjalan dan menikmati makanan yang enak di George Town, jangan lupa berehat di rooftop hotel. Terdapat kolam renang bersize dewasa dan kanak-kanak untuk nikmati bersama keluarga dan rakan-rakan.
Dengan harga yang sangat berpatutan serta perkhidmatan yang disediakan, hotel ini wajar menjadi pilihan tamu yang ingin merasai kemewahan tanpa perlu mengeluarkan belanja yang terlalu besar.
Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang