Acara yang amat dinanti-nantikan ini, iaitu Kedah Fashion Week 2023, yang bakal membuka tirainya mulai 4 hingga 6 Ogos di kompleks beli-belah Aman Central di Kedah ini bakal mencipta sensasi dengan pertunjukan fesyen selama tiga hari, selain menjadi medan untuk meraikan semua aspek melibatkan fesyen di Wilayah Utara.

Dengan bertemakan “Big Bang”, acara yang penuh gemerlapan ini menjanjikan tahap glamor yang unggul, pengalaman yang tidak dapat dilupakan serta pameran visual menakjubkan yang dilihat bakal menjangkau pencapaian penganjuran edisi sebelumnya.

Para hadirin bakal disajikan dengan barisan pertunjukan dan pameran fesyen yang menarik hasil rekaan pereka fesyen tempatan dan antarabangsa yang baharu serta terkemuka, label-label fesyen dan pelbagai jenama gaya hidup lain. Aman Central, yang terkenal sebagai kompleks beli-belah yang paling kerap dikunjungi di negeri ini, telah mencatat pertumbuhan trafik pengunjung luar biasa, pulih sehingga mencapai 95 peratus daripada jumlah pelanggannya yang dicatatkan pada 2019. Dianggap sebagai hab gaya hidup kreatif di Wilayah Utara, kompleks beli-belah ini adalah lokasi yang ideal untuk Kedah Fashion Week tahun ini.

“Komitmen kami menjangkau peranan sebagai hos pameran,” kata Grace Ho, Pengarah Belleview Group. “Kami mahu mewujudkan kerjasama antara jenama yang dihormati dan kumpulan pereka berbakat di peringkat antarabangsa serta tempatan. Dengan menyediakan ruang dinamik untuk menyatukan aspek kreativiti, kami mahu memberi inspirasi menjangkau sempadan ekspresi artistik. Bersedialah untuk membawa diri anda ke dalam acara fesyen paling berani dan menonjol di Wilayah Utara.”

Rakan fesyen rasmi, Collab Store akan memulakan festival dengan aksi pembuka tirai yang menakjubkan menerusi kerjasama dengan selebriti terkenal. ertunjukkan fesyen ini juga akan menampilkan dua pereka tempatan yang berwawasan dari Kedah, Ikmal Mukmin dari Gens Great Idea dan Jeremy Lim dari YT Label. Festival penuh glamor ini juga akan membuka jalan kepada pereka terkemuka negara seperti Asyraf Arrif, Ezuwan Ismail, Anuar Faizal, Teddie Alrashed (Bleu Natar) dan Oscar Lee (Outdwell).

Tidak ketinggalan juga adalah veteran fesyen tempatan yang diterajui oleh ByTwoo, Daniel Zharif, Dee Roslan, Salleh Hamid, Amaze, Naemah Khuntum, Hasfitri Yusof, Wan&Mary, dan pasangan bergaya, Seth&Luna. Turut menyertai kemuncak acara yang amat dinanti-nantikan ini ialah Kanapot Aunsorn dari Thailand, dan penampilan semula oleh Yadanar dari Myanmar. Melengkapkan Kedah Fashion Week adalah pertunjukan koleksi terbaharu daripada pelbagai jenama yang beroperasi di Aman Central seperti Bonia, HLA, New Era, Tomei, Icahfa, D’yana, Elrah Exclusive, dan LokalTeez.

Kedah Fashion Week 2023 kekal sebagai usaha bersama di mana penyertaan dan interaksi penonton menjadi sebahagian daripada keseronokan acara ini. Menambahkan lebih keterujaan kepada acara ini adalah penampilan istimewa oleh Aishah, Lah Ahmad, Ziana Zain, Dr Soo Wincci, dan Datin Winnie Loo. Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda, Raja Puan Muda Kedah, juga akan hadir dengan kehadiran diraja apabila dalam kesemua tiga hari acara tersebut.

Untuk maklumat lanjut mengenai Aman Central dan Kedah Fashion Week 2023, sila layari https://www.amancentral.com.my/.

Share:
, ,
You may also like
Latest Posts from Travellah