Dr Linda Mat Hassin dan SkyHill Clinic telah menganjurkan sebuah majlis pendedahan tentang kesihatan hormon yang dinamakan sebagai “Superwomen Hormone Wellness Recognition Ceremony”. Majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan konsistensi, keterbukaan dan inisiatif Ella sebagai seorang anak seni yang mempunyai jutaan peminat di tanah air dalam menyebarluaskan kepentingan penjagaan hormon dikalangan lelaki dan wanita khususnya mereka yang berada dalam lingkungan umur 35 tahun ke atas.
Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Hj Aminuddin yang sinonim dengan gelaran Ratu Rock Negara dan aksi lincahnya di pentas mula merasakan dia perlu melakukan sesuatu berkenaan dengan keadaan fizikalnya yang mudah letih, susah untuk tidur serta keadaan berat badan yang naik secara mendadak
“Ella mula menjalani rawatan yang dikenali sebagai Terapi Hormon Bio Identik bersama dengan Doktor yang arif dalam bidang hormon iaiitu Dr Linda Mat hassin atau lebih mesra dipanggil Dr Linda semenjak hampir dua tahun lepas. Keadaan badan yang mudah lesu kurang ceria, susah tidur selain masalah kenaikan berat badan memberikan kesan kepada emosi iaitu hilang keceriaan dan semangat untuk melakukan aktiviti seperti orang lain” ujar Ratu Rock Negara itu.

Tambah Ella lagi “Keadaan emosi yang tidak menentu disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon rupa-rupanya boleh memberi impak pada kesejahteraan dan kualiti hidup. Oleh itu, Ella mahu berkongsi kebaikan dan manfaat penjagaan dan rawatan hormon dengan rakan-rakan selebriti serta peminat di luar sana.
“Kini berkat konsistensi Ella dalam mengikuti nasihat Dr Linda beserrta rawatan, berat badan Ella bukan saja kembali seperti semasa berumur 30-an malahan suami turut puji Ella kelihatan awet muda seperti anak dara dulu.”
Dr Linda Mat Hassin selaku Doktor yang bertanggungjawab dalam memberi kefahaman dan khidmat rawatan berkaitan hormon menyatakan bahawa sudah sampai masanya masyarakat memandang berat tentang kondisi kesihatan hormon mereka kerana ianya boleh memberi impak buruk terhadap Kesihatan emosi, mental dan fizikal jika tidak ditata dengan baik.

“Kehadiran Ella bersama suami hampir dua tahun lepas memberi hikmah kepada semua mereka yang masih tertanya-tanya atau langsung tidak tahu menahu apakah itu ketidakstabilan hormon dan sebesar mana impaknya dalam memberi kesan negatif kepada emosi diri. Untuk itu,kami memilih untuk memfokuskan majlis pada hari ini untuk menghargai kerjasama dan dedikasi Ella selaku advokat Kesihatan hormon dan untuk beliau bersama-sama menyebarkan maklumat berguna kepada peminat-peminatnya dan juga rakanrakan selebriti yang hadir. melalui pengalamannya menjalani terapi hormon bio identic selama ini.
Pihak penganjur iaitu SkyHill Clinic turut berbesar hati memberikan secara percuma Hair Analysis Hormone Test Kit terhad kepada setiap tetamu jemputan yang terdiri daripada jemputan kenamaan, selebriti dan rakan-rakan media bernilai RM799