Menu
Gaya & Culture

‘GO UNREAL’: TIKET UNTUK #ABUDHABIGP 2022 KINI DIJUAL

Dengan musim Formula 1 2022 yang semakin hampir, pihak Pengurusan Sukan Permotoran Abu Dhabi hari ini mengumumkan tiket edisi ke-14 FORMULA 1 ETIHAD AIRWAYS ABU DHABI GRAND PRIX 2022 kini tersedia untuk pembelian.

Perlumbaan pada hujung minggu tahun ini berlangsung pada 17-20 November di Litar Yas Marina, dengan musim akhir F1 2022 disusuli dengan hiburan dan aksi perlumbaan yang menggemparkan selama empat hari. Pembeli tiket awal akan diberi ganjaran diskaun pembelian awal sehingga 30 peratus daripada harga tiket-tiket terpilih untuk empat hujung minggu yang pasti menyeronokkan di Pulau Yas.

Perlumbaan 2021 yang melakar sejarah ini merupakan salah satu acara sukan yang paling banyak ditonton pada tahun ini dengan 108 juta penonton mengikuti perlawanan akhir untuk penentuan juara di Litar Yas Marina dengan susun atur baharu ini. Musim 2022 bermula di Bahrain pada awal bulan ini, menjanjikan babak dan aksi serupa dengan peraturan baharu yang mencipta kereta generasi baharu dan perlumbaan baharu di trek.

Di samping hiburan yang meningkatkan adrenalin selama empat hari ini, para pemegang tiket juga akan teruja dengan aksi mendebarkan secara langsung di Litar Yas Marina, pengembaraan penuh keseronokan di Pulau Yas serta Konsert Selepas Perlumbaan Yasalam – yang sekali lagi akan berlangsung di Etihad Park.

Swedish House Mafia yang dicalonkan untuk pelbagai anugerah Grammy merupakan bintang global pertama yang diumumkan, yang akan menghangatkan Konsert Selepas Perlumbaan Yasalam pada Jumaat malam. Artis trio – Steve Angello, Sebastian Ingrosso dan Axwell – yang menggabungkan muzik house dengan kraf hebat berentak hip-hop, ciri rock ‘n’ roll serta beraksi seumpama penghibur skrin besar, mengeluarkan album sulung penuh mereka ‘Paradise Again’ [Republic Records] yang dijadualkan akan dilancarkan pada bulan April 2022, sekali gus mencipta laluan yang sempurna hingga berlangsungnya pertunjukan mereka pada bulan November di Abu Dhabi.

Akses ke konsert ini hanya eksklusif untuk para pemegang tiket Grand Prix Abu Dhabi. Pembeli tiket awal Grand Prix juga akan berpeluang mendapatkan tiket Golden Circle untuk menikmati pengalaman tempat duduk baris hadapan di Etihad Park.

Di samping menawarkan pengalaman yang tiada tandingan di Pulau Yas sepanjang festival selama empat hari ini, Grand Prix akan menyaksikan pengenalan pengalaman berbilang Astaka – tiket kombo tiga hari F1 yang istimewa yang memberi tetamu peluang untuk menikmati pelbagai astaka yang berbeza untuk melihat aksi unik di trek sepanjang hujung minggu.

Seperti biasa, terdapat pelbagai pilihan tiket untuk dipilih oleh para peminat, akses boleh didapati di Abu Dhabi Hill dan di astaka, serta akses ke Konsert Selepas Perlumbaan Yasalam. Dan buat pertama kalinya, pemegang tiket akan dapat memilih tempat duduk mereka di astaka menggunakan alat penglihatan maya dan interaktif, memberikan tetamu idea tentang pemandangan yang akan dilihat dari tempat duduk mereka semasa membeli tiket dalam talian.

Para tetamu yang ingin menaik taraf tiket untuk mendapatkan pengalaman premium boleh memilih daripada rangkaian pakej hospitaliti yang memberi mereka peluang untuk menikmati acara sukan dan hiburan terkemuka di rantau ini dalam suasana mewah, dengan makanan dan minuman berkualiti tinggi serta DJ langsung.

Dengan pengumuman lebih menarik yang akan menyusul, beli tiket sekarang untuk memastikan anda tidak ketinggalan mengikuti salah satu acara terbesar pada tahun ini. Untuk membeli, sila layari: www.yasmarinacircuit.com

No Comments

    Leave a Reply