Pejam celik, pejam celik, sudah hampir seminggu Ramadan. Biarpun masih punya masa kira-kira tiga minggu lagi untuk membuat persiapan Aidilfitri, tetapi sudah ramai yang sudah mula mencari baju raya untuk digayakan pada Syawal ini.

Tahun ini, PETRA Lebaran 2026 hadir sebagai sebuah penghormatan terhadap warisan Nusantara yang ditafsir semula dalam perspektif kontemporari dengan pendekatan berani namun bersahaja.

Hampir sedekad membina identiti Lebaran yang tersendiri, PETRA terus memperkukuh naratifnya sebagai jenama yang meraikan keyakinan wanita moden melalui rekaan yang tenang, matang dan penuh makna.

Koleksi kali ini berakar daripada siluet klasik Baju Kurung yang digayakan dengan potongan moden yang kemas, pemilihan fabrik mewah serta permainan cetakan yang dikurasi dengan penuh ketelitian.

Setiap helaian mengekalkan keseimbangan identiti PETRA, ekspresif tanpa berlebihan, tradisional dalam suntikan malar segar dan relevan untuk gaya hidup semasa.

Inspirasi utama tahun ini menyelusuri kekayaan budaya Nusantara sebagai sumber idea. Siluet kebaya tampil sebagai teras koleksi, diperkaya dengan ritma cetakan ikat dan sentuhan motif flora yang romantis.

Hasilnya ialah seleksi yang terasa akrab walaupun diperbaharui, meraikan nilai kewanitaan, kelembutan dan identiti serantau dalam estetika moden yang halus.

PETRA Lebaran 2026 direka untuk menyantuni kepelbagaian saiz dan ragam personaliti wanita moden, untuk mereka yang melangkah ke hadapan dengan yakin sambil membawa nilai warisan penuh bangga.

Ia bukan sekadar sepasang baju raya, tetapi pusaka budaya yang menjadi jati diri dan pegangan murni.

Menampilkan 28 rekaan eksklusif merangkumi koleksi wanita, PETRA Petite untuk kanak-kanak serta Baju Melayu Teluk Belanga, koleksi ini menjadi pilihan lengkap untuk seisi keluarga.

Dengan harga bermula RM299 hingga RM795, PETRA Lebaran 2026 boleh didapati secara dalam talian di www.petrartw.com, di PETRA Store Seksyen 7 Shah Alam serta di Isetan KLCC .

Jadi, jika belum mula membuat persiapan, sekaranglah waktunya untuk mendapatkan rekaan pilihan sebelum kehabisan saiz dan warna kegemaran.

Raya hadir setahun sekali, dan helaian yang dipilih wajar menjadi simbol keyakinan, keanggunan dan warisan yang dibawa dengan penuh bangga.

Share:
, ,
You may also like
Latest Posts from Travellah