Inspirasi ada di mana-mana dan Gen Z menjadi rujukan utama! Mereka mencedok inspirasi dari pelbagai aspek kehidupan – gaya hidup, pembelajaran, dekorasi rumah, masakan dan tentu sekali – stail. Mereka pencetus trend, yakin dan kreativiti mereka tiada batasan. Tiada peraturan dalam dunia fesyen mereka. Semuanya berkaitan dengan mempamerkan gaya unik dan memberi ruang kepada imaginasi untuk bergaya!

Nak tahu apa rahsianya? Rujukan! Gen Z mempunyai pelbagai rujukan yang memenuhi setiap celah dengan kreativiti. Sama ada penampilan ke tempat kerja, melepak, keluar dating atau beriadah – mereka ada rujukan untuk semua acara. Rujukan yang baik membentuk penampilan yang hebat, dan pasti akan menarik perhatian!

Siapa kata modestwear tidak boleh trendy? Bergaya sopan bukanlah alasan untuk kita mengetepikan stail. Lebih-lebih lagi, Gen Z hari ini. Mereka bijak mencipta trend modestwear. Cedok inspirasi daripada 5 trend modestwear Gen Z yang anda boleh cuba sendiri.

5 Inspo Trend ModestWear Gen Z Yang Anda Boleh Cuba Sekarang, Semua di Bawah RM49
Dapatkan item-item yang membolehkan anda mencuba trend-trend modestwear ini sewaktu LazLook Jualan Stail Paling Ons. Semua item di bawah RM49.

  1. Co-Ord Sama Warna

Kredit gambar: Instagram Laylasania

Tema ton di atas ton sebegini memang popular. Ceraian top dan seluar atau skirt membuat penampilan hijabi tampil sungguh anggun dalam masa sama sopan. Gayakan dengan tudung bertentangan warna untuk memberi penegasan kepada stail keseluruhan dan memecahkan warna antara helaian dan tudung.

  1. Sweater Oversize

Kredit gambar: Instagram Bungaisme

Trend sweater oversize sebegini sudah lama bertahan dalam dunia fesyen. Tetapi asalkan ia masih cool, apa salahnya kan? Gayakan dengan tudung yang dililit minimal agar tidak mengganggu gaya keseluruhan. Dan jika berani, padankan juga dengan jeans baggy membawa tema 90-an bersama tas yang sedikit fancy untuk kelainan.

  1. Kemeja Putih Oversize x Denim

Kredit gambar: Instagram Athinakamarudin

Oh berikan si gadis kemeja putih oversize bila-bila masa sahaja, pasti dia akan boleh menggayakannya ke mana-mana. Ke kelas, ke tempat kerja, untuk dating dengan kekasih atau keluar Bersama teman-teman – pasti anda menjadi yang paling stylish. Gayakan dengan skirt denim, nah anda akan menjadi ‘the ultimate’ gadis 90 -an. Padankan dengan tas tangan dan hiasan yang minimal untuk melengkapkan gaya.

  1. #BarbieCore Modestwear

Kredit gambar: Instagram Sharifahrose

Trend Barbiecore sangatlah trending sekarang. Di mana-mana di media sosial, banyak sahaja yang mahu menyertai trend dan tanda pagar # ini. Hampir sama dengan tema Co-Ord, kenakan helaian pink untuk top dan seluar atau skirt, nah andalah paling Barbiecore antara semua. Kenakan dengan tudung yang bertentangan warna dengan helaian dan padankan dengan kaca mata hitam. Pilih tas tangan yang berwarna neutral untuk tidak mengganggu gaya.

  1. Monokrom Beige Kim K

Kredit gambar: Instagram Khaininakhalil

Warna beige yang dipopularkan oleh Kim K ini memang tidak akan dimamah usia. Kalau anda bijak, padankan dengan satu lagi warna lain seperti kelabu untuk memberi kelainan. Dan gunakan warna itu untuk tudung, skirt dan tumit tinggi misalnya agar sepadan. Percayalah, anda akan jadi gadis paling stylish biar apa pun acara yang anda hadiri.

Dengan tawaran di bawah RM49, diskaun sehingga 80% untuk stail terpilih dan cashback 25%, semua yang anda inginkan ada di sini. Cuba gaya baharu tanpa berbelanja berlebihan sepanjang LazLook Jualan Stail Paling Ons dari 2 – 4 Ogos 2023.

Share:
, , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah