Alicafé, jenama kopi Tongkat Ali & Ginseng No.1 di Malaysia, menggegarkan semangat rakyat Malaysia dengan pelancaran kempen terbaharunya, #KuasaKauKaw – meraikan stamina, fokus dan ketahanan lelaki moden Malaysia. Dalam kempen ini, Alicafé dengan bangganya mengumumkan pelantikan Datuk Remy Ishak sebagai Duta Rasmi Jenama sehingga tahun 2027, satu pilihan yang melangkaui lebih daripada sokongan selebriti semata. Datuk Remy Ishak bukan sekadar wajah dikenali di layar perak; beliau adalah simbol lelaki Malaysia masa kini: yakin tetapi merendah diri, bercita-cita tinggi namun berprinsip, moden tetapi tetap berakar pada tradisi.

Datuk Remy melambangkan kualiti yang kami junjung tinggi: tenaga yang tiada batas, ketabahan, serta penghormatan yang mendalam terhadap warisan dan asuhan,” kata Yang Amat Dihormati  Tengku Dato’ Setia Putra Alhaj bin YAM Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj, Pengerusi Power Root Berhad. “Kejayaan beliau selama lebih dua dekad, peranan baharu sebagai seorang bapa, serta kehadirannya yang konsisten dalam masyarakat menjadikan beliau lebih daripada sekadar seorang selebriti – Keperibadian jejaka moden yang diamalkan beliau adalah cerminan sebenar lelaki Malaysia masa kini – seorang yang menzahirkan nilai dalam pemikiran, tindakan dan keyakinan.”

Selama lebih 20 tahun, Alicafé sinonim dengan tenaga berasaskan warisan, menggabungkan semangat semula jadi dengan kualiti kopi yang tiada tandingan. Formula inilah yang menjadikan Alicafé Tenaga Legenda™ – Gabungan unik Tongkat Ali, Ginseng dan kopi berkualiti pilihan jutaan rakyat Malaysia.

“Saya percaya setiap kejayaan bermula dengan tenaga yang betul. Alicafé melambangkan gaya hidup aktif, bertenaga dan memberi inspirasi yang seiring dengan perjalanan kerjaya saya. Menjadi Duta Alicafé bukan sekadar kerjasama komersial, malah cara saya menyokong produk tempatan Malaysia yang sebenar,” kata Datuk Remy Ishak ketika ditanya mengenai penglibatannya bersama Alicafé. 

Share:
, , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah