Jika anda sedang mencari hotel untuk percutian ke Melbourne, saya ingin mencadangkan Sheraton Melbourne Hotel. Baru-baru ini saya berkesempatan menginap di sini, dan pengalaman tersebut membuatkan saya terasa seperti berada dalam ‘mini retreat’ di tengah-tengah bandar yang sibuk.

Dari suasana elegan hingga layanan mesra, Sheraton Melbourne menawarkan gabungan keselesaan, kemewahan dan lokasi strategik, sempurna untuk sesiapa sahaja yang ingin lari seketika daripada kesibukan harian.

Ketibaan di Paris End – Suasana Tenang di Tengah Bandar

Sheraton Melbourne terletak di bahagian Paris End Little Collins Street, kawasan yang terkenal dengan butik mewah, kafe bergaya dan deretan bangunan bersejarah. Sewaktu saya melangkah masuk ke lobi, saya terus terasa suasana yang cozy tetapi eksklusif, pencahayaan hangat, aroma menyenangkan dan staf yang menyambut dengan senyuman.Ia memberikan vibe seolah-olah kedatangan saya dinanti-nantikan.

Bilik yang Luas, Moden & Menenangkan

Saya menginap di salah satu bilik dengan katil bersaiz raja (King), lengkap dengan tab mandian. Jujur saya katakan, biliknya sangat selesa. Antara ciri yang saya paling suka:

* Katil Sheraton Signature cukup selesa dan empuk sebaik sahaja badan direbahkan. Tidur malam menjadi cukup lena, jadi badan terasa lebih segar di pagi hari.

* Tingkap besar dengan pemandangan bandar Melbourne yang menakjubkan.

* Bilik mandi marmar dengan pancuran hujan yang melegakan

* Dekorasi moden minimalis yang mencipta rasa damai

Pemandangan kota Melbourne

Sesi Spa yang Menghilangkan Semua Tekanan

Salah satu highlight penginapan saya ialah sesi spa di IOMI Spa. Ruang spa mereka direka untuk membuatkan anda terlupa seketika tentang dunia luar. Lampu malap, muzik lembut, dan bau aromaterapi yang menenangkan.

Saya memilih rawatan IOMI Relaxation Healing untuk melegakan otot-otot badan yang sudah terasa penat selepas beberapa hari mengelilingi kota.

Rawatan ini menggabungkan teknik urutan lembut yang direka untuk melegakan ketegangan otot, mengurangkan tekanan dan menggalakkan kesejahteraan minda dan tubuh badam. Sesuai untuk mereka yang mencari ketenangan. Saya sendiri berasa segar dan bertenaga selepas satu jam diurut manja. Sangat berbaloi!

Selain ke spa, saya juga sempat berendam di kolam renang dalaman yang dipanaskan. Suasananya sangat relaxing, tidak terlalu ramai orang dan suasana tenang. Perfect untuk cooldown.

Lokasi Strategik untuk Jalan-Jalan

Satu lagi sebab Sheraton Melbourne sangat praktikal ialah lokasinya. Dari hotel, saya boleh berjalan kaki ke:

* Fitzroy Gardens

* Parliament House

* Princess Theatre

* Stesen tram dan kereta api

Kesimpulan, penginapan saya di Sheraton Melbourne memang lebih daripada sekadar tempat untuk melelapkan mata, ia satu pengalaman yang membuatkan saya benar-benar rehat, tenang dan bertenaga semula.

Jika anda sedang mencari, hotel mewah di Melbourne, penginapan dekat pusat bandar, spa hotel untuk relaksasi dan tempat untuk tidur paling lena semasa percutian, Sheraton Melbourne memang pilihan yang tepat.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi Sheraton Melbourne Hotel.

Share:
, , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah