Kalau anda sedang mencari hotel untuk short getaway, urusan kerja atau sekadar mahu lari seketika daripada rutin harian, pilihan penginapan hari ini bukan lagi sekadar soal bilik yang selesa.
Ada yang mahukan hotel dengan pengalaman gaya hidup, ada yang lebih suka suasana butik yang tenang, manakala sesetengah tetamu pula mencari penginapan yang praktikal dan berbaloi dengan wang yang dibelanjakan.
Empat hotel di bawah portfolio IOI Properties Group baru-baru ini mencuri perhatian selepas masing-masing menerima pengiktirafan daripada Tourism Industry Awards (TIA) 2026).
Untuk pengalaman gaya hidup: Le Méridien Putrajaya

Terletak di IOI Resort City, Le Méridien Putrajaya sekali lagi dinobatkan sebagai Best Lifestyle Experience Hotel pada TIA 2026.
Menariknya, ini merupakan kemenangan kali kedua berturut-turut bagi kategori berkenaan selepas hotel itu turut menerima pengiktirafan sama pada tahun lalu.
Dengan pendekatan yang menggabungkan penginapan, pengalaman dan elemen gaya hidup, Le Méridien Putrajaya sesuai untuk mereka yang mahukan lebih daripada sekadar tempat untuk bermalam.
Lokasinya di IOI Resort City juga menjadikannya pilihan untuk pelancong yang mahu menggabungkan masa rehat dengan aktiviti sekitar Putrajaya.
Mahukan suasana butik? Palm Garden Hotel mungkin pilihan anda

Bagi mereka yang lebih gemarkan suasana tenang dan berbeza daripada hotel mewah konvensional, Palm Garden Hotel, Putrajaya, a Tribute Portfolio Hotel menawarkan karakter tersendiri.
Hotel ini menerima anugerah Best 5-Star Boutique Hotel pada penyertaan pertamanya dalam TIA.
Dikelilingi kehijauan, Palm Garden Hotel mengetengahkan pengalaman penginapan yang lebih peribadi dengan penekanan terhadap layanan mesra serta pengalaman yang disesuaikan untuk tetamu.

Ia juga memberikan alternatif kepada mereka yang mahu menikmati suasana ala resort tanpa perlu pergi terlalu jauh dari kawasan bandar.
Untuk penginapan lebih santai dan playful: Moxy Putrajaya

Moxy Putrajaya membawa pendekatan berbeza melalui konsep hotel yang lebih santai, bertenaga dan sosial.
Hotel ini menerima pengiktirafan Best Lifestyle Hotel, selari dengan identitinya yang menampilkan ruang sosial yang lebih interaktif serta suasana yang tidak terlalu formal.
Bagi tetamu yang sukakan penginapan berkarakter dan tidak mahu pengalaman hotel yang terlalu serius, Moxy Putrajaya menawarkan sesuatu yang lebih playful.

Apabila nilai dan lokasi menjadi keutamaan: Four Points by Sheraton Puchong

Sementara itu, Four Points by Sheraton Puchong dinobatkan sebagai Best Value Hotel for Business and Leisure untuk tahun kedua berturut-turut.
Seperti namanya, pengiktirafan ini memberi penekanan kepada nilai, keselesaan dan kemudahan yang diperlukan oleh tetamu perniagaan mahupun mereka yang bercuti.
Terletak di Puchong, hotel ini turut menjalani kerja-kerja penambahbaikan sebagai sebahagian daripada usaha memastikan kemudahan dan pengalaman tetamu terus relevan dengan keperluan semasa.
Empat pengiktirafan ini pada dasarnya memperlihatkan bagaimana keperluan tetamu atau pelancong hari ini semakin pelbagai.
Untuk IOI Hotels, pengiktirafan pada TIA 2026 ini turut menjadi pengiktirafan terhadap usaha pasukan di sebalik pengalaman yang dinikmati tetamu setiap hari.

