Bangunan kolonial yang terletak di Jalan Burma ini sering mencuri perhatian sesiapa sahaja yang melalui jalan ini. Sejak penjenamaan semula di bawah pengurusan Ascott melalui koleksi eksklusif The Unlimited Collection, 1926 Heritage Hotel Penang kembali memanggil-manggil tetamu untuk bermalam di sini.

Ia bukan sekadar hotel, tetapi sebuah mahakarya warisan yang dijaga dengan begitu rapi, bersih, dan utuh tanpa pernah kehilangan jiwa asalnya.

Di bawah naungan jenama berprestij Ascott, hotel ini menampilkan wajah baru yang jauh lebih segar, sofistikated, dan penuh citarasa. Walaupun luarannya mengekalkan struktur seni bina warisan Anglo-Malay yang klasik, lengkap dengan koridor panjang dan tingkap reka bentuk vintaj, suasana di dalam bilik memanjakan tetamu dengan kemudahan moden bertaraf lima bintang.

Hotel ini menawarkan pelbagai pilihan bilik dan suite eksklusif yang direka teliti; daripada kategori Heritage dan Colonial King yang menampilkan watak era 1920-an, Heritage Garden Patio di aras bawah dengan akses terus ke kolam renang, hinggalah ke Residency serta Straits Suite yang luas dan mewah.

Gabungan estetika kolonial dan kemewahan kontemporari ini menjadikannya pilihan sempurna bagi mereka yang mendambakan percutian tenang sambil menyelami kisah sejarah silam.

Heritage Garden Patio

Pengurus Besar hotel ini, Angelina Lazuardi, menegaskan bahawa pihak pengurusan sentiasa komited memastikan setiap tetamu menikmati pengalaman terbaik sepanjang penginapan. Privasi adalah keutamaan. Tetamu dilarang membuat bising demi keselesaan tetamu yang lain.

Menurut beliau lagi, pihak hotel berusaha memelihara warisan sejarah dengan sebaik mungkin agar generasi baharu berpeluang menikmati dan menghayati nilai warisan yang bernilai ini apabila bertandang ke sini.

Usaha murni ini jelas kelihatan pada setiap sudut premis yang mengekalkan keaslian tanpa berkompromi dengan aspek keselesaan moden.

Salah satu sudut paling mempesonakan di hotel ini ialah kawasan kolam renang luaran. Biarpun terletak di tengah-tengah kesibukan bandar Georgetown, suasananya kekal tenang bagaikan sebuah resort persendirian yang dikelilingi kehijauan landskap dan dilatari struktur bangunan warisan dua tingkat.

Bermalam di sini menawarkan sebuah pengalaman emosi yang mendalam, di mana setiap dinding, tangga kayu antik, dan deretan lorong menyimpan seribu satu cerita. Lokasinya yang strategik turut memudahkan para tetamu meneroka keindahan Georgetown, menikmati kulinari yang menjadi buruan ramai, atau melawat tarikan-tarikan berhampiran.

Bagi pencinta seni bina klasik dan penceritaan sejarah yang mencari kelainan dalam percutian seterusnya, 1926 Heritage Hotel Penang by The Unlimited Collection merupakan destinasi untuk anda.

Hotel ini membuktikan bahawa usia 100 tahun bukanlah sebuah penamat, sebaliknya titik permulaan kepada gaya hidup mewah berjiwa klasik yang diabadikan dengan penuh keanggunan untuk dinikmati sepanjang zaman.

@travellahmy

Kalau korang suka hotel yang ada jiwa, cerita dan suasana klasik, korang kena bermalam di sini. 🏛️ 1926 Heritage Hotel, Penang Sebaik melangkah masuk, terus terasa suasana zaman dahulu — seni bina kolonial, ruang yang penuh karakter dan suasana yang tenang. Bukan sekadar tempat untuk bermalam, tapi pengalaman menginap dalam suasana yang membawa kita kembali ke masa lalu. Save dulu untuk next trip tu Penang. 📍1926 Heritage Hotel ✨ Klasik • Tenang • Penuh cerita Simpan dulu, nanti cuti-cuti Penang bolehlah cuba! #1926HeritageHotel #Penang #HotelPenang #StaycationPenang #JomKePenang @Discoverasrmalaysia

♬ original sound – Beauty 🍓 – Beauty 🍓

Share:
, , , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah