Malaysia sememangnya tidak pernah ketandusan destinasi menarik untuk diterokai. Dari keindahan pulau-pulau tropika dan kawasan tanah tinggi yang mendamaikan, hinggalah bandar-bandar warisan yang kaya dengan sejarah serta budaya.
Bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026, semakin banyak inisiatif diperkenalkan bagi menggalakkan rakyat meneroka keindahan negara sendiri.
Salah satu daripadanya ialah kempen Travel with LARRIE 2026, yang menggabungkan pengalaman membeli-belah dengan peluang memenangi percutian ke destinasi menarik di seluruh Malaysia.
Kempen anjuran jenama kasut tempatan LARRIE ini kembali dengan pelbagai hadiah menarik, termasuk tiga hadiah utama berupa percutian dalam negara, selain 24 hadiah bulanan yang merangkumi penginapan hotel dan baucar produk.
Ia bukan sahaja memberi ganjaran kepada pelanggan setia, malah turut menyokong usaha mempromosikan pelancongan domestik melalui pengalaman mengembara yang lebih bermakna.

Penyertaan juga cukup mudah. Pelanggan hanya perlu membuat pembelian minimum RM100 dalam satu resit sepanjang tempoh kempen dari 1 Julai hingga 30 September 2026 untuk melayakkan diri menyertai peraduan ini. Pemenang hadiah utama pula akan diumumkan pada acara Grand Finale yang dijadualkan berlangsung pada Oktober 2026.
Kempen ini telah dilancarkan secara rasmi pada 30 Jun lalu di LaLaport BBCC, Kuala Lumpur, menerusi satu majlis yang menghimpunkan wakil media, tetamu jemputan dan pelanggan setia LARRIE.
Pelancaran tersebut turut memperkenalkan visi kempen yang bukan sekadar memberi ganjaran kepada pelanggan, malah menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menghargai kepelbagaian destinasi pelancongan tempatan.
Pelancaran ini berlangsung serentak dengan LaLaport Fair, yang menawarkan promosi eksklusif untuk beberapa jenama di bawah Kumpulan LARRIE seperti LARRIE Men & Ladies, VKI Ladies dan NYC Ladies.
Pengunjung berpeluang mendapatkan pelbagai pilihan kasut termasuk kasut kasual, sandal, kasut sukan dan kasut tumit tinggi pada harga istimewa sepanjang promosi berlangsung.
Bagi mereka yang gemar mengembara, kasut yang selesa merupakan antara kelengkapan paling penting dalam setiap perjalanan.
Sama ada merancang percutian hujung minggu ke bandar warisan, menikmati panorama tanah tinggi atau menjelajah pulau-pulau tropika, pemilihan kasut yang sesuai mampu menjadikan setiap langkah lebih selesa.

Melalui Travel with LARRIE 2026, setiap pembelian bukan sekadar melengkapkan koleksi kasut, malah membuka peluang untuk mencipta pengalaman baharu menerusi percutian di destinasi-destinasi menarik dalam negara.
Sekali gus menjadi satu lagi sebab untuk menjadikan tahun 2026 sebagai tahun meneroka lebih banyak keindahan Malaysia.

