Luckin Coffee Malaysia meraikan Bulan Kelapa sepanjang Jun 2026 dengan pelancaran Triple Coconut Latte, versi baharu yang dipertingkatkan daripada minuman popular Coconut Latte.
Pelancaran ini bersempena ulang tahun ke-5 Coconut Latte di peringkat global serta pencapaian jualan melebihi 2 bilion cawan di seluruh dunia.
Bertemakan ‘Make It All Coconut’, kempen Bulan Kelapa bertujuan meraikan budaya kelapa yang sinonim dengan masyarakat Malaysia sambil memperkenalkan pengalaman kopi moden berasaskan bahan tempatan yang biasa dinikmati dalam kuih-muih, pencuci mulut dan minuman tradisional.
Selain memberi tumpuan kepada inovasi rasa, Luckin Coffee turut menekankan kualiti bahan mentah.
Pada Mac 2025, syarikat itu mengendalikan pangkalan bekalan kelapa di Pulau Banggi, Indonesia, bagi memastikan bekalan kelapa yang lebih segar dan konsisten untuk pasaran serantau.
Dilancarkan bermula hari ini (6 Jun 2026), Triple Coconut Latte menawarkan pengalaman kelapa yang lebih kaya dan berkrim melalui gabungan tiga elemen utama: krim kelapa, santan dari Asia Tenggara dan jeli santan.

Minuman ini dipadankan dengan profil kopi premium Luckin Coffee bagi menghasilkan rasa tropika yang seimbang dengan aroma kopi yang lebih menyerlah.
Berdasarkan permintaan pelanggan, Luckin Coffee Malaysia turut membawa kembali dua minuman popular mulai 19 Jun 2026, iaitu Iced Minty Coconut Latte dan Iced Minty Chocolate Frappe, yang sesuai dinikmati dalam cuaca panas Malaysia.
Bagi memeriahkan kempen, Luckin Coffee memperkenalkan barangan eksklusif seperti Coconut Latte Pendant dan Coconut Plushie, yang boleh dibeli bersama pembelian minuman siri kelapa.
Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati promosi Beli 1 Percuma 1 untuk minuman berasaskan kelapa menerusi Grab dari 4 hingga 18 Jun 2026.

