Cuaca panas, air laut dan aktiviti luar ketika bercuti boleh memberi kesan pada rambut jika tidak dijaga dengan betul.

Travellah mendapatkan nasihat penjagaan rambut daripada pengasas dan pemilik FFP Salon di Jalan Telawi Bangsar, Brandon Ng untuk memastikan rambut kekal sihat bersinar ketika bercuti.

Travellah: Apa produk asas penjagaan rambut yang perlu dibawa ketika bercuti untuk kekalkan rambut yang sihat?

Brandon: Selain serum untuk rambut, kita perlu bawa syampu dan pelembap rambut ketika bercuti. Rambut hendaklah dicuci setiap hari. Syampu dan pelembap yang disediakan oleh pihak hotel kurang berkualiti, jadi bawa sendiri produk anda. Untuk penjagaan lebih baik, pemakaian serum rambut juga digalakkan.

Travellah: Apakah jenis jenis syampu atau pelembap yang patut diberi keutamaan?


Brandon :
Lebih bagus sekiranya kita menggunakan produk yang mesra alam kerana kadangkala produk yang kita guna bukan “sea-friendly”. Selain itu, jika kita benar-benar ambil berat tentang rambut sebelum masuk ke laut, adalah lebih baik letakkan produk sebelum kita mandi laut atau sebelum buat aktiviti laut.

Travellah: Apakah langkah-langkah penjagaan rambut especially selepas kita buat sea activities seperti snokelling atau diving?

Brandon: Macam saya katakan tadi, pertama boleh pakai produk seperti serum sebelum buat aktiviti laut, seperti satu lapisan untuk elakkan rambut rosak. Kemudian, kita kena bilas rambut dengan air bersih selepas selesai aktiviti. Ini lebih kurang seperti kita bersihkan rambut daripada segala macam bakteria di laut. Selepas itu baru kita cuci rambut dengan syampu dan juga guna pelembap. Akhir sekali baru pakai serum. Lebih baik kunjungi salun pilihan selepas percutian berakhir.

Tentang Brandon Ng & Ffp Hair Salon

Brandon Ng dilahirkan pada penghujung era 80-an dan membesar pada era 90-an. Sewaktu membesar, Brandon dikelilingi dengan budaya Kantonis, drama TVB dan kepelbagaian budaya Malaysia.

Ffp merupakan penghormatan moden beliau terhadap kenangan tersebut—ditafsir semula untuk generasi masa kini yang mementingkan gaya.

Bagi Brandon, rambut bukan sekadar tentang penampilan, ia sentiasa berkait rapat dengan identiti, keyakinan dan seni kemahiran.

Perjalanannya bermula pada tahun 2003 selepas menamatkan pengajian di The Hair Forum by Rever Hong Kong (Malaysia), sebelum membawanya merentasi rantau ini dan ke peringkat antarabangsa.

Dari dunia penggayaan fesyen yang moden di Taipei, ke pelanggan setia di Perth, hinggalah industri kecantikan yang sofistikated di Singapura, setiap fasa telah mengasah kemahiran teknikal serta naluri kreatifnya.

Sepanjang sedekad menetap di Singapura, Brandon berkhidmat sebagai Juruteknik Warna bersama Keune Haircosmetics, menguasai teknik pewarnaan lanjutan sambil memperoleh pemahaman mendalam tentang aspek perniagaan dalam industri kecantikan. Di situlah seni bertemu strategi — dan di situlah juga asas kepada Ffp mula terbentuk secara perlahan.

Kini kembali ke Malaysia, beliau telah membuka pintu Ffp Hair Salon di Bangsar, membawa pulang pengalaman bertaraf global ke tanah air.

Share:
, , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah