China kembali muncul sebagai destinasi pelancongan utama dalam kalangan pelancong Asia Tenggara, dengan Klook merekodkan peningkatan permintaan perjalanan sebanyak 134.1% tahun ke tahun pada awal 2026.

Dengan 30% pelancong Asia Tenggara merancang perjalanan ke China tahun ini, pertumbuhan ini mencerminkan perubahan ketara dalam cara perancangan perjalanan masa kini, didorong oleh kemunculan “social-first traveller”. Semakin ramai pelancong mendapat inspirasi daripada kandungan yang dihasilkan oleh pencipta kandungan (creator), dan mencari pengalaman yang asli di lapangan. Antara tarikan utama termasuk perjalanan kereta api berkelajuan tinggi ke destinasi terkenal dunia seperti Shanghai Disneyland dan Universal Studios Beijing, serta penginapan bertema seperti Toy Story Hotel dan Zhuhai Chimelong. Pengalaman ini mengubah persepsi China daripada sekadar destinasi pelancongan tradisional kepada destinasi berteraskan estetik dan suasana-atau “vibes”. 

Seiring dengan pertumbuhan ini, Klook melancarkan KREATORVERSE SEA- satu inisiatif serantau yang membawakan lebih 100 pencipta kandungan terkemuka dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan Vietnam untuk satu perjalanan imersif selama lapan hari merentasi beberapa bandar di China. Dengan tumpuan terhadap Beijing dan Shanghai, jadual perjalanan tersebut direka khas untuk merakam pengalaman perjalanan secara masa nyata yang relevan dengan pelancong masa kini yang dipengaruhi media sosial. Para kreator turut mendokumentasikan pelbagai pengalaman, daripada mercu tanda ikonik seperti Great Wall (Mutianyu) dan Forbidden City, perjalanan kereta api laju Beijing–Shanghai, penerokaan bandar Shanghai serta lawatan harian ke Suzhou, hinggalah ke tarikan popular seperti Shanghai Disneyland.

“Berada di Beijing dan Shanghai untuk KREATORVERSE SEA, kami melihat sendiri bagaimana inspirasi media sosial diterjemahkan secara langsung kepada keputusan perjalanan. Satu momen yang dirakam oleh pencipta kandungan boleh mempengaruhi dengan pantas lokasi dan cara orang ramai memilih untuk meneroka. Di Klook, kami berusaha untuk merapatkan jurang dengan menghubungkan inspirasi daripada pencipta kandungan kepada pengalaman autentik, seterusnya memudahkan pelancong menukarkan apa yang mereka lihat kepada percutian sebenar hanya dengan beberapa klik,” kata Sarah Wan, Pengurus Besar Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand di Klook.

Pengalaman KREATORVERSE SEA membuktikan trend yang semakin meningkat dalam tingkah laku pelancongan di seluruh Asia Tenggara, memandangkan media sosial kini memainkan peranan yang semakin berpengaruh dalam membentuk cara perjalanan diterokai dan ditempah di rantau ini. Menurut laporan Travel Pulse 2026 daripada Klook, sebanyak 4 daripada 5 pelancong kini membuat tempahan hasil pengaruh kandungan media sosial, termasuklah platform seperti Xiaohongshu (XHS). Dalam konteks tempatan, penggunaan media sosial adalah hampir menyeluruh dalam kalangan rakyat Malaysia, di mana 99.5% menggunakannya untuk mencari inspirasi percutian, sekali gus menonjolkan peranan kritikal penceritaan berasaskan pencipta kandungan (creator-powered storytelling) dalam pasaran tempatan.

Beberapa tren perjalanan utama muncul:

  • Pelancongan Estetik – Permintaan terhadap panorama latar langit (skyline), pemandangan malam, dan lokasi bergambar yang menarik secara visual.
  • Itinerari Berteraskan Vibe – Kecenderungan yang semakin meningkat terhadap aktiviti “Citywalks” dan pengalaman gaya hidup khusus, seperti aktiviti meneroka kafe (café hopping) di Guiyang atau jelajah makanan butik di Chongqing.
  • Daripada Tular kepada Tempahan – Pengalaman seperti jelajah motosikal di Chongqing dan sesi fotografi pakaian tradisional Cina kini dengan pantas menjadi aktiviti yang paling banyak ditempah.

Teras kepada pergerakan ini ialah program Klook Kreator yang menghubungkan inspirasi digital dengan impak profesional. Jayni, pemenang SEA Kreator of the Year dari Vietnam berkata, “Memenangi anugerah ini adalah impian yang menjadi kenyataan dan satu titik perubahan yang tidak pernah saya bayangkan semasa mula menceburi bidang ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Klook kerana menjadi teman setia saya dalam perjalanan ini.” Tambah beliau, “Ia merupakan satu perjalanan yang luar biasa sejak tiga tahun lalu—bermula sebagai pengguna biasa yang menempah tiket kereta api dan eSIM, sehinggalah diiktiraf sebagai rakan strategik. Program Klook Kreator benar-benar merupakan perintis perubahan (game-changer) dalam industri pelancongan; ia telah memperkasakan saya untuk berkembang, mengembara lebih jauh, dan berkongsi keindahan dunia dengan komuniti saya melalui cara yang tidak pernah saya bayangkan. Lebih penting lagi, ia telah memberi saya keyakinan dan kekuatan untuk mengubah minat menjadi kerjaya—menjadikan perkara yang saya cintai sebagai sesuatu yang bermakna dan mampan.”

Memanfaatkan momentum ini, Klook turut memperluas jejaknya di seluruh China bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat dari pasaran Asia Tenggara. Ini dilakukan melalui pengembangan portfolio pelancongan mesra Muslim, bagi membolehkan pelancong daripada pelbagai latar belakang budaya meneroka destinasi utama seperti Xi’an, Beijing, Shanghai, dan Xinjiang dengan lebih mudah.

Dengan penganut Islam merangkumi 63.5% daripada populasi Malaysia, pengembangan ini sangat relevan buat pelancong Malaysia yang mengutamakan kemudahan ketika meneroka destinasi baharu. Dengan memperkukuh rangkaian pengusaha tempatan dan rakan kongsi khusus, Klook memastikan setiap aspek perjalanan—daripada makanan mesra Muslim hingga kemudahan solat—adalah lancar dan mudah diakses. Perluasan strategik ini memperkasakan pelancong Asia Tenggara untuk meneroka China dengan penuh keyakinan, keselesaan, dan ketenangan minda.

KREATORVERSE merupakan sidang kemuncak utama Klook untuk pencipta kandungan, yang direka bagi merapatkan jurang antara inspirasi dan impak dalam landskap pelancongan berpaksikan media sosial hari ini. Buat julung kalinya, edisi Asia Tenggara (SEA) menghimpunkan rangkaian pencipta kandungan dari Singapura, Malaysia, Thailand, dan Vietnam. Dianjurkan di China, KREATORVERSE SEA memperkasakan mereka untuk merasai dan mempamerkan destinasi secara langsung, serta menukarkan pengalaman autentik kepada momen yang boleh ditempah secara dalam talian.

Seiring dengan perkembangan cita rasa pelancongan, Klook kekal fokus dalam menyediakan pengalaman yang disusun rapi dan lancar bagi membantu pelancong meneroka dunia dengan lebih mudah dan yakin — daripada tarikan ikonik sehinggalah kepada penemuan tempatan yang unik di seluruh negara China dan sekitarnya.

Share:
, ,
You may also like
Latest Posts from Travellah