Semakin ramai rakyat Malaysia yang lebih berminat merancang percutian ke destinasi bersuhu sejuk. Ini kerana suhu bumi yang semakin meningkat membuatkan Malaysia mengalami cuaca panas yang agak luar biasa.
Pakar meramalkan bahawa tahun 2026 berkemungkinan menjadi antara empat tahun yang paling panas dalam sejarah kerana didorong oleh peningkatan pemanasan global dan perubahan iklim.
Dek kerana itulah, trend percutian ke destinasi sejuk yang dikenali sebagai coolcation ini semakin popular. Data terbaharu daripada Trip.com Group menunjukkan carian bagi destinasi beriklim sejuk sejak awal tahun ini meningkat sebanyak 74 peratus tahun ke tahun.
Berikut adalah lima destinasi coolcation yang semakin mendapat perhatian dalam jadual perjalanan pelancong dari Malaysia, serta petua untuk merancang percutian dengan lebih mudah.
1) Yunnan, China

Yunnan yang terkenal dengan gunung-ganang bersalji dan landskap yang memukau semakin mendapat perhatian pelancong terutamanya dengan suhu selesa sekitar 23 darjah Celsius hingga 25 darjah Celsius pada musim panas.
Carian tempahan penerbangan oleh rakyat Malaysia ke destinasi ini meningkat sebanyak 158 peratus tahun ke tahun, selari dengan pertambahan minat pelancong untuk meneroka salah satu wilayah yang paling kaya dengan kepelbagaian etnik di China. Pakej pelancongan yang ditawarkan lazimnya merangkumi lawatan ke Kunming, Lijiang, Shangri-La dan lokasi menarik yang lain di seluruh rantau tersebut.
2) Inner Mongolia, China
Inner Mongolia menawarkan gabungan landskap semula jadi yang menakjubkan serta budaya nomad yang kaya. Musim panas dengan suhu sederhana menjadikan tempoh bulan Jun hingga Ogos antara waktu terbaik untuk menikmati keindahan dataran rumputnya yang luas dan menghijau.
Carian hotel oleh rakyat Malaysia untuk melancong ke bahagian Inner Mongolia meningkat hampir 360 peratus tahun ke tahun menjadi bukti bahawa destinasi tersembunyi ini semakin mendapat tempat dalam kalangan pelancong yang mencari pengalaman percutian yang unik. Anda mencari inspirasi untuk merancang perjalanan?
Menginap di yurt tradisional dan resort mesra alam serba lengkap, hinggalah ke kuil berusia ratusan tahun dan cuba aktiviti pengembaraan di padang pasir, muzium dan pelbagai lagi dengan Trip.Best. Trip.Best menyediakan senarai yang disusun khas untuk mencadangkan tempat penginapan serta aktiviti berdasarkan data pelancong sebenar.

Walaupun terkenal di seluruh dunia sebagai destinasi musim sejuk, Sapporo juga semakin popular sebagai destinasi musim panas dalam kalangan rakyat Malaysia. Carian hotel di luar musim sejuk meningkat sebanyak 380 peratus tahun ke tahun.
Selain aktiviti membeli-belah, kulinari dan lawatan ke mercu tanda bersejarah, pelbagai aktiviti luar turut menanti yang termasuk sambutan festival bir di taman terkenal, festival musim panas, seni di ruang terbuka, denai mendaki dan taman rekreasi.

Sebagai ibu kota wilayah Hokkaido, Sapporo juga menjadi pintu masuk ke pelbagai bandar di sekitarnya dan sekali gus memudahkan pelancong menempah lawatan sehari di Sapporo untuk merasai pelbagai pengalaman yang ditawarkan rantau ini.
4) Australia
Tempoh Jun hingga Ogos menandakan tempoh musim sejuk di bahagian Hemisfera Selatan. Walaupun tempoh ini berada di luar musim puncak pelancongan di Australia, carian penerbangan oleh rakyat Malaysia ke sini tetap meningkat sebanyak 88 peratus tahun ke tahun.

Kepelbagaian iklim Australia menawarkan pelbagai pilihan seperti aktiviti salji dan laluan ski di kawasan selatan, hingga cuaca kering dan nyaman di kawasan utara. Dengan suhu sederhana dan cahaya matahari yang mencukupi, tempoh ini merupakan waktu yang ideal untuk meneroka Great Barrier Reef, kawasan pedalaman (Outback) atau menyertai pelayaran untuk melihat ikan paus.
5) New Zealand
Rakyat Malaysia semakin tertarik dengan pengalaman musim sejuk di New Zealand melalui bukti peningkatan carian penerbangan sebanyak 316 peratus tahun ke tahun.
Aktiviti seperti sukan bertemakan salji yang mengujakan, glasier yang menakjubkan, pengalaman melihat bintang dan kolam air panas merupakan antara tarikan popular yang turut disertai festival musim sejuk serta Matariki, sambutan Tahun Baharu Māori.

Panduan, petua, tarikan yang wajib dikunjungi dan banyak lagi dikongsikan di Trip Moments, sebuah platform komuniti Trip.com yang membolehkan pengguna berkongsi pengalaman serta mendapatkan inspirasi bersama pelancong lain.
Merancang Percutian yang Lebih Nyaman, Bijak dan Bertanggungjawab
Trip.com Group terus memperluaskan pilihan pelancongan yang lebih mampan merentasi rangkaian produknya bagi membantu pelancong untuk membuat pilihan yang lebih bijak. Bagi pelancong yang ingin merancang percutian dengan lebih mudah sambil mengambil kira impak terhadap alam sekitar, anda boleh melihat ciri yang boleh dimanfaatkan yang berikut di Trip.com:
* Dapatkan inspirasi destinasi musim panas beriklim sejuk atau destinasi unik yang masih kurang diterokai melalui Trip Moments atau Trip.Best yang menawarkan cadangan destinasi berasaskan tema seperti Cool Water Escapes List.
* Rancang perjalanan tersuai dengan Trip.Planner yang menawarkan petua melancong destinasi pilihan termasuk maklumat cuaca dan anggaran bajet perjalanan.
* Pilih opsyen perjalanan dengan pelepasan karbon lebih rendah yang ditawarkan di Trip.com, termasuk penerbangan rendah karbon serta kenderaan elektrik untuk sewaan kereta dan perkhidmatan teksi lapangan terbang.
* Tempah hotel mampan yang diperakui oleh Badan Pensijilan yang diiktiraf GSTC. Diperkenalkan pada 2024, ciri “Certified Sustainable” di Trip.com memudahkan pelancong mengenal pasti hotel dengan pensijilan mampan yang berwibawa.
* Pertimbangkan aktiviti tempatan yang memaparkan warisan budaya. Contohnya, projek Country Retreats oleh Trip.com Group di China menawarkan aktiviti budaya setempat seperti seni guntingan kertas, anyaman buluh dan ukiran daun.
Dapatkan maklumat lanjut tentang Trip.com Group di sini, group.trip.com.

