StarDream Cruises memperkenalkan rangkaian pengalaman pelayaran baharu bagi tahun 2026, sekali gus meraikan ulang tahun ke-10 jenama Dream Cruises dengan penawaran yang lebih pelbagai di rantau Asia.

Berlandaskan slogan “Knows Asia Best”, syarikat ini terus memperkukuh kehadirannya di Malaysia dengan menjadikan Pelabuhan Klang sebagai salah satu pelabuhan utama, selain Singapura.

Musim pelayaran 2026 telah dimulakan dengan pelayaran kapal Genting Dream dari Pelabuhan Klang pada 20 April lalu.

Pelayaran ini menandakan permulaan siri perjalanan yang menggabungkan hiburan bertaraf antarabangsa, pengalaman gaya hidup serta itinerari bertema.

Bermula Mei ini, tetamu boleh mengikuti pelayaran istimewa dengan kehadiran Chef Tommie Lee (French Papa) dari Culinary Class Wars pada 3–5 Mei 2026. Ini diikuti dengan kemunculan sulung Forever Broadway pada Jun 2026, Amotti dari Netflix Physical: 100 pada 26–28 Julai 2026, serta kumpulan K-pop KIIRAS pada 25–27 Oktober 2026.

Bagi meraikan pencapaian ulang tahun ini, Dream Cruises menawarkan promosi masa terhad Beli 1 Percuma 1 untuk semua pelayaran Genting Dream, manakala penumpang ketiga dan keempat dalam satu kabin menikmati kadar istimewa hanya RM10 seorang.

Selain itu, StarCruises yang juga di bawah kumpulan StarDream Cruises, turut menampilkan kemunculan istimewa Datuk Chef Wan di atas kapal persiaran Star Voyager, di mana beliau akan menjadi tarikan utama bagi pelayaran khas 3 Malam Phuket–Penang dari Pelabuhan Klang (22 hingga 25 Mei 2026).

Sepanjang pelayaran, Datuk Chef Wan akan mengendalikan demonstrasi masakan secara langsung serta membawakan hidangan istimewa yang akan disajikan di restoran bufet Lido, menampilkan cita rasa tempatan sambil berkongsi cerita-cerita menarik dan menghiburkan, bertepatan dengan musim cuti sekolah.

Dari segi destinasi, pelayaran ini merangkumi pelbagai lokasi popular di Asia Tenggara dan Asia Timur.

Antara yang ditawarkan termasuk Phuket, Pulau Pinang, Melaka serta pulau-pulau peranginan seperti Redang, Tioman dan Pangkor. Melalui pelayaran ini, pelancong berpeluang mengunjungi beberapa destinasi dalam satu perjalanan tanpa perlu menguruskan logistik perjalanan secara berasingan.

Pengalaman di atas kapal turut diperkaya dengan penawaran makanan yang pelbagai, merangkumi hidangan antarabangsa serta pilihan halal yang diperakui. Turut disediakan adalah menu vegetarian yang memenuhi keperluan diet tertentu, sekali gus memastikan keselesaan kepada pelbagai segmen pelancong.

Bagi mereka yang mencari pengalaman lebih eksklusif, konsep premium ‘kapal dalam kapal’ turut ditawarkan, menyediakan suite mewah, perkhidmatan butler peribadi dan kemudahan tambahan untuk pengalaman yang lebih privasi.

“Pada tahun ini, kami membawakan yang terbaik dari Asia, merangkumi destinasi, kulinari, hiburan dan budaya , dalam satu pengalaman percutian pelayaran yang tidak dapat dilupakan untuk para tetamu,” kata Presiden StarDream Cruises, Michael Goh.

 “Sempena sambutan ulang tahun ke-10 Dream Cruises, kami berbangga untuk terus memperkukuh kehadiran di Malaysia serta menyokong momentum negara menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.”

“Dengan Pelabuhan Klang sebagai homeport, kami menjadikan pelayaran lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia, di samping memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai gerbang utama pelayaran ke seluruh Asia,” tambah beliau lagi.

Presiden StarDream Cruises, Michael Goh, berkongsi sorotan akan datang 2026 untuk setiap kapal semasa Pembentangan Pameran Jenama di atas Genting Dream di Pelabuhan Klang baru-baru ini.

Sejak penubuhannya, StarDream Cruises mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan dengan jumlah ketibaan penumpang yang signifikan ke pelabuhan-pelabuhan di Malaysia, di samping peningkatan bilangan pelancong yang berlepas dari negara ini.

Perkembangan ini mencerminkan permintaan yang semakin tinggi terhadap percutian pelayaran di rantau ini.

Dengan rangkaian destinasi yang kini meliputi lebih 50 lokasi di seluruh Asia, StarDream Cruises terus komited menawarkan pengalaman pelayaran yang menggabungkan elemen budaya, hiburan dan gaya hidup dalam satu perjalanan.

Pada masa sama, usaha ini turut menyokong pertumbuhan industri pelancongan negara, khususnya menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Untuk maklumat lanjut dan pelayaran akan datang, sila layari www.StarDreamCruises.com atau hubungi rakan agensi pelancongan yang dilantik.

Share:
, , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah