Kuala Lumpur dan Pulau Pinang telah menunjukkan bahawa tempoh percutian yang singkat tidak menghalang anda daripada menikmati pengalaman yang manis.

Berdasarkan tempahan yang dibuat di Agoda dari Januari hingga Mei 2025, Kuala Lumpur berjaya merangkul kedudukan tertinggi bagi penginapan satu malam di Asia, manakala Pulau Pinang pula berada di tangga kesembilan.

Pengumuman ini dibuat seriring dengan usaha platform pelancongan digital tersebut untuk terus mengetengahkan tarikan pelancongan percutian mikro (percutian singkat), satu pilihan popular bagi mereka yang inginkan pengalaman bercuti yang ringkas tetapi padat.

Malaysia semakin melonjak naik sebagai destinasi percutian singkat pilihan serantau. Ini adalah kerana bandar-bandar seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang menawarkan pelbagai tarikan yang mudah diakses, mewah dengan budaya, dan pada harga yang berpatutan.

Berikut adalah senarai destinasi utama Agoda di Asia untuk percutian singkat yang menjanjikan pengalaman yang hebat:

1. Kuala Lumpur, Malaysia 

Ibu kota Malaysia ini adalah lokasi ideal untuk percutian satu malam. Dari Menara Berkembar Petronas yang ikonik hinggalah ke pasar malam yang meriah, Kuala Lumpur menawarkan tarikan budaya, keseronokan membeli-belah, dan pelbagai makanan gerai yang mudah dinikmati dalam masa 24 jam.

2. Seoul, Korea Selatan

Hongdae dan Myeongdong menawarkan pengalaman percutian singkat yang ideal di Seoul. Di sini, anda dapat menikmati hidangan BBQ Korea yang lazat, membeli-belah sepuasnya untuk produk K-beauty, dan menyanyi ceria di pusat karaoke. Aura bertenaga Seoul akan kekal terasa, biarpun kunjungan anda hanya untuk seketika.

3. Taipei, Taiwan 

Di Taipei, satu malam pun sudah cukup untuk merasai pelbagai tarikan, dari hidangan lazat di Pasar Malam Shilin, pemandangan dari Taipei 101 yang ikonik, hingga ketenangan berendam dalam mata air panas. Bandar raya ini sarat dengan pelbagai pengalaman yang luar biasa, menjadikannya destinasi ideal untuk percutian singkat.

4. Manila, Filipina

Manila, dengan gabungan sejarah dan kemodenannya yang unik, adalah tempat yang hebat untuk percutian singkat. Dalam satu malam, anda boleh meneroka Intramuros yang bersejarah, menyaksikan pemandangan matahari terbenam yang memukau di Teluk Manila, dan menikmati hiburan malam yang meriah.

5. Pattaya, Thailand 

Pattaya, dengan suasana pantainya yang meriah, sangat sesuai untuk percutian tropika semalaman.

Luangkan masa dengan santai di tepi pantai, nikmati sajian makanan laut segar, dan saksikan persembahan kabaret yang memukau — semuanya untuk pengalaman percutian mini yang pasti sukar untuk dilupakan.

6. Jeju, Korea Selatan 

Jeju, dengan keindahan alam semula jadinya, adalah destinasi ideal untuk percutian singkat. Anda boleh mendaki Gunung Hallasan, melawat air terjun yang menakjubkan, atau menikmati ketenangan pantai untuk percutian yang benar-benar menyegarkan.

7. Nagoya, Jepun 

Nagoya, sebuah bandar yang kaya dengan sejarah dan keistimewaan kulinari, sangat sesuai untuk percutian sehari.

Terokai Istana Nagoya yang ikonik, nikmati hidangan tempatan seperti miso katsu, dan bersiar-siar di kawasan membeli-belah yang meriah.

8. Kaohsiung, Taiwan 

Kaohsiung, dengan suasananya yang santai, adalah pilihan tepat untuk percutian singkat. Terokai Pusat Seni Pier-2, rasai pengalaman menaiki feri ke Pulau Cijin, dan nikmati pelbagai jenis teh boba yang popular di bandar ini.

9. Pulau Pinang, Malaysia 

Pulau Pinang adalah syurga bagi penggemar makanan. Luangkan masa semalaman mencuba makanan gerai di George Town, menerokai mural berwarna-warninya, dan menikmati warisan budaya pulau yang kaya.      

10. Surabaya, Indonesia 

Surabaya adalah destinasi yang meriah dan sesuai untuk penginapan singkat. Kunjungi House of Sampoerna, terokai pasar-pasar yang sibuk, dan nikmati ketenangan malam di tepi pantai.

Percutian mikro sesuai untuk mereka yang gemar dengan percutian spontan. Konsep ini menekankan perjalanan singkat yang mudah diuruskan, sangat sesuai untuk jadual harian yang padat, dan membolehkan pengembara berehat daripada rutin tanpa memerlukan perancangan rumit atau bajet yang besar.

Sama ada percutian satu hari atau penginapan satu malam, percutian singkat ini sesuai untuk mereka yang mempunyai cuti yang terhad atau komitmen kerja yang tidak menentu.

Dari kemeriahan kota hingga ketenangan senja di pantai, destinasi-destinasi ini membuktikan bahawa anda boleh menjelajah dunia tanpa perlu mengambil cuti tambahan atau merancang secara terperinci.

Dengan adanya lebih 5 juta tempat penginapan, lebih daripada 130,000 laluan penerbangan, dan lebih 300,000 aktiviti liburan, Agoda menawarkan pelbagai pilihan untuk percutian mikro.

Aplikasi mudah alih Agoda adalah platform pilihan untuk tawaran hebat bagi percutian singkat. Rancang percutian singkat anda sekarang di www.agoda.com.  

* Destinasi Percutian Mikro Paling Popular Agoda di Asia untuk penginapan satu malam adalah berdasarkan tempahan yang dibuat di Agoda sepanjang lima bulan pertama 2025, merentasi pasaran utama di Asia.

Share:
, , , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah