Rakyat Malaysia yang merancang percutian musim panas kini mempunyai lebih banyak alasan untuk bersiap sedia apabila Vietjet memperkenalkan promosi terhad dengan tawaran sehingga 100% diskaun bagi tambang Eco serta potongan harga istimewa bagi tiket Deluxe ke Vietnam dan destinasi lain.

Dari sekarang hingga 12 April 2026, penumpang yang menempah tiket Deluxe boleh menikmati diskaun 10% bagi penerbangan antara Kuala Lumpur dan Hanoi/Ho Chi Minh City/Da Nang dengan menggunakan kod DLX10, serta diskaun 15% bagi laluan domestik Vietnam dengan kod DLX15.

Tawaran ini sah untuk tempahan melalui laman web rasmi Vietjet atau aplikasi mudah alih, bagi tempoh perjalanan sehingga 31 Ogos 2026.

Direka untuk keselesaan dan fleksibiliti, tawaran Deluxe Vietjet meningkatkan pengalaman perjalanan dengan 20kg bagasi daftar masuk, pemilihan tempat duduk percuma, serta fleksibiliti untuk perubahan penerbangan.

Tambang ini sesuai untuk mereka yang mahukan perjalanan yang lebih lancar dan tanpa kebimbangan, sama ada untuk penerbangan dalam Vietnam mahupun rangkaian antarabangsa yang semakin berkembang.

Pelancong Malaysia yang mencari nilai terbaik juga boleh menantikan jualan ‘Double Day’ Vietjet yang berlangsung selama satu hari sahaja pada 4 April 2026, menawarkan diskaun 100% bagi tiket Ecodengan kod promosi SUPERSALE100.

Promosi ini terpakai di seluruh rangkaian Vietjet bagi tempahan yang dibuat dari 1:00 pagi hingga 12:00 tengah malam (waktu Malaysia) pada 4 April, untuk tempoh perjalanan antara 5 September 2026 hingga 31 Mac 2027.

Selain itu, setiap tempahan yang dibuat sebelum 19 Mei 2026 akan secara automatik melayakkan pelanggan menyertai cabutan bertuah ‘Fly Vietjet Strike Gold’, dengan hadiah termasuk emas tulen, e-baucar bernilai tinggi dan ganjaran eksklusif lain.

Seiring Vietnam terus menarik perhatian global dengan kepelbagaian landskap, budaya yang kaya serta bandar-bandar dinamik, Vietjet menyediakan laluan yang mudah ke destinasi paling popular di negara tersebut.

Daripada pantai tenang di Da Nang, Nha Trang dan Phu Quoc ke keindahan gunung di Ha Giang dan Sapa, daripada pesona bersejarah Hanoi, Hue dan Hoi An hingga ke  Ho Chi Minh City, pelancong berpeluang menikmati destinasi yang menggabungkan tradisi dan kemodenan.

Dengan rangkaian luas yang menghubungkan Vietnam ke pelbagai destinasi utama di rantau Asia-Pasifik dan seterusnya, Vietjet terus menjadikan perjalanan lebih mudah diakses dan berbaloi. Tempah sekarang dan memulakan perjalanan anda ke Vietnam bersama Vietjet.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.vietjetair.com.

*semua tawaran tertakluk pada terma dan syarat-syarat

Share:
, , , , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah