OPPO hari ini mengumumkan pelancaran dua telefon AI baharu – Reno12 dan Reno12 Pro – yang memperkenalkan set ciri GenAI peneraju industri yang bakal melonjakkan produktiviti dan kreativiti ke tahap dimensi baru.
Kedua-dua model ini mewakili bab baru dalam sejarah siri OPPO Reno yang popular dan merupakan pelancaran utama yang pertama di bawah komitmen OPPO untuk mempercepatkan penggunaan telefon AI.
Kedua-dua Reno12 dan Reno12 Pro menampilkan reka bentuk Futuristik Fluid dan Rangka Aloi Berkekuatan Tinggi yang mencipta penampilan baharu yang menakjubkan sambil memastikan reka bentuk paling kukuh untuk telefon bimbit siri Reno pada setakat ini dengan perlindungan yang dipertingkatkan terhadap ketahanan jatuh, tekanan, dan air.
Kedua-dua model ini juga dilengkapi dengan platform mudah alih serba baharu 4nm MediaTek Dimensity 7300-Energy For Reno yang dibangunkan secara eksklusifnya oleh MediaTek dan OPPO untuk memberikan kecekapan kuasa yang luar biasa.
Digabungkan dengan teknologi pengecasan kilat 80W SUPERVOOCTM OPPO dan bateri berkapasiti kuasa tertinggi 5,000mAh dalam sejarah siri Reno, Reno12 dan Reno12 Pro baharu memastikan hayat bateri yang ultra panjang, pengecasan sepantas kilat, dan jangka hayat bateri yang optimum sehingga empat tahun, mempamerkan siri Reno dalam melangkaui batasan kepraktisan, ketahanan, dan gaya terkini.

Mempercepatkan Penggunaan Telefon AI
Pada awal tahun ini, OPPO telah menyatakan komitmennya untuk membawa keupayaan AI kepada lebih ramai orang melangkaui batasan telefon pintar flagship tahap mewah. Sebagai sebahagian daripada usaha ini, OPPO telah bekerjasama dengan Google, Microsoft, MediaTek, Qualcomm, dan rakan kongsi lain untuk mempercepatkan ketibaan generasi baru Telefon AI.
Reno12 dan Reno12 Pro memperkenalkan set ciri GenAI yang inovatif meliputi pelbagai penggunaan harian. Dengan AI Eraser baharu yang dikemaskini, pengguna boleh menghilangkan orang asing dalam foto secara mudahnya dengan hanya satu ketukan atas keupayaan cirinya untuk mengenal pasti orang dan objek yang tidak diingini secara automatik.
Kedua-dua telefon ini juga dilengkapi dengan dua ciri AI yang direka khusus untuk meningkatkan kualiti gambar berkumpulan. AI Clear Face memberikan semua orang dalam gambar berkumpulan sentuhan yang sama seperti bintang utama dengan pemulihan definisi tinggi pada butiran seperti kontur wajah, rambut, dan kening, memastikan wajah mereka ditangkap dengan jelasnya walaupun berdiri jauh dari kamera.
Sementara itu, AI Best Face boleh mengenal pasti orang dalam foto yang matanya tertutup secara automatik dan menggunakan teknologi GenAI yang canggih untuk membuka mata mereka. Dengan ini, tiada tangkapan gambar berkumpulan yang disia-siakan.
Untuk lebih banyak kemungkinan imaginatif, AI Studio boleh mencipta avatar digital atau gaya potret artistik daripada hanya satu foto pengguna. Pengguna boleh membayangkan semula diri mereka sebagai koboi, bintang dalam manga cyberpunk, atau banyak gaya yang lain dengan menggunakan keupayaan GenAI yang baru.
Selain daripada peningkatan kualiti foto, Reno12 dan Reno12 Pro juga memanfaatkan kuasa AI untuk meningkatkan kecekapan dan kreativiti.
Dibina di atas Model Bahasa Besar Google Gemini (Large Language Model – LLM), AI Toolbox merupakan tambahan baru pada bar sisi pintar yang memanfaatkan keupayaan pengenalan yang kuat untuk memahami kandungan yang dipaparkan di skrin dan mencadangkan ciri AI yang bersesuaian, seperti penjanaan kandungan media sosial yang cepat atau ringkasan kandungan untuk artikel panjang.
Dalam aplikasi Rakaman, pengguna kini juga boleh menggunakan alat AI Recording Summary yang baru untuk merumuskan ringkasan teks secara pintar daripada rakaman suara dan menyusunnya menjadi nota, dengan maklumat seperti senarai tugasan, masa, lokasi, dan butiran lain diserlahkan dan diformatkan untuk meningkatkan kebolehbacaan.
Reno12 dan Reno12 Pro membawa Siri Reno ke masa depan dengan rekaan bentuknya yang berani dan berpandangan jauh yang berpusat pada luaran perak era angkasa. Panel kaca belakang kedua-dua model telah dihasilkan dengan Tekstur Gelombang Fluid OPPO, mencipta sensasi 3D seperti air yang beralun di kolam.
Penggunaan inovatif kesan paralaks memastikan sensasi visual ini dicapai sambil mengekalkan tekstur dan sentuhan licin seperti cermin, menjadi ciri tersendiri utama Siri Reno.
Selain daripada penampilan perak baharu, kedua-dua model turut menawarkan dua jenis pilihan warna. Sunset Pink pada Reno12 menggunakan proses kristal cecair grafik perintis OPPO untuk menghasilkan kelainan warna baru untuk Peach Fuzz, Warna Pilihan Tahun 2024 (2024 Color of The Year).
Untuk penampilan yang lebih klasik, Matte Brown menampilkan warna koko yang kaya dengan kemasan bebas tanda cap jari.
Untuk Reno12 Pro, kedua-dua Sunset Gold dan Space Brown menampilkan reka bentuk matte-gloss dua ton dengan dua bahagian yang dipisahkan secara semula jadi oleh pita metalik bergaya yang melintang di bahagian belakang telefon.
Bahagian hadapan Reno12 Pro menyaksikan evolusi terbesar pada paparan dalam sejarah Siri Reno dengan kehadiran Skrin Infinite View baharu — salah satu teknologi skrin paling canggih yang tersedia pada mana-mana telefon pintar.
Dengan reka bentuk mikro-lengkung kuad, skrin ini menggabungkan estetika skrin lengkung dengan cengkaman skrin rata, memberikan keselesaan luar biasa dan visual yang amat mengasyikkan sambil mengurangkan bilangan sentuhan tidak sengaja yang berlaku secara ketara pada tepi lengkungan skrin.
Kedua-dua Reno12 dan Reno12 Pro dilengkapi dengan paparan skrin AMOLED 6.7-inci, 120Hz yang mampu memaparkan sehingga 1.07 bilion warna sambil menawarkan perlindungan mata rendah cahaya biru pada peringkat perkakasan.
Tambahan pula dengan teknologi Splash Touch OPPO, satu penyelesaian proprietari yang membolehkan skrin berfungsi dengan betul walaupun skrin atau tangan pengguna basah.
Perlindungan skrin ini pada Reno12 dijaga dengan Corning® Gorilla® Glass 7i dengan perlindungan jatuhan yang berkualiti tinggi. Reno12 Pro pula menampilkan Corning® Gorilla® Glass Victus® 2 – kaca pelindung paling lasak yang pernah dilengkapi pada telefon Siri Reno, memberikan ketahanan peringkat unggul terhadap impak, jatuhan, lenturan, dan calar.
Dengan penarafan IP65, kedua-dua model juga memberikan ketahanan habuk dan air yang kukuh, sementara komponen kritikal di seluruh telefon, termasuk bukaan, pembesar suara, port USB-C, dan dulang kad SIM, telah diperkukuhkan agar telefon lebih kalis air.
Rakamkan Detik Hidup dengan Pakar Potret AI
Dilengkapi dengan sensor Sony LYT-600 yang menampilkan autofokus omni-arah piksel penuh dan OIS, Kamera Utama Reno12 dan Reno12 Pro menawarkan fokus yang lebih pantas dan stabil untuk tangkapan gambar yang lebih jelas.
Kedua-dua model juga mempunyai Mod Potret dengan zoom sehingga 2x untuk menangkap potret bokeh yang menakjubkan setanding dengan tangkapan gambar yang diambil menggunakan kamera profesional.
Reno12 Pro memberikan pengalaman potret profesional yang lebih mendalam dengan adanya Kamera Potret Telefoto 50MP yang menawarkan zoom optikal sehingga 2x, dan Kamera Selfie 50MP Baharu dengan autofokus serta kesan Retouching Potret AI baharu yang membolehkan pelarasan ciri-ciri wajah seperti bentuk muka, garis rambut, tulang pipi dan banyak lagi secara masa nyata ketika mengambil swafoto potret.
Kedua-dua telefon ini dilengkapi dengan Snapshot Flash yang dipertingkatkan, yang menyelaraskan proses pendedahan kamera dengan lebih lincah, membolehkan foto menangkap kesan pencahayaan yang lebih realistik dan tona kulit yang semula jadi.
Video 4K pada 30fps juga tersedia pada kedua-dua kamera belakang dan hadapan untuk video definisi tinggi yang menakjubkan dengan resolusi empat kali ganda lebih tinggi daripada video 1080p.
Platform Debut Global Memberikan Kecekapan Kuasa Terbaik Reno
Reno12 dan Reno12 Pro adalah telefon pertama yang menampilkan platform mudah alih 4nm MediaTek Dimensity 7300-Energy For Reno yang serba baharu.
Dibangunkan bersama oleh MediaTek dan OPPO untuk memberikan kecekapan kuasa yang luar biasa, platform lapan-teras baharu ini terdiri daripada empat teras prestasi A78 dan empat teras kecekapan A55.
Kerjasama mendalam antara OPPO dan MediaTek pada Dimensity 7300 Energy For Reno juga telah menghasilkan inovasi dalam prestasi dari segi SoC, memori, dan storan melalui ColorOS Trinity Engine terkini.
Dengan menggunakan model AI untuk mengenal pasti senario pengguna semasa, enjin CPU-Vita yang dikemas kini pada Trinity Engine mampu memperuntukkan sumber SoC dengan tepat, mencapai penggunaan kuasa yang lebih rendah sambil memastikan kestabilan dan kelancaran sistem.
Enjin RAM-Vita meningkatkan penggunaan RAM untuk mempercepat kelajuan pelancaran and peralihan aplikasi. Ia dapat mengekalkan aplikasi latar belakang aktif berjalan selama 72 jam tanpa henti. Selain itu, pengembangan RAM OPPO boleh digunakan untuk menukar 12GB storan menjadi RAM sementara, memberikan peningkatan kelancaran tambahan apabila diperlukan.
Akhirnya, enjin ROM-Vita yang dikemas kini kini menjalankan pemampatan tanpa kehilangan pada aplikasi yang jarang digunakan dan menguruskan fail pendua untuk mengurangkan penggunaan storan yang tidak perlu agar menghasilkan ruang storan yang lebih banyak untuk fail pengguna dan meningkatkan kelajuan baca/tulis memori.
Hayat bateri lebih lama, pengecasan lebih pantas
Pengoptimuman yang disasarkan pada struktur anod dan katod dalam bateri Reno12 dan Reno12 Pro membantu mewujudkan bateri 5,000mAh dengan kapasiti kuasa tertinggi setakat ini pada telefon Reno Series, memberikan hayat bateri yang berpanjangan dan keadaan bateri optimum selama lebih daripada empat tahun tanpa meningkatkan saiz bateri atau telefon.
Dengan sokongan Pengecas Kilat 80W SUPERVOOC OPPOTM pada kedua-dua model, bateri ini boleh dicas daripada 1% kepada 31% dalam tempoh sepuluh minit sahaja, dan hanya 47 minit yang diperlukan untuk pengecasan penuh 100% .
Ketersambungan yang Lancar, Sempurna dan Stabil
Kedua-dua Reno12 dan Reno12 Pro mengikuti siri Reno dengan memperkenalkan Teknologi AI LinkBoost OPPO generasi terkini. Dilengkapi dengan sembilan antena individu yang disusun dalam seni bina sekeliling 360°, AI LinkBoost berupaya meningkatkan penerimaan isyarat dan mengoptimumkan pemilihan rangkaian menggunakan model AI peringkat sistem untuk melaksanakan peralihan rangkaian yang pantas berdasarkan persekitaran rangkaian pengguna.
Untuk AI LinkBoost generasi baharu ini, OPPO turut menjalankan ujian dan pengoptimuman tempatan yang meluas di pasaran seluruh dunia untuk memastikan kestabilan ketersambungan yang konsisten.
Ini termasuk meningkatkan kependeraan rangkaian di kawasan dengan isyarat lemah atau rangkaian sibuk, meningkatkan peralihan lancar antara WiFi dan rangkaian selular, dan mempercepatkan kelajuan pemulihan isyarat ketika keluar dari lif atau ruang bawah tanah.
Dengan Pensijilan Prestasi Rangkaian Tinggi TÜV Rheinland yang pertama di dunia, Siri Reno12 disahkan untuk memberikan pengalaman rangkaian yang lancar dalam semua senario yang diuji untuk menambah keyakinan pada prestasi ketersambungan menerajui yang terkemuka.
OPPO telah memperkenalkan BeaconLink untuk Reno12 dan Reno12 Pro untuk situasi seperti penerbangan, pengangkutan tren di bawah tanah, atau mendaki gunung di mana liputan rangkaian mudah alih tidak tersedia.
Dengan menggunakan protokol komunikasi proprietari, BeaconLink meningkatkan penghantaran Bluetooth untuk membolehkan komunikasi pada jarak sehingga 200 meter, membolehkan panggilan suara satu sama satu dalam keadaan kecemasan tanpa memerlukan liputan rangkaian.
OPPO Reno12 dan Reno12 Pro kini tersedia untuk dibeli oleh rakyat Malaysia bermula hari ini. Dapatkan OPPO Reno12 Pro (12GB + 512GB) pada harga runcit yang disyorkan RM2,599, manakala Reno12 (12GB + 512GB) berharga RM2,199.

