Menurut platform terkemuka Asia untuk pengalaman dan perkhidmatan pelancongan Klook, semakin ramai rakyat Malaysia (dan Asia Tenggara) memilih untuk menutup tahun mereka dengan sesuatu yang lebih sejuk.

Sama ada bercuti ke destinasi yang dilitupi salji sebenar atau pengalaman yang terasa cool, ‘coolcation’ kini muncul sebagai trend utama pelancongan hujung tahun.

Jepun, Korea & Switzerland: Trio Destinasi Sejuk Paling ‘Hot’

Jepun terus menduduki takhta destinasi musim sejuk. Bayangkan arca ais megah di Hokkaido, cerun ski Nagano yang halus macam gula, serta onsen hangat yang menguap di tengah salji, tidak hairan lawatan ski rakyat Malaysia ke Jepun meningkat 131% berbanding tahun lepas.

Sapporo, Hokkaido

Korea Selatan pula menawarkan keseimbangan mantap antara keterujaan dan keselesaan. Resort ski bertaraf dunia? Ada. Taman tema musim sejuk? Ada. Sup panas untuk memanaskan badan? Wajib. Dengan kuil bersalji dan pulau-pulau yang indah, Korea menjadi pilihan bagi yang sukakan suasana romantik bercampur pengembaraan.

Switzerland adalah destinasi impian ramai. Tampil dengan pengalaman musim sejuk klasik Eropah. Pasar Krismas, chalet kayu di celah-celah Alps, dan cerun ski yang dramatik menjadikannya lokasi ‘postcard-perfect’.

Tropika Tapi Tetap ‘Cool’, Percutian Hujung Tahun Gaya Baharu

Jika anda tidak mahu meninggalkan cuaca tropika, jangan risau, ‘coolcation’ masih boleh dinikmati. Klook mencatat peningkatan minat terhadap aktiviti yang membantu pelancong  lari sekejap daripada cuaca panas, seperti pelayaran sungai di Singapura dan Thailand serta lawatan air terjun di Indonesia dan Filipina.

Air Terjun Munduk, Bali

Trend lain yang meningkat adalah aktiviti malam, daripada lawatan istana bermood misteri hingga glamping bawah bintang. Udara lebih nyaman, gambar lebih cantik, suasana lebih romantik.

Dan bagi mereka yang mengidamkan suasana sejuk tanpa meninggalkan Asia Tenggara, Sapa, Vietnam menawarkan kabus tebal, udara dingin, dan kadangkala salji nipis! Suasana pagi di sana ibarat berjalan di dunia ajaib musim sejuk.

Destinasi Kurang Pelancong, Lebih Cool

Trend kini bukan sekadar mencari cuaca sejuk, tetapi juga lokasi yang membuatkan anda terasa unik berbanding pelancong lain. Antara destinasi yang melonjak paling tinggi dalam kalangan pengguna Klook ialah:

1) Lijiang, China. Meningkat 463%

Bandar lama berbatu, budaya Naxi, dan latar Gunung Jade Dragon menjadikannya seakan filem epik.

2) Chiang Rai, Thailand. Meningkat 241%

Terkenal dengan kuil putih, biru, dan hitam — satu tempat, tiga senibina dramatik.

3) Phu Quoc, Vietnam. Meningkat 95.8%

Gabungan pantai biru kehijauan, hutan hujan dan pengalaman eko-mewah yang semakin meningkat.

Phu Quoc, Vietnam

Perjalanan Hujung Tahun Kini Jauh Lebih Mudah

Penggunaan pas pengangkutan seperti Swiss Travel Pass dan Eurail Pass meningkat dengan ketara kerana pelancong kini memilih cara perjalanan yang fleksibel dan mudah. Di Asia, perjalanan rel berkelajuan tinggi di China, Hong Kong, Taiwan dan Jepun meningkat lebih 140%, membuktikan minat yang semakin kukuh terhadap ‘coolcation’.

Akhir Tahun Dengan Gaya Baharu

Tidak kira sama ada anda memburu salji, mengejar kabus, atau sekadar mencari pengalaman yang terasa lebih ‘cool’, trend ‘coolcation’ menunjukkan bahawa pelancong kini mahu sesuatu yang lebih bermakna, sedikit pengembaraan, sedikit keselesaan, dan banyak detik yang layak dikongsi ke akaun media sosial masing-masing.

Dan bagi yang sudah bersedia merancang, pintu masuk ke ‘coolcation’ anda bermula dengan satu klik di sini.

Share:
, , , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah