Pos Malaysia Berhad (“Pos Malaysia”), penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional, dengan bangganya mengumumkan pelancaran koleksi kasut sniker edisi terhad hasil kerjasama dengan jenama kasut tempatan SNIIKA, menandakan kolaborasi pertama antara dua jenama tempatan.

Kasut sniker istimewa ini, berharga RM130, tersedia untuk pra-tempahan dari 25 Ogos hingga 12 September 2025, dengan pesanan sedia untuk diambil bermula 25 November 2025.

Pelanggan boleh membuat pra-tempahan kasut sniker edisi terhad ini secara dalam talian di https://shop.pos.com.my/ atau melawat mana-mana cawangan Pos Malaysia di seluruh negara semasa tempoh pra-tempahan.

Kolaborasi ini meraikan kreativiti dan kemahiran tempatan sambil menyokong bakat tempatan dalam industri fesyen di tahan air yang semakin berkembang.

Kolaborasi ini melambangkan semangat #LokalSapotLokal, mengukuhkan komitmen Pos Malaysia untuk memperjuangkan produk buatan Malaysia dan memupuk kerjasama yang mengekalkan bakat dan perniagaan tempatan di barisan hadapan. 

Projek inovatif ini mula tercetus awal tahun ini semasa sesi perbincangan antara seorang kakitangan dengan Ketua Pegawai Pemasaran, Komunikasi dan Kelestarian Kumpulan Pos Malaysia, Fiona Liao.

 Dalam perbualan tersebut, satu visi hebat telah dikongsikan, untuk membawa Pos Malaysia melangkaui setem dan kempen tradisional, serta menzahirkan identiti ikoniknya ke dunia fesyen dan kreativiti. Respon bersemangat Fiona, “Mari kita lakukan!”, telah mencetuskan langkah pertama.

Kini, visi itu menjadi kenyataan dengan pelancaran Pos Malaysia x SNIIKA — kasut Pos Malaysia yang pertama.

Reka bentuk ini menampilkan kombinasi warna khas yang diilhamkan oleh warna khas Pos Malaysia iaitu merah, putih, dan biru – yang memberikan nafas baharu kepada jenama dengan sentuhan segar dan bergaya.

Projek penting ini mencerminkan semangat #MemacuInovasi Pos Malaysia yang berteraskan minat dan kreativiti. Ia mewakili langkah bermakna dalam perjalanan syarikat untuk meraikan idea-idea baharu dan imaginatif, sambil menghormati warisan kaya dan pusaka jenama yang disayangi generasi rakyat Malaysia.

Dengan memilih untuk berkolaborasi dengan SNIIKA, sebuah jenama Malaysia yang membanggakan, Pos Malaysia membuktikan bahawa reka bentuk dan kualiti bertaraf dunia boleh ditemui di tahan air sendiri, ia membuktikan bahawa menyokong produk tempatan tidak bermakna berkompromi terhadap mutu dan keunggulan.

Projek ini juga mewakili komitmen syarikat untuk menyokong jenama tempatan dan meraikan kerjasama bermakna, menggabungkan kepakaran runcit Pos Malaysia dengan pendekatan reka bentuk inovatif SNIIKA.

Melalui inisiatif #LokalSapotLokal ini, kedua-dua jenama bertujuan untuk menginspirasi syarikat Malaysia lain untuk mencari perkongsian dalam ekosistem tempatan.

Ini akan mewujudkan kesan berantai yang mengukuhkan keseluruhan landskap kreatif dan perniagaan Malaysia.

Di Pos Malaysia, kami bersemangat dalam membina kepercayaan untuk menghubungkan kehidupan dan perniagaan demi masa hadapan yang cemerlang.

Kolaborasi dengan SNIIKA ini menunjukkan dedikasi kami untuk berhubung dengan komuniti kreatif Malaysia dan menyokong perniagaan tempatan untuk berkembang maju.

SNIIKA, yang diiktiraf atas kemahiran berkualiti dan reka bentuk cita rasa seni yang tersendiri dalam senario kasut Malaysia, membawa gaya khasnya kepada keluaran eksklusif ini, mewujudkan koleksi yang sangat dinantikan untuk peminat kasut reka dan penyokong fesyen tempatan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pos.com.my atau ikuti mereka di Facebook, X, Instagram, Tik Tok, YouTube, dan LinkedIn.

Share:
, , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah