Pengunjung Jonker Walk yang popular kini boleh menambah satu lagi hentian yang sesuai dimuat naik ke akaun media sosial masing-masing. Gula-gula Himalaya Sports dengan bangganya mempersembahkan Tanglung Peranakan terbesar di negara ini di tarikan popular di Melaka itu.
Tanglung gergasi berkenaan mempunyai rekaan menarik yang menggambarkan sejarah perjalanan legenda oleh Laksamana Zheng He ke Melaka untuk tujuan diplomatik dan perdagangan atas perintah maharaja dinasti Ming pada awal abad ke-15, yang kemudiannya membentuk suatu ikatan kukuh antara dua kerajaan dan seterusnya mencetus budaya Peranakan kita.
Berada pada ketinggian 12 kaki dan 8 kaki lebar, sepasang tanglung berkenaan diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai “Tanglung Peranakan Terbesar” dan syarikat konfeksionari gula-gula tersebut dianugerahkan pengiktirafan pada pelancaran rasmi tanglung berkenaan, yang disaksikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Sri Tiong King Sing, dan Pengerusi Jawatankuasa Jonker Walk Melaka, Datuk Wira Gan Tian Loo.
Dipamerkan dihadapan bangunan pejabat Jawatankuasa Jonker Walk sehingga 30 Jun 2023, tanglung berkenaan dipamerkan sempena meraikan perayaan Tahun Baharu Cina serta untuk menerangi Jonker Walk yang tidak pernah sunyi daripada kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara.
Pelancaran tanglung yang tersergam indah itu adalah sebahagian daripada inisiatif penjenamaan Himalaya Sports di destinasi utama pelancong ini yang mana ia juga adalah penaja rasmi gerbang laluan masuk Jonker Walk dan 800 biji tanglung merah yang melambangkan tuah sambil menghiasi langit di kawasan bersejarah Chinatown.
Pengasas dan Pengarah Urusan Nicko Jeep Manufacture Sdn. Bhd, Datuk Kenny Low, yang memiliki Himalaya Sports berkata, “Ia suatu peluang yang hebat bagi Himalaya Sports untuk kembali sebagai penaja bagi tahun ketiga di Jonker Walk dan tanpa kekangan perjalanan kali ini, kami mahu meraikan perayaan ini dengan sesuatu yang istimewa dan menjadi kenangan.”
“Tanglung Peranakan yang mencatat rekod dan reka bentuknya yang rumit itu memberi penghormatan kepada tradisi tanglung Cina, sejarah Melaka dengan negara China, serta permulaan kepada budaya Baba Nyonya yang membentuk suatu keunikan warisan khazanah pelbagai budaya Malaysia hari ini.”
Menambah keceriaan Tahun Baharu Cina adalah peraduan ‘SPOT, SNAP & WIN’ Himalaya Sports. Mulai sekarang hingga 28 Februari, pengunjung boleh meneliti sepasang tanglung Peranakan itu untuk meneka bilangan pek gula-gula Himalaya Sports yang tersembunyi di dalam rekaan yang rumit itu dan memenangi hadiah wang tunai bernilai RM19,888 sebagai permulaan bertuah kepada Tahun Arnab.
Low menambah, “Menerusi kerjasama kami dengan Jawatankuasa Jonker Walk, kami berharap dapat memainkan peranan kecil dalam menyokong pemulihan industri pelancongan kita daripada impak yang dahsyat akibat pandemik.”
“Tanglung Peranakan Terbesar itu bakal menjadi tarikan baharu untuk menarik pelancong tempatan dan antarabangsa ke Jonker Walk tahun ini sebagai tambahan kepada tempat kegemaran sekian lama seperti pasar malam hujung minggu, kedai antik di samping menyelami budaya Baba Nyonya.”