Sudah siap sedia dengan rencana percutian musim luruh dan dingin tahun ini? Jika mahukan busana baharu untuk digayakan, koleksi Levi’s® Icons Musim Luruh/Dingin 2025 mungkin untuk anda. Ia menampilkan gabungan sempurna antara warisan klasik dan inovasi moden.
Ikon-ikon denim yang tidak lapuk dek zaman ini hadir dalam versi yang dipertingkatkan dengan potongan baharu, tekstur mewah dan fabrik inovatif.
Berakar-umbi daripada legasi Levi’s®, ikon ini diilhamkan semula untuk menafsir gaya klasik dengan potongan terkini, tekstur mewah dan fabrik inovatif, lalu menawarkan keseragaman gaya yang ringkas dengan sentuhan kontemporari.
Keluarga 501® adalah antara ikon denim yang paling kekal sepanjang zaman. Untuk koleksi wanita musim ini, 501® 90s menawarkan potongan santai, ringan dan berinspirasikan vintaj yang menarik ditonjolkan bersama jaket berstruktur serta helaian berlapis lembut.




Ia juga boleh digayakan bersama Kemeja Teodora untuk sentuhan feminin atau Jaket Trucker Shrunken 90-an untuk gaya santai lagi cool.
Untuk si jejaka, 501® Original kekal sebagai tumpuan utama. Koleksi ini menampilkan pendekatan berinspirasikan gaya Amerika terhadap seluar jeans klasik.
Padankan juga Kemeja Barstow bersama Western Shorthorn Trucker untuk gaya lasak dan bergaya, atau tampil dengan gaya denim-atas-denim menerusi Relaxed Fit Trucker.


Sementara itu, 501® Thermodapt memperbaharui helaian ikon dengan memperkenalkan fungsi yang berteknologi tinggi pada denim klasik.
Diperbuat daripada 100% fabrik kapas tanpa regangan, teknologi denim mudah suai ini menyerap lembapan untuk kekal sejuk dalam cuaca panas dan menebat haba untuk memberi kehangatan ketika cuaca sejuk.

Helaian ikon ini memberikan keselesaan sepanjang musim dengan penampilan denim asli. Koleksi terkini Levi’s® Icons boleh didapati di levi.com.my dan di semua butik Levi’s® seluruh negara.
Levi’s® Tampil Buat Julung Kali Di KLFW 2025, Berkolaborasi Dengan Pereka Fesyen Generasi Baharu
Baru-baru ini, Levi’s® mencipta sejarah di Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2025 dengan memperkenalkan Levi’s® Designer Feature, sebuah inisiatif sulung yang meraikan kreativiti dan bakat tempatan.
Bertemakan ‘Denim Menerusi Lensa Baharu’, jenama denim ikonik ini mengetengahkan 13 pereka muda Malaysia yang diberi ruang untuk mengolah semula helaian klasik seperti jeans 501®, jaket Trucker dan kemeja dalam gaya eksperimental, moden dan avant-garde.
Antara pereka yang terlibat termasuk AKUDESIGN, Natasha Khan, Zaff Ben Jibby dan Oscar Lee (OUTDWELL), yang mempersembahkan rekaan berani berteraskan gaya jalanan dan utilitarian. Persembahan ini bukan sahaja menyerlah di KLFW, malah turut diperluaskan ke platform digital Levi’s®.






Pada pertunjukkan yang diadakan pada Ahad, 10 Ogos 2025 lalu, selain dihadiri oleh pemain industri dan pihak media, ia juga dimeriahkan dengan kehadiran barisan selebriti dan juga pempengaruh.


Foto : Levi’s Malaysia

