Bakal menemui peminat seni terutamanya seni tari pada Disember ini sebuah produksi hebat dinamakan Rentak Bumi 2.0! Direalisasikan sebagai sebuah persembahan gabungan pelbagai budaya merangkumi tarian kontemporari, tradisional dan moden, ia dianjurkan oleh tiga kumpulan tarian terkemuka di Malaysia, Dua Space Dance Theatre, Sutra Foundation dan DiDance. Rentak Bumi 2.0 mengajak anda menerokai kekayaan budaya dan warisan tarian di Malaysia menerusi sebuah pementasan gah oleh penari-penari terulung tanahair.

Tahun lepas, ketika dunia termasuk rakyat Malaysia bergelut dengan perintah kuncitara atau ‘lockdown’ gara- gara pandemik COVID-19, Sutra Foundation bersama DiDance dan Dua Space Dance Theatre, telah menampilkan 6 persembahan tarian secara virtual yang dinamakan Rentak Bumi. Persembahan di atas talian ini telah diilhamkan oleh Pengarah-pengarah Artistik kumpulan-kumpulan tarian tersebut yang terdiri daripada Datuk Ramli Ibrahim, Zaridah Abdul Mallik, Anthony Meh dan Aman Yap, sebagai salah satu program di bawah ArtsFAS, inisiatif anjuran Yayasan Hasanah. Walaupun ketika itu seluruh dunia masih dilanda pandemik, projek di atas talian yang mengetengahkan tiga syarikat tarian prominen di Malaysia ini telah berjaya menarik perhatian penonton tempatan dan antarabangsa menerusi persembahan tarian yang mempromosikan kekayaan dan keunikan pelbagai budaya di Malaysia.

Tahun ini, sekali lagi dengan sokongan dari ArtsFAS 2022, tiga syarikat tarian ini bakal bekerjasama semula dan bergabung tenaga untuk mempersembahkan koreografi dan persembahan tarian dari video-video yang telah terhasil ke dalam bentuk pementasan secara langsung yang menjanjikan kepuasan visual serta ‘artistry’ tahap tertinggi dan dinamakan Rentak Bumi 2.0.

Penata cahaya yang telah memenangi pelbagai anugerah, Tan Eng Heng akan menggunakan kepakaran kreatifnya di dalam Rentak Bumi untuk memberikan pencahayaan yang sepadan dan bergerak seiringan bersama karya menarik yang akan muncul di pentas Rentak Bumi 2.0.

Rentak Bumi 2.0 juga akan menganjurkan satu ceramah-demonstrasi khas bertajuk -‘Behind the Making of Rentak Bumi’ – salah satu cara untuk mendekati pelajar seni persembahan dan mana-mana pihak lain yang berminat untuk mendalami perihal belakang tabir produksi ini. Sesi ceramah-demonstrasi khas ini akan dikendalikan oleh para pengarah artistik dari kumpulan-kumpulan tarian yang terlibat di dalam pementasan ini. Mereka akan menawarkan perspektif unik mereka serta bercerita mengenai usahasama kreatif yang telah berlaku sepanjang proses menjayakan persembahan Rentak Bumi yang kini bakal dipentaskan sebagai Rentak Bumi 2.0. Ia dijadualkan berlangsung pada 6 petang, sejurus sebelum persembahan terakhir yang akan diadakan pada tarikh 18 Disember 2022.

Datuk Ramli Ibrahim, Pengasas dan Pengarah Artistik Sutra Foundation, berkata “Bagi pihak Sutra Foundation, Dua Space Dance Theatre dan DiDance,kami ingin menjemput anda semua untuk datang menyaksikan kemegahan dan kekayaan kesenian tarian Melayu, Cina dan India rangkuman persembahan tarian tradisional sehinggalah ke tarian moden dalam produksi Rentak Bumi 2.0. Kami juga mengalu-alukan kedatangan pelajar seni persembahan untuk hadir ke sesi perkongsian khas sebagai peluang untuk mereka mengenali pengarah- pengarah artistik yang merupakan minda kreatif di sebalik penghasilan persembahan tarian di dalam Rentak Bumi. Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Arts For All Seasons (ArtsFAS), inisiatif di bawah Yayasan Hasanah yang berpegang teguh kepada misi memelihara dan meraikan kesenian negara terutamanya yang diancam arus kemodenan. Badan ini memainkan peranan penting di dalam penganjuran acara ini, sekaligus membolehkan kami memberikan inspirasi buat artis generasi baru dalam bidang persembahan visual dan seni persembahan. Kami berharap peminat seni dan masyarakat Malaysia secara amnya tidak melepaskan peluang untuk menonton pementasan tarian Rentak Bumi 2.0 yang penuh ekstravaganza ini, sama-samalah kita raikan acara kemuncak ini sebagai penutup tirai tahun 2022.”

Rentak Bumi 2.0
16-18 Dec 2022 | 8.30pm
Panggung Bandaraya DBKL (Jalan Raja, KL)
RM 30 / RM 50 / RM 100
Tiket boleh didapati di www.cloudjoi.com
Behind the Making of Rentak Bumi
18 Dec 2022 | 6pm – 7.15pm
Panggung Bandaraya DBKL
Untuk Sebarang Pertanyaan & Pendaftaran: +6018-2070310 / +6019-3331092
*Kuota adalah terhad dan penyertaan akan berdasarkan first-come-first-served basis.

More info at:
FB & IG | @duaspace @sutrafoundation
Website | https://www.duaspace.com.my/
https://www.sutrafoundation.org.my/
Hotlines | Dua Space Dance Theatre +6018-2070310
Sutra Foundation +6019-3331092

Share:
, , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *