Bangkok memang terkenal dengan aneka tarikan bandar yang meriah, penuh warna, dan sentiasa hidup kala siang mahupun malam. Di tengah-tengah kesibukan kota ini, Aloft Bangkok Sukhumvit 11 muncul sebagai pilihan penginapan yang bukan sahaja selesa, tetapi juga penuh gaya dan menyeronokkan.

Terletak di salah satu jalan paling “happening” di Bangkok, hotel ini menepati citarasa pengembara moden yang mahukan gabungan hiburan, keselesaan dan lokasi strategik.

Berikut adalah 5 sebab utama kenapa Aloft Bangkok wajar ada dalam senarai penginapan anda:

1. Lokasi di pusat hiburan & gaya hidup
Aloft Bangkok berada di Sukhumvit Soi 11, kawasan yang dipenuhi restoran, bar, kelab malam dan kafe yang popular. Pusat beli-belah terkenal seperti Terminal 21 terletak tidak jauh, dan kawasan tumpuan pelancong seperti Nana juga mudah dicapai. Tambahan pula, hotel menyediakan perkhidmatan tuk-tuk percuma untuk memudahkan anda ke stesen BTS terdekat.

2. Rekaan dalaman funky & moden
Setiap sudut hotel mempamerkan rekaan yang ceria dan funky, dengan penggunaan warna-warna berani yang memberikan suasana segar dan ranggi. Biliknya luas, selesa, dan dilengkapi lantai kayu – sesuai untuk mereka yang tidak gemar lantai berkarpet.

3. Kolam renang dengan pemandangan memukau
Ruang kolam renang di tingkat atas menawarkan pemandangan bandar Bangkok yang mengagumkan. Ia adalah lokasi ideal untuk bersantai sambil menikmati suasana matahari terbenam.

4. Hidangan yang memanjakan selera
Sama ada sarapan, makan tengah hari, atau makan malam, hidangan di Aloft memang memukau rasa. Tomyam dan Pad Thai di sini memang “sedap gila”! Lebih menarik, mereka menawarkan variasi kreatif seperti cakoi dengan sos teh Thai, nachos dengan sos Pad Thai, telur dadar dengan sos Pad Thai, dan telur rebus ‘poached’ dengan kelapa. Selain itu daging dan ayam di hotel ini mempunyai pensijilan Halal.

5. Akses hiburan malam yang eksklusif
Hotel ini bersambung dengan salah satu kelab malam eksklusif yang terkenal di Bangkok (dimiliki pihak luar, tetapi berkongsi bangunan). Ini menjadikannya pilihan menarik untuk mereka yang ingin menikmati hiburan malam tanpa perlu pergi jauh.

Dengan gabungan lokasi strategik, suasana funky, kemudahan moden, dan pilihan makanan yang menggoda selera, Aloft Bangkok Sukhumvit 11 adalah destinasi penginapan yang sesuai untuk pelancong yang mahukan pengalaman bandar Bangkok secara maksimum.

Dan untuk kekal dalam talian sepanjang penginapan anda di Bangkok, kami mengesyorkan menggunakan WiFi saku daripada Samurai Wifi! Sambungan WiFi bukan sahaja pantas dan cekap, malah harganya juga sangat berpatutan. Satu peranti boleh dikongsi sehingga 5 orang pengguna yang ingin sentiasa berhubung sepanjang perjalanan mereka. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Samurai Wifi.

Share:
You may also like
Latest Posts from Travellah