Pusat beli-belah terkenal, Pavilion Bukit Jalil tampil dengan pelbagai tawaran dan promosi terbaik sempena meraikan Karnival Jualan Mega 2025 yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia bermula 15 Jun hingga 31 Julai 2025.

Karnival yang membawa tema ‘Feast for the Senses’ ini meraikan kepelbagaian makanan tempatan, budaya dan pengalaman membeli-belah di Malaysia yang unik, sambil mengalu-alukan pengunjung tempatan dan antarabangsa untuk menikmati sambutan yang membawa ‘jiwa’ Malaysia.

Selaras dengan kempen nasional ini, Pavilion Bukit Jalil tidak ketinggalan memperkenalkan inisiatif atau kempen “Mega Shopping Walk. Together, Here”.

Sambutan yang diraikan oleh seluruh pusat beli-belah ini menggabungkan keterujaan membeli-belah dengan ganjaran gaya hidup serta penghargaan budaya.

Tarikan utama kempen ini adalah program ‘Road to Rewards’ yang menawarkan hadiah dan baucar membeli-belah bernilai RM250,000.

Pembeli yang berbelanja minimum RM250 boleh menebus baucar membeli-belah RM10, dengan penebusan dihadkan kepada RM50 bagi setiap pembeli, setiap hari.

Mereka yang berbelanja RM500 ke atas juga layak menyertai peraduan untuk berpeluang memenangi hadiah utama, sebuah JAECOO J7 serba baharu.

“Karnival Jualan Mega adalah peluang yang hebat untuk meraikan komuniti peruncitan yang pelbagai. Di Pavilion Bukit Jalil, kami berbangga menyokong penyewa kami dengan mencipta pengalaman menarik yang menyatukan pembeli dan menonjolkan keunikan yang terdapat di pusat beli-belah kami,” ulas Ketua Pegawai Eksekutif Peruncitan, Kuala Lumpur Pavilion Sdn. Bhd, Dato’ Joyce Yap.

Jualan Mega tahun ini hadir pada waktu yang penting apabila Malaysia terus menggiatkan semula pelancongan domestik dan perbelanjaan pengguna.

Dengan penyertaannya, Pavilion Bukit Jalil memperkukuh usaha rangsangan ekonomi Tourism Malaysia sambil mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi mesra keluarga yang menyokong jenama dan pengalaman tempatan.

Jalan 10,000 langkah, dapat baucer RM20

Menyedari perubahan gaya hidup ke arah kesihatan dan runcit berasaskan pengalaman, Pavilion Bukit Jalil turut memperkenalkan program ‘jalan dan ganjaran’ (walk-and-reward).

Pembeli yang mencapai 10,000 langkah dalam kawasan pusat beli-belah akan menerima baucar makanan dan minuman bernilai RM20, satu inisiatif yang menggabungkan keseronokan membeli-belah dengan manfaat gaya hidup aktif.

Inisiatif ini selaras dengan visi Pavilion Bukit Jalil untuk mewujudkan pengalaman pusat beli-belah yang lebih sihat dan imersif, melangkaui batasan runcit tradisional.

Dengan lebih daripada 600 kedai runcit, pameran seni dan budaya yang mengasyikkan, serta pelbagai tawaran makanan dan minuman tempatan dan antarabangsa, Pavilion Bukit Jalil berada dalam kedudukan terbaik untuk menyampaikan pengalaman Karnival Jualan Mega yang tidak dapat dilupakan oleh keluarga, rakan-rakan dan pelancong.

Untuk memaksimumkan pengalaman yang menguntungkan ini, pembeli digalakkan memuat turun aplikasi mudah alih Pavilion Bukit Jalil dan mendaftar sebagai ahli.

Aplikasi ini memudahkan penebusan baucar membeli-belah dan F&B serta pendaftaran peraduan.

Ikuti Pavilion Bukit Jalil di Instagram (www.instagram.com/pavilionbukitjalil)  dan Facebook (www.facebook.com/PavilionBukitJalil.Mall) untuk maklumat lanjut dan info  terkini.

Untuk pertanyaan lanjut mengenai promosi dan penebusan, pembeli juga boleh menghubungi Khidmat Pelanggan di 03-8092 8833.

Share:
, , , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah