Data Pelancongan PBB 2024 telah mengumumkan bahawa Türkiye adalah pasaran pelancongan keempat terbesar dunia berdasarkan keputusan enam bulan pertamanya dalam industri pelancongan.

Pengumuman yang diadakan pada sidang akhbar di İstanbul berkenaan menyatakan, Türkiye menunjukkan pertumbuhan yang mampan dalam semua metrik prestasi pelancongan utama.

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Republik Türkiye, Mehmet Nuri Ersoy, berkata negara berkenaan menerima kehadiran 26,388,831 pelancong antarabangsa dalam tempoh separuh pertama 2025.

Mencatatkan pertumbuhan sebanyak 1% dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, Türkiye turut mengumumkan hasil pendapatan pelancongannya untuk tempoh separuh pertama sebanyak AS$25.8 bilion, iaitu 7.6% lebih tinggi daripada angka tahun lalu. 

Seramai 26.4 juta pelancong antarabangsa secara purata tinggal selama 10 malam di Türkiye, dengan secara puratanya membelanjakan sebanyak AS$106 setiap malam untuk setiap orang, iaitu satu peningkatan sebanyak 8% berbanding tahun lalu.

Menteri Ersoy berkata, “Meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran geopolitik dalam tempoh separuh pertama tahun ini, Türkiye meneruskan pertumbuhan mampannya dalam industri pelancongan. Tumpuan strategik kami dalam mempelbagaikan destinasi, produk dan pasaran sumber terbukti berkesan. Dalam persekitaran yang sukar ini, kami terus menyaksikan pertumbuhan dalam metrik utama khususnya dari segi hasil pendapatan. Bagi tempoh enam bulan akan datang, kami yakin akan mencapai sasaran akhir tahun kami sebanyak AS$64 bilion dari segi pendapatan pelancongan.”

Dalam tempoh enam bulan tahun ini, tiga pasaran utama pengunjung Türkiye ialah Rusia, dengan 2.61 juta pelancong, Jerman dengan 2.42 juta pelancong; dan UK dengan 1.75 juta pelancong. Türkiye juga mengalami pertumbuhan dua angka bagi bilangan pelancong dari Amerika serta dari pelbagai negara pesaing Eropah serta negara-negara Asia Tengah dan Asia Pasifik.

Share:
, , , , , , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah