Sebagai sebuah kota wisata yang sangat popular di rantau Asia Tenggara, Yogyakarta menawarkan pelbagai tempat penginapan dan hotel yang menarik. Dari yang paling mewah hinggalah yang mesra bajet, semuanya ada di kota ini.

Namun salah satu hotel lima bintang di kota ini turut menjadi tumpuan ramai berkat harganya yang sangat berpatutan, biarpun tersenarai sebagai salah sebuah hotel mewah di pusat kota.

Hotel yang dimaksudkan adalah ARTOTEL Suites Bianti Yogyakarta. Ia merupakan destinasi penginapan yang menawarkan pengalaman unik dan mewah di tengah kota Yogyakarta. Selepas berpeluang bermalam di sini, berikut kami berikan lima alasan utama mengapa anda perlu mempertimbangkan untuk menginap di sini.

  1. Lokasi Strategik di Pusat Bandar

Terletak di Jalan Urip Sumoharjo No. 37, ARTOTEL Suites Bianti berada di tengah-tengah kota Yogyakarta. Ini memudahkan akses ke pelbagai tarikan utama seperti Monumen Tugu, Jalan Malioboro, Keraton Yogyakarta dan macam-macam lagi. Malah perjalanan ke stesen keretapi Tugu Yogyakarta juga hanya mengambil masa sekitar 20 minit sahaja dari hotel ini.

  1. Pilihan Bilik Yang Cantik dan Selesa

Sesuai dengan konsep jenama ARTOTEL yang mengungguli bangunan penginapan bertemakan seni, bilik-bilik di sini bukan sahaja selesa tetapi juga cantik berkat seni reka dalaman yang diwarnai dengan ajnas hasil seni kontemporari. Terdapat pelbagai pilihan bilik pada harga yang sangat mesra-kocek!

  1. Pilihan Makanan yang Menggoda Selera

Nikmati pelbagai hidangan di TERA All Day Dining yang menawarkan menu tempatan dan antarabangsa, termasuk hidangan istimewa seperti Buntut Balado dan Salmon Lodeh Kuning. Mereka juga mempertaruhkan Barley & Barrel untuk tamu yang mahu bersantai. Dengan konsep ‘wooden classic’, ia menawarkan pelbagai jenis minuman dan makanan ringan seperti tex-mex food, hotdog, burger, dan pizza, sesuai untuk berkumpul bersama rakan atau keluarga sambil menikmati muzik secara langsung.

  1. Hiburan Jazz yang Memukau

Hotel ini dikenali dengan penganjuran acara muzik Jazz yang unik, termasuk kolaborasi dengan seni tradisional seperti wayang kulit dalam acara tahunan ‘More Than Jazz Art’. Selain itu kumpulan kugiran mereka juga memainkan muzik Jazz yang sangat menyenangkan. Jika anda peminat muzik sedemikian, anda harus cuba meluangkan waktu di sini.

  1. Kemudahan Acara yang Serbaguna

ARTOTEL Suites Bianti menyediakan pelbagai kemudahan dan ruang acara. Ini termasuk sebuah kolam renang selain Lotus Ballroom yang mampu menampung sehingga 250 tetamu, sesuai untuk majlis perkahwinan, persidangan, atau acara korporat. Mereka juga mempunyai sebuah spa buat tamu yang ingin memanjakan diri.

Dengan kombinasi lokasi strategik, hiburan berkualiti, pilihan makanan yang pelbagai, dan ajnas kemudahan acara yang lengkap, ARTOTEL Suites Bianti Yogyakarta adalah pilihan penginapan yang sempurna untuk pengalaman yang tidak dapat dilupakan di Yogyakarta. Layari laman sesawang mereka di ARTOTEL Suites Bianti Yogyakarta.

Share:
, , , , , , , , , , , , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah