The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia dengan bangganya meraikan pembukaan kafenya yang ke-200, di Caltex Batu Maung, Pulau Pinang.

Pembukaan cawangan terbaharu ini memperkukuhkan reputasi jenama ini sebagai peneraju dalam arena kopi dan teh bertaraf premium.

Kafe di Caltex, Batu Maung ini menyuluh visi The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia untuk menyediakan akses yang mudah kepada minuman premium, melengkapi kafe pandu masuk dengan tempat letak kereta yang ditetapkan untuk pelanggan, sambil memastikan mereka dapat menikmati minuman kegemaran dengan waktu menunggu yang lebih singkat.

Pengarah Urusan The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, Datuk M. Amar Shah, berkongsi bahawa pembukaan cawangan di Batu Maung bukanlah semata-mata satu titik pencapaian, tetapi ia membuktikan kepercayaan dan kesetiaan yang terbina bersama pelanggan mereka selama ini.

“Sementara kami melebarkan sayap ke Batu Maung, kami masih memberi fokus untuk menjamin kualiti setiap minuman, berserta solusi-solusi mudah akses seperti khidmat pandu masuk untuk memenuhi keperluan pelanggan masa kini.”

“Kafe ini melambangkan komitmen kami untuk menyediakan pengalaman yang lebih lancar dan bertaraf tinggi, bagi pelanggan yang bergegas untuk minuman mereka ataupun mereka yang ingin berehat seketika.”

Kafe berkeluasan 2,100 kaki persegi ini mampu memuatkan seramai 86 orang pelanggan dalam satu masa, di mana ia menampilkan ruang yang luas, termasuklah meja panjang untuk lapan orang.

Diilhamkan daripada pengaruh California Selatan yang merupakan tempat asal jenama ini, kafe tersebut membawakan ambien yang tampak cerah dan mesra, untuk memudahkan pelanggan bersantai dan berhubung.

Memperkayakan pengalaman pelanggan dengan aplikasi MyCBTL

Menjadi sebahagian daripada usaha berterusannya untuk menaik taraf pengalaman para pelanggan, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia juga telah melancarkan aplikasi MyCBTL di Pulau Pinang pada 7 November 2024.

Direka untuk memudahkan serta menaik taraf bagaimana pelanggan menikmati minuman buatan tangan kegemaran mereka, aplikasi ini menyediakan ciri-ciri seperti tawaran tersuai, promosi istimewa, dan proses pesanan yang lancar.

Biar untuk mendapatkan minuman dengan segera atau berehat seketika, aplikasi ini meningkatkan tahap kemudahan dan aksesibiliti, mencerminkan komitmen jenama ini untuk menjadikan setiap detik bersama kopi dan teh yang dihidangkan lebih menikmatkan.

Rai pembukaan kafe ke-200 dengan promosi eksklusif

Untuk meraikan kejayaan ini, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia teruja untuk merungkaikan pelbagai promosi yang ditawarkan secara eksklusif di The Coffee Bean & Tea Leaf®, Caltex Batu Maung dari 19 Disember hingga 28 Disember 2024.

Berikut adalah tawaran yang menanti:

  • Beli 1 percuma 1: Valencia Orange Cold Brew Tea dengan Tonic Water.
  • Percuma Polar Bean Bunny : Dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM100, sementara stok masih ada.
  • Hadiah uncang teh piramid: Peroleh satu uncang teh percuma dengan setiap pembelian. [10 pelanggan terawal, bagi 10 hari pertama, layak mendapat dua (2) uncang teh bagi setiap pembelian]

*Promosi-promosi ini tidak terpakai bersama promosi atau diskaun yang lain, dan kesemua produk adalah tertakluk kepada ketersediaan, sementara stok masih ada.

Nikmati minuman khas sempena musim perayaan

Di samping pelbagai promosi pembukaan yang menarik, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia juga teruja untuk memperkenalkan Minuman Musim Perayaan bagi memeriahkan suasana.

Nikmati Black Forest Mocha Ice Blended® (kecil RM18.90, besar RM19.90), untuk mengalami gandingan ceri, coklat dan kopi, atau Black Forest Vanilla Ice Blended® (kecil RM18.90, besar RM19.90) yang menyajikan keenakan ceri, coklat dan vanila.

Bagi para penggemar pudina, Double Chocolate Peppermint Latte (kecil RM16.90, besar RM17.90), Double Chocolate Peppermint Ice Blended® (kecil RM17.90, besar RM18.90), dan Pure Double Chocolate Peppermint Ice Blended® (kecil RM17.90, besar RM18.90) merupakan kombinasi sempurna untuk rasa coklat yang mewah dan pudina yang menyegarkan.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran dan promosi terkini daripada The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, sila kunjungi laman Facebook di www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage, Instagram di @coffeebeanMY, TikTok di @coffeebeanMY, atau laman sesawang di www.coffeebean.com.my.

Share:
, , , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah