Vietjet telah menyambung semula perkhidmatan domestiknya ke Con Dao bermula 3 Disember 2025. Perkembangan terbaharu ini sekali gus membuka laluan yang lebih mudah dan berpatutan untuk pelancong Malaysia ke salah satu pulau tercantik dan paling terpelihara di Vietnam.

Kini, rakyat Malaysia boleh pergi ke Con Dao dengan lebih lancar melalui penerbangan sambungan di Hanoi atau Ho Chi Minh City, dua hab utama Vietjet.

Vietjet juga  mengendalikan penerbangan harian dari Kuala Lumpur ke kedua-dua bandar tersebut serta ke Da Nang, destinasi pantai terkenal di Vietnam.

Tiket kini boleh ditempah apabila Vietjet memulakan semula satu penerbangan pergi balik setiap hari dari Hanoi dan Ho Chi Minh City ke Con Dao.

Pulau Con Dao – Foto dipetik dari Hanoi Voyages

Mulai 15 Disember 2025, kekerapan bagi kedua-dua laluan ini akan ditingkatkan kepada dua penerbangan pergi balik sehari bagi memenuhi permintaan perjalanan yang meningkat pada musim hujung tahun.

Sempena penyambungan semula laluan ini, Vietjet menawarkan tambang sehala serendah VND490,000 (kira-kira RM77, tidak termasuk cukai dan bayaran tambahan) untuk penerbangan ke Con Dao.

Tempahan boleh dibuat melalui www.vietjetair.com, aplikasi mudah alih Vietjet Air, atau rangkaian pejabat tiket dan ejen sah Vietjet di seluruh dunia.

Dengan rangkaian yang dipertingkatkan ini, para pengembara kini dapat menikmati akses yang lebih mudah ke Con Dao, sebuah pulau terkenal dengan laut jernih, tebing berbatu dramatik, alam semula jadi yang kaya biodiversiti serta tapak warisan sejarah yang menarik.

Vietjet terus memperluaskan rangkaian pelancongan domestik Vietnam sambil menawarkan lebih banyak pilihan kepada pelancong Malaysia untuk meneroka keindahan semula jadi dan khazanah budaya Vietnam.

Vietjet ialah ahli penuh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dan memiliki sijil IATA Operational Safety Audit (IOSA).

Sebagai syarikat penerbangan swasta terbesar Vietnam, Vietjet menerima penarafan keselamatan tertinggi 7 bintang oleh airlineratings.com serta tersenarai dalam 50 syarikat penerbangan terbaik dunia dalam aspek kewangan dan operasi oleh Airfinance Journal selama beberapa tahun berturut-turut.

Syarikat ini turut dinobatkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik oleh organisasi terkemuka seperti Skytrax, CAPA, Airline Ratings dan banyak lagi.

Maklumat lanjut dan tempahan di www.vietjetair.com

Share:
, , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah