Jakarta sememangnya terkenal sebagai salah satu destinasi pelancongan kesukaan warga Malaysia. Selain jaraknya yang tidak terlalu jauh dan kosnya yang tidak terlalu mahal, ia juga kerap menjadi tumpuan berkat ajnas pilihan penginapannya yang menarik.

Tidak dapat dinafikan terdapat puluhan penginapan mewah di bandar raya Jakarta namun ada yang lebih menonjol berbanding yang lain.

Indah tersergam di kawasan Menteng bandar raya Jakarta di Indonesia, adalah The Hermitage, a Tribute Portfolio Hotel, Jakarta, sebuah penginapan bertaraf lima bintang yang bernaung di bawah jenama antarabangsa Marriott.

Berpayungkan jenama tersohor Marriott, hotel mewah ini mewujudkan suasana terbaik dan selesa buat setiap pengunjungnya. Apatah lagi, jenama Marriott memang salah satu jenama penginapan antarabangsa yang sangat popular di mata dunia.

Hotel ini mudah ditujui kerana berada di kawasan yang sangat strategik. Berdekatan kawasan yang dipenuhi peginapan berprestij serta tidak jauh dari pusat perniagaan komersial, ia juga berdekatan beberapa pusat membeli-belah yang memang tersohor dalam kalangan penduduk tempatan.

Malah hotel ini juga tidak jauh dari Pasar Seni Antik yang terkenal di Jakarta.

Jarak dari lapangan terbang ke penginapan ini juga tidak terlalu jauh. Jangka masa dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta ke hotel ini juga tidak sampai 45 minit.

Menerapkan konsep seni-deko 1920-an, hotel ini juga ada kelainan sendiri kerana senibina bangunannya yang ditata indah, persis sebuah rumah agam dari zaman penjajahan Eropah.

Berbekalkan aneka bilik dan suite yang dihias mengikut konsep rumah mewah 1920-an yang eksklusif, ia turut menawarkan pemandangan kota Jakarta yang menakjubkan dari restoran dan bar tingkat atas mereka yang bernama La Vue.

Ia juga dilengkapi dengan sebuah restoran istimewa bernama 1928 yang menawarkan hidangan makanan tempatan dan antarabangsa yang lazat untuk tujuan sarapan dan sebagainya.

Tidak ketinggalan, penginapan mewah ini turut dilengkapi dengan sebuah kolam renang, gimnasium, bilik-bilik khas buat mesyuarat serta seminar selain perkhidmatan pelanggan yang luar biasa.

Dengan harga yang sangat berpatutan serta perkhidmatan berkelas antarabangsa berbintang lima, The Hermitage, a Tribute Portfolio Hotel, Jakarta wajar menjadi pilihan tamu yang ingin merasai kemewahan dan berlokasi strategik.

Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang mereka di The Hermitage, a Tribute Portfolio Hotel, Jakarta

Share:
, , , , , , , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah