Setiap kali pergi bercuti, krim pelindung matahari atau sunblock adalah benda wajib yang mesti dibawa. Jika tertinggal, terpaksalah beli yang baharu demi memastikan kulit terjaga dan tidak ‘terbakar’.
Maklumlah, krim pelindung matahari ini bukan sahaja perlu dipakai ketika berada di luar rumah, bahkan ia juga perlu diaplikasi walaupun hanya duduk di rumah.
Untuk perlindungan kulit yang lebih berkesan atau efektif, kini anda punya pilihan untuk minum Sunproof Coffee yang dilancarkan oleh Dr Cute International Sdn Bhd pada 16 November lalu.
Produk yang tersedia dalam bentuk sachet ini boleh dibawa ke mana-mana, termasuklah ke destinasi percutian idaman dan ia mempunyai manfaat untuk melindungi kulit daripada kesan buruk sinaran UV, selaran matahari serta penuaan pramatang.
Lebih membanggakan, Sunproof Coffee merupakan pelindung matahari oral pertama di Malaysia. Membawa tagline, drink your sun protection, ia membawa mesej yang kuat bahawa Sunproof Coffee adalah cara yang mudah untuk melindungi kulit pada setiap hari.
Menurut Pengasas Dr Cute International Sdn Bhd, Dr Abdullah Alias, kopi ini dihasilkan dengan penuh tanggungjawab kerana ia adalah hasil kerjasama dengan Pusat Penyelidikan USMARI yang diterajui oleh Professo Madya Dr Unku Shahrin bin Ungku Zaman.
“Melihat terdapat kekosongan dalam pasaran untuk produk yang bukan sahaja memberi perlindungan harian terhadap sinaran UV tetapi juga boleh diterima dalam rutin harian masyarakat.”
“Sunproof Coffee adalah hasil penyelidikan yang mendalam, menggabungkan teknologi pelindung matahari terkini dengan ritual harian minum kopi. Ini adalah penyelesaian yang mudah, namun inovatif, untuk melindungi kulit dari dalam,” ujar Dr Abdullah.
“Pendekatan perlindungan oral Sunproof Coffee adalah satu revolusi dalam bidang penjagaan kulit.”
“Dengan memanfaatkan kuasa antioksidan dan bahan pelindung matahari, kami menawarkan kepada rakyat Malaysia satu cara yang berkesan untuk melindungi kulit daripada kerosakan UV, tidak kira di mana mereka berada. Ini adalah masa depan penjagaan kulit, melindungi kulit dari dalam, dengan setiap hirupan kopi,” ulas Dr Ungku Shahrin pula.
Berbeza dengan produk pelindung matahari generik yang digunakan pada permukaan kulit, Sunproof Coffee menawarkan perlindungan luar-dalam dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi yang berkhasiat seperti Moringa, bawang lanang hitam, paku pakis (polypodium leucotomos), kopi hijau, dan astaxanthin.
Gabungan bahan-bahan ini memberi perlindungan menyeluruh daripada kerosakan UV, selaran matahari, serta penuaan kulit pramatang.
Pada majlis pelancaran yang diadakan secara besar-besaran itu, pempengaruh media sosial, Muhammad Noor bin Zakaria atau lebih dikenali sebagai Mdno telah dilantik sebagai duta produk ini.
Sunproof Coffee kini boleh didapati melalui agen sah. Pembeli yang membuat pembelian dalam bulan pertama pelancaran akan menikmati diskaun awal sebanyak 10%.
Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.drcute.com.my