Selalunya jika ada bintang ternama yang akan mengadakan konsert di Singapura, ramai rakyat Malaysia sanggup ke sana demi melihat persembahan bintang pujaan. Lebih-lebih lagi jika mereka menggugurkan Malaysia daripada senarai jelajah.

Alang-alang sudah ke Singapura, takkanlah tidak mahu meneroka Kota Singa yang menjanjikan pelbagai pengalaman menarik. Sama ada bersorak di stadium atau menikmati keindahan bandar ini, Singapura menawarkan segalanya!

Bagi peminat muzik dari Malaysia yang ingin ke Singapura untuk merasai pengalaman konsert secara langsung yang tidak dapat dilupakan, memastikan perjalanan pengangkutan yang lancar adalah penting.

Walaupun perjalanan udara menjadi pilihan popular, menaiki bas ke Singapura adalah peluang unik untuk mengagumi keindahan kawasan sekitar sambil menikmati perjalanan yang selesa dan mesra poket.

Dengan bantuan teknologi, menempah tiket bas secara dalam talian kini lebih mudah dan lebih senang. Anda kini boleh menaiki bas ke Singapura dengan mudah. Platform seperti redBus membolehkan anda mencari dan membandingkan laluan bas, waktu berlepas, dan tambang, menjadikannya mudah untuk mendapatkan tiket tanpa sebarang masalah.

Sebelum menaiki bas dari Malaysia, sediakan playlist yang menetapkan suasana sempurna untuk perjalanan anda. Penuhkan dengan lagu-lagu kegemaran anda dan lagu popular tempatan untuk bersedia menghadapi pelayaran muzik.

Ini adalah saat anda untuk memastikan anda bersedia untuk konsert, supaya anda dapat menyanyi bersama setiap lagu apabila masanya tiba!

Eksplorasi selepas konsert

Kami faham bahawa anda mungkin berasa berat hati untuk meninggalkan Singapura, tetapi jangan risau! Kami telah mengumpulkan beberapa panduan selepas konsert untuk membantu anda menikmati perjalanan yang menyeronokkan di Singapura, sama ada anda tinggal hanya selama 24 jam atau lebih lama.

1. Lawati Gardens by the Bay

Perjalanan ke Singapura tidak akan lengkap tanpa melawat Gardens by the Bay. Ianya seperti melangkah ke oasis ajaib di tengah-tengah bandar. Supertrees adalah struktur tinggi yang diliputi dengan tumbuhan, dan terdapat taman-taman yang dipenuhi dengan pelbagai bunga yang cantik dari seluruh dunia.

Jangan lepaskan peluang untuk melawat Flower Dome dan Cloud Forest, kedua-duanya menakjubkan. Dan jika anda berpeluang untuk melawat pada waktu malam, mereka mempunyai pertunjukan cahaya dan bunyi yang luar biasa dipanggil Garden Rhapsody yang memukau. Percayalah, melawat Taman di Gardens by The Bay akan menjadi kemuncak perjalanan anda!

2. Pemasangan seni instagram-worthy di ArtScience Museum

Pameran The World of Studio Ghibli sedang berlangsung ketika ini sehingga Februari 2025.

Jika anda sentiasa melayari Instagram atau TikTok anda, kemungkinan besar anda telah menjumpai banyak foto #aesthetic daripada pameran tetap tunggal ArtScience Museum di Singapura: Future World: Where Art Meets Science.

Jadi, kenapa tidak beli tiket ke ArtScience Museum dan menyelami masa depan seni kontemporari? Bangunan ikonik berbentuk bunga teratai yang terletak di dalam Marina Bay Sands ini, adalah suatu tempat di mana seni, sains, budaya, dan teknologi bergabung dalam harmoni yang sempurna.

Terokai dunia pemasangan seni digital yang unik, setiap satu menawarkan pengalaman pembelajaran baru yang menarik.

Dengan lebih daripada 300 objek dipamerkan, termasuk artifak bersejarah, manuskrip saintifik, filem, seni kontemporari, dan bahkan meteor Martian yang asli, pameran komprehensif ini menjanjikan untuk memikat imaginasi anda dan memberi inspirasi.

3. Tempat makan dengan pemandangan Changi

Singapura mempunyai lokasi selera baharu untuk dikunjungi iaitu Cosford Container Park.

Terletak berhampiran Changi Village, Cosford Container Park adalah sebuah taman kontena yang menampilkan lebih daripada 13 vendor makanan yang menawarkan pelbagai jenis masakan, dari Zichar hingga donburi. Selain itu, ia terletak betul-betul di sebelah landasan ketibaan Lapangan Terbang Changi. Bayangkan TAPAK Urban Street Dining, tetapi dengan pemandangan pesawat mendarat setiap 5 minit!

Bagi para Instagrammer, taman kontena ini juga mempunyai pelbagai lokasi cantik yang banyak untuk bergambar.

4. Dapatkan belian murah di Bugis Street

Sejujurnya, Singapura terkenal sebagai salah satu bandar termahal di dunia. Jika anda berjalan di sepanjang Orchard Road yang sibuk, anda dengan cepat akan menyedari bahawa membeli-belah di sini tidak murah.

Tetapi jangan risau, rakan-rakan pencinta fesyen yang berhemat! Anda masih punya tempat untuk menikmati terapi membeli-belah tanpa bimbang tentang poket bocor!

Bersebelahan stesen kereta api Bugis, anda boleh menemui tempat impian pemburu barangan murah. Dengan lebih daripada 600 kedai, tempat yang sibuk ini adalah destinasi membeli-belah jalanan utama di Singapura.

Daripada pakaian bergaya kepada makanan lazat, minuman menyegarkan, dan cenderamata berwarna-warni, terdapat sesuatu untuk semua orang di sini.

Cuma berhati-hati agar tidak hilang dalam lorong-lorong yang berselirat, ianya mudah untuk terpesona dengan keseronokan!

Ambil masa anda untuk terokai kedai-kedai di sini, kadangkala anda mungkin menemui barang yang sama dijual dengan harga lebih murah di kedai lain!

Setelah anda puas membeli-belah di Bugis Street, jangan lupa untuk singgah di Haji Lane dan Arab Street yang hanya di seberang jalan.

Lorong-lorong yang menawan ini dipenuhi dengan butik-butik unik, seni jalanan yang berwarna-warni, dan kafe yang selesa, menawarkan tempat untuk berehat dan meneroka selepas seharian membeli belah.

Jadi tunggu apa lagi? Mulakan perjalanan dengan redBus agar perjalanan yang ditempuhi lancar dan menyeronokkan.

Share:
You may also like
Latest Posts from Travellah