lyf Georgetown Penang oleh The Ascott Limited kini dibuka kepada tetamu. Terletak di tengah kawasan Tapak Warisan Dunia UNESCO, lyf Georgetown Penang menggabungkan reka bentuk moden, budaya warisan, dan gaya hidup bermatlamat, menawarkan kemudahan yang serba lengkap untuk menginap, bekerja dan berhubung bagi pengembara moden.
Projek ikonik oleh The Ascott Limited ini menandakan pencapaian penting dalam landskap hospitaliti Pulau Pinang.
Direka untuk pengembara moden, lyf Georgetown Penang mendefinisikan semula pengembaraan, beralih tumpuan daripada penginapan kepada pengalaman asli yang dikongsi bersama.
Direka untuk Generasi Pengembara Akan Datang
lyf Georgetown Penang ialah ruang kediaman bersama dinamik yang mengutamakan fleksibiliti, kolaborasi, dan keterlibatan budaya.
Dengan 144 bilik yang tampil bergaya dan ruang komuniti yang direka dengan penuh teliti, ia bukan sahaja menawarkan penginapan tetapi juga menjadi platform untuk percambahan kreativiti dan membentuk hubungan.
Tetamu boleh memilih bilik yang terdiri daripada beberapa pilihan yang terdiri daripada Good for One (Studio), One of a Kind (Studio), Side by Side Plus (Studio Berkembar), Two of a Kind (2 Bilik Tidur), dan All Together (3 Bilik Tidur).



Demi keselesaan yang maksimun, lfy Georgetown turut dilengkapi dengan:
* UNWIND Lounge: Ruang sosial yang selesa dengan kerusi empuk dan suasana tenang, sesuai untuk berehat, berkongsi cerita, atau bertemu kenalan baru.

* CONNECT Event Space: Sebuah hab yang serba dinamik untuk penganjuran majlis komuniti, acara pop-up, dan bengkel kreatif.
* COLLAB: Bilik mesyuarat direka teliti yang menggabungkan fungsi dan elemen inspirasi, sesuai untuk sesi percambahan minda, perkongsian idea, dan kerjasama kreatif.
* BOND Kitchen: Ruang dapur komuniti di mana para tetamu boleh menyediakan dan berkongsi makanan. Bond Kitchen memupuk suasana mesra dengan memberi peluang kepada tetamu untuk bertukar resipi, mencuba cita rasa tempatan, dan berkongsi cerita sambil memasak bersama.
* BURN Social Gym: Ruang kecergasan yang serba lengkap untuk pelbagai jenis senaman, daripada sesi solo hinggalah kepada senaman komuniti dan aktiviti sosial aktif.

*DIP Pool: Sebuah oasis yang menenangkan di mana para tetamu boleh menyejukkan badan daripada cuaca panas tropika, bersantai, dan mengembalikan semula tenaga.

* WASH & HANG: Ruang dobiberinovatif yang mengubah tugas harian menjadi acara sosial, menggalakkan para tetamu untuk berehat, beramah mesra, dan berhubung sambil melakukan tugas harian.

lyf Georgetown Penang turut mengintegrasikan teknologi pintar seperti akses kunci mudah alih dan perkhidmatan melalui aplikasi ASR (Ascott Star Rewards), memastikan pengalaman tetamu yang serba lancar.
Sementara itu, program sosial yang disusun khas memupuk hubungan erat antara tetamu dan komuniti tempatan, mendefinisikan semula sempadan tradisional hospitaliti.
“Pengembara hari ini mahukan sesuatu yang lebih daripada hanya tempat untuk menginap, mereka mahukan ruang yang menginspirasikan kreativiti, memupuk hubungan, dan membolehkan mereka menyelami budaya tempatan.
lyf Georgetown Penang membuktikan komitmen kami untuk membentuk semula hospitaliti menjadi pengalaman yang sesuai dengan gaya hidup moden, sambil kekal teguh bersama komuniti di sekitarnya,” ulas Pengurus Besar Negara Ascott Malaysia, Mondi Mecja.
Di lyf Georgetown Penang, tetamu bukan sahaja boleh menginap, mereka juga turut dilengkapi dengan peralatan untuk menerokai keistimewaan Georgetown sama seperti penduduk tempatan melalui panduan lyf.
Ia menawarkan tip berguna yang diperlukan untuk mencari semua tempat-tempat tersembunyi dan restoran tempatan terbaik, membantu tetamu mengalami sepenuhnya keindahan Georgetown.
Selain itu, terdapat juga program lyf Perk yang menampilkan kerjasama eksklusif dengan artisan dan perniagaan tempatan, menyediakan pengalaman yang disusun khas dan diskaun eksklusif untuk para tetamu sahaja.
Bersama-sama, inisiatif ini memupuk hubungan yang erat dan asli dengan warisan budaya dan komuniti Georgetown yang serba bertenaga lagi dinamik.
Menambah daya tarikannya, lyf Georgetown Penang mempersembahkan “Door of Cosmic Dreams”, sebuah paparan seni yang mengubah pintu biasa menjadi gerbang ke arah pengembaraan dan penemuan.
Sebagai sebahagian daripada siri global yang pertama kali diperkenalkan di lyf Singapura, pintu kosmik ini kini mengajak para tetamu di Pulau Pinang untuk meneroka yang tidak diketahui dan membuka cakrawala baharu.
Diinspirasikan oleh konsep perjalanan sebagai satu perjalanan tanpa penghujung, instalasi ini merupakan refleksi kreatif mengenai peralihan, eksplorasi, dan pengalaman manusia yang dikongsi bersama.
Karya seni unik ini mencerminkan semangat ingin tahu dan keterhubungan yang menjadi jiwa lyf, memberikan tetamu momen inspirasi ketika mereka memulakan perjalanan masing-masing. “Door of Cosmic Dreams” akan dipamerkan sehingga Februari 2025.
Kadar bilik bermula daripada RM308+ sebilik semalam. Daftar sebagai ahli Ascott Star Rewards (ASR) secara percuma dan nikmati pelbagai ganjaran eksklusif sepanjang tahun.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membuat tempahan, sila layari laman sesawang lyf Georgetown Penang.
Dapatkan maklumat terkini dengan mengikuti @lyfgeorgetown di Instagram dan Facebook.