Selain ibukota Kuala Lumpur, bandar Petaling Jaya juga merupakan salah satu kota yang mempunyai banyak tarikan menarik buat para pelancong. Kedekatannya dengan ibu negara Malaysia menjadikannya bandar termaju di Malaysia.
Berkat pembangunan yang pesat, kota Petaling Jaya menawarkan ajnas tempat-tempat menarik selain pusat membeli-belah dan kompleks-kompleks komersial.
Tidak dapat dinafikan terdapat puluhan penginapan mewah di Petaling Jaya namun ada yang lebih menonjol berbanding yang lain. Teguh memuncak di kawasan Kelana Jaya, Petaling Jaya, hotel moden Le Meridien Petaling Jaya adalah sebuah hotel bertaraf lima bintang berjenama antarabangsa dan terkenal dengan perkhidmatan terbaik buat para tamunya.

Berpayungkan jenama tersohor Marriott, hotel ini mewujudkan suasana terbaik dan selesa buat setiap pengunjungnya. Apatah lagi, jenama Marriott memang salah satu jenama penginapan antarabangsa yang sangat popular di mata dunia.
Terletak di kawasan popular Kelana Jaya, ia mudah ditujui kerana berada di kawasan yang sangat strategik. Berada di kawasan yang dipenuhi banyak pusat perniagaan komersial, ia juga bercantum dengan pusat membeli-belah Paradigm Mall yang memang tersohor dalam kalangan penduduk tempatan.
Jaraknya dari lapangan terbang ke hotel ini juga tidak terlalu jauh. Jangka masa dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke hotel mewah ini mengambil masa sekitar 45 minit.
Hotel ini juga ada kelainan sendiri kerana senibina bangunannya yang gah dan cantik selain kedudukannya di pusat kota PJ. Ia juga berdekatan beberapa pangsapuri mewah yang lain.
Berbekalkan aneka unit bilik dan suite yang dihias secara kontemporari dan eksklusif, hotel ini turut menawarkan pemandangan kota yang menakjubkan dari jendela bilik di tingkat atas.


Ia juga dilengkapi dengan beberapa tempat makan seperti Pasar Baru untuk tujuan sarapan dan waktu makan lain yang menawarkan hidangan tempatan serta antarabangsa yang lazat. Terdapat juga PJ’s Bar and Grill yang terletak di sebelah kolam renang dan berlatarbelakangkan pemandangan gah kota metropolitan. Ini diserikan lagi dengan kafe Latitude 03 06 untuk kopi, teh serta aneka minuman dan kudapan lain.




Tidak ketinggalan, penginapan mewah ini turut dilengkapi dengan sebuah kolam renang, gimnasium, bilik-bilik khas buat mesyuarat serta seminar selain perkhidmatan pelanggan yang luar biasa.


Dengan harga yang sangat berpatutan serta perkhidmatan berkelas antarabangsa berbintang lima, Le Meridien Petaling Jaya wajar menjadi pilihan tamu yang ingin merasai kemewahan dan berlokasi strategik.
Untuk maklumat lanjut layari Le Meridien Petaling Jaya.
Gambar makanan diambil menggunakan Redmi Note 13 Pro + atas ihsan Xiaomi Malaysia