Berdiri megah di kota Ho Chi Minh, hotel Novotel Saigon Centre merupakan sebuah hotel bertaraf perniagaan yang menawarkan perkhidmatan terbaik buat para pelanggannya. Sebagai sebuah hotel di bawah jenama yang sangat popular, Novotel Saigon Centre sentiasa berjaya membuktikan yang mereka mampu mewujudkan suasana terbaik dan selesa buat setiap pengunjungnya.
Terletak di tengah pusat bandar Ho Chi Minh, hotel ini mudah ditujui kerana tidak terlalu jauh dari lapangan terbang (sekitar 25 minit) dan juga lebuhraya utama kota tersebut. Diperhebatkan lagi dengan lokasinya yang sangat strategik, pasti ramai yang tidak akan melepaskan pandangan dari hotel berprestij ini. Dari jauh lagi sudah kelihatan jendela-jendela kaca di bangunannya yang tinggi.
Dengan 247 bilik yang dihias secara mewah dan eksklusif, hotel ini turut menawarkan pemandangan kota Ho Chi Minh dengan penuh gah.
Seperti kebanyakan hotel yang mempunyai bilik-bilik tingkat eksekutif dan premier, para tetamu di bilik-bilik tersebut juga mempunyai kemudahan untuk melakukan daftar masuk dan keluar peribadi (personalised check-in and check -out). Biliknya juga sangat menarik, apatah lagi dengan bilik mandi berdinding kaca lutsinar yang pemandangannya hanya boleh ditutup dengan bidai khas dari dalam kamar mandi. Setiap bilik juga mempunyai kemudahan wi-fi buat tamu yang ingin melayari internet.
Novotel Saigon Centre juga mempunyai sebuah gimnasium, sebuah kolam renang dan juga sebuah spa untuk beriadah dan menenangkan diri. Ini diserikan lagi dengan beberapa tempat untuk menjamu selera seperti The Square yang menyajikan hidangan terbaik di samping On Top Bar di tingkat teratas buat minuman serta hiburan malam dan pemandangan kota yang menakjubkan.
Ia juga mempunyai bilik-bilik khas buat mesyuarat serta seminar dan juga dewan utama untuk mengadakan majlis besar-besaran seperti perkahwinan, pameran dan seumpamanya.
Di hadapan hotel ini juga adalah jalan utama ke arah aneka kedai-kedai serta kawasan perniagaan utama bandar Ho Chi Minh yang juga popular dengan nama lamanya Saigon.
Sekiranya anda tercari-cari hotel yang bagus dan menawarkan perkhidmatan terbaik di samping lokasi yang sangat strategik, singgahlah di Novotel Saigon kerana ia benar-benar kemewahan yang mudah dikecapi!
Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang Novotel Saigon Centre.
Sambungan wi-fi dan internet penulis sepanjang berada di Vietnam dikuasakan oleh Roaming Man Malaysia.
*Penerbangan hebat ke Vietnam ini ditaja oleh pihak VietJet. Layari VietJet untuk promosi luar biasa dan harga terendah!