Jomlah staycation di DoubleTree by Hilton i-City Shah Alam. Terletak di kawasan strategik bersebelahan pusat beli-belah Central i-City dan hanya beberapa langkah dari i-City Theme Park, hotel ini menjanjikan pengalaman yang sesuai untuk pasangan, keluarga mahupun si pengembara solo.

Baru-baru ini, saya berpeluang menginap di hotel ini selama dua hari satu malam. Pengalaman indah bermula sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke ruangan lobi.

Selain disambut mesra oleh staf yang profesional, saya juga diberikan signature chocolate chip cookie yang menjadi tanda ikonik rangkaian hotel DoubleTree.

Bilik yang saya duduki tampil moden, luas dan selesa dengan kelengkapan serba lengkap. Namun, daya tarikannya adalah pemandangan malam dari cermin bilik yang menghadap ke i-City. Ribuan lampu berwarna-warni yang menghiasi taman tema mencipta kanvas bercahaya, cukup indah.

Bilik King Deluxe Pemandangan Taman (i-City)

Pengalaman menjamu selera di Tosca

Selain keselesaan bilik, saya juga ingin berkongsi pengalaman menjamu selera di Tosca, restoran Itali yang terletak di tingkat 5. Restoran elegan dengan mood eksklusif ini menyajikan hidangan Itali yang membuka selera dan percayalah, anda tidak akan menyesal!

Hidangan pembuka dimulakan dengan Gamberi Alla Busara, iaitu udang harimau segar yang dimasak dalam sos saffron bersama roti ciabatta, menghasilkan rasa laut yang halus dan beraroma. Tidak ketinggalan, Smoked Burrata Cheese yang dihidangkan bersama tomato segar, pine kernel serta pesto basil memberikan keseimbangan rasa berkrim dan segar.

Untuk sup, saya mencuba Zuppa Cremosa di Funghi. Teksturnya yang berkrim serta aroma truffle yang menggoda membuatkan saya terbuai dengan kelazatan.

Untuk hidangan utama, saya cuba Aglio Olio di Gamberi yang merupakan spaghetti dengan udang serta piza, Pepperoni di Manzo yang menggabungkan daging lembu dengan keju ricotta dan sos tomato pekat.

Makan malam diakhiri dengan dua pilihan pencuci mulut yang sempurna iaitu. Tiramisu Affogato Redefined, untuk saya, dan Lime & Mint Sorbet yang segar dan ringan untuk suami.

Manjakan diri di eforea Spa

Sebagai pelengkap kepada pengalaman mewah ini, saya turut mencuba rawatan urutan badan di eforea spa, spa eksklusif hotel yang berkonsepkan keseimbangan minda dan tubuh.

Suasana spa yang tenang dengan pencahayaan lembut dan aroma minyak terapi segera menenangkan jiwa. Saya memilih urutan Himalayan Hot Stone yang menjanjikan ketenangan minda dan kelegaan otot yang tegang.

Sebelum urutan badan akan dimulakan dengan rawatan kaki

Terapisnya berpengalaman dan tahu tepat di mana perlu memberi tekanan. Sesi selama 90 minit itu benar-benar membantu saya mencapai tahap relaksasi yang diidamkan. Tubuh terasa segar, ringan dan tenang.

Selepas sesi spa yang menenangkan, saya meluangkan masa seketika di kolam renang infiniti hotel. Suasana petang yang damai dengan hembusan angin sepoi-sepoi menjadikan saat itu begitu menenangkan.

Penginapan singkat di sini membuktikan bahawa staycation tidak perlu jauh untuk terasa istimewa. Gabungan lokasi strategik, bilik yang selesa serta sajian gastronomi yang memikat menjadikan DoubleTree by Hilton i-City Shah Alam sebagai pilihan terbaik.

Pengalaman Hebat Hilton Hotels di Seluruh Malaysia

Hilton Hotels di seluruh Malaysia kini sedang mempromosikan pakej Stay and Dine yang direka khas untuk membawa keceriaan kepada setiap generasi, daripada kanak-kanak kecil yang penuh rasa ingin tahu hinggalah ibu bapa yang menginginkan rehat sempurna.

Jadi, inilah masanya untuk anda merancang dan tempah sekarang dari 1 September – 31 Oktober 2025 di https://asiapac.hilton.com/en/country/malaysia

Share:
, , , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah