Bionics Sciences dan Dato Fazley Yaakob dengan bangganya mengumumkan pelancaran Bliss dan Sucre Lens, suatu bahan MPC + Si-Hy baru untuk kanta sentuh.

Di dunia masa kini yang bergerak pantas, penindasan bakteria, pengekalan kelembapan yang baik dan penglihatan jelas adalah penting untuk setiap aspek kehidupan harian.

Untuk itu Bionics Sciences bersama Dato Fazley Yaakob dan duta terbaharu mereka Atita Harris memperkenalkan kanta sentuh Bliss dan Sucre Lens yang melambangkan himpunan kajian serta pembangunan bertahun-tahun yang menggabungkan teknologi tercanggih dengan bahan-bahan terbaik untuk menawarkan pengalaman transformatif dalam pembetulan penglihatan.

Ciri-ciri utama Bliss dan Sucre Lens termasuk:

Kemampuan Penindasan Bakteria
Permukaan kanta yang bukan ionik mampu mengelakkan protein dan bendasing daripada mengikuti kornea melalui bakteria.

2 Kali Pengekalan Kelembapan
Pihak Bionics Sciences telah meningkatkan pengekalan kelembapan pada kanta dengan menggunakan PC polimer serta monomer. Permukaan kanta disaluti dengan agen-agen pelembap yang mampu mengekalkan kelembapan air mata untuk jangka waktu yang lebih lama.

Reka Bentuk Sisi yang Tepat
Dengan reka bentuk sisi yang tepat, yang sama sekali tidak mengganggu kornea, ia memperbaiki rasa kekeringan dan menelusuri pengaliran air mata dengan lancar selain mudah dikeluarkan.

Inspirasi Sucre Lens
Sucre Lens, merupakan suatu koleksi menarik yang diilhamkan dari seni kuih-muih tempatan. Dipetik dari warna-warni ceria serta tradisi tersanjung rantau kita, Sucre Lens menepati intipati kuih-muih kesayangan kita dalam aneka warna. Ia juga mewakili masyarakat kita yang beraneka ragam, dan menambahkan sentuhan yang mudah dikenali dalam menjelaskan warna-warna pada kanta.

Share:
You may also like
Latest Posts from Travellah