Terkenal sebagai salah satu destinasi pelancongan kesukaan warga Malaysia berkat jaraknya yang tidak terlalu jauh dan kosnya yang tidak terlalu mahal, Jakarta kerap menjadi tumpuan kerana ada aneka pilihan penginapan yang menarik.
Tidak dapat dinafikan terdapat ribuan penginapan di bandar raya Jakarta namun ada yang lebih menonjol berbanding yang lain. Teguh memuncak di bandar raya Jakarta di Indonesia, penginapan berkonsep pangsapuri Aryaduta Suites Semanggi adalah sebuah penginapan jenama tempatan bertaraf antarabangsa dan terkenal dengan perkhidmatan terbaik buat para tamunya.
Berpayungkan jenama tersohor Aryaduta yang ada di seluruh Indonesia, pangsapuri dengan perkhidmatan ini mewujudkan suasana terbaik dan selesa buat setiap pengunjungnya. Apatah lagi, jenama ini memang salah satu jenama tempatan yang sangat popular di negara tersebut.
Terletak di kawasan popular Jakarta Selatan, ia mudah ditujui kerana berada di kawasan yang sangat strategik. Berada di kawasan yang dipenuhi peginapan berprestij serta pusat perniagaan komersial, ia juga berdekatan dengan banyak pusat membeli-belah.
Jaraknya dari lapangan terbang ke penginapan ini juga tidak terlalu jauh. Jangka masa dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta ke pangsapuri ini juga tidak sampai 45 minit.
Pangsapuri ini juga ada kelainan sendiri kerana senibina bangunannya yang gah dan cantik selain kedudukannya di pusat kota. Ia juga berdekatan beberapa pangsapuri mewah yang lain.
Berbekalkan 275 unit pangsapuri yang dihias secara kontemporari dan eksklusif, pangsapuri ini turut menawarkan pemandangan kota yang menakjubkan dari jendela bilik di tingkat atas. Setiap unit lengkap dengan ruang tamu dan juga dapur.
Tersedia pelbagai pilihan penginapan di sini seperti, pangsapuri dengan satu, dua dan juga tiga bilik tidur. Ada juga Safari Family Suite khas buat keluarga dengan anak-anak kecil.
Ia juga dilengkapi dengan sebuah restoran bernama Porta Venezia untuk tujuan menjamu selera sambil menawarkan hidangan makanan tempatan dan antarabangsa yang lazat.
Tidak ketinggalan, penginapan ini turut dilengkapi dengan sebuah kolam renang, gimnasium, gelanggang skuasy dan tenis, bilik-bilik khas buat mesyuarat serta seminar selain perkhidmatan pelanggan yang luar biasa.
Dengan harga yang sangat berpatutan serta perkhidmatan berkelas antarabangsa, Aryaduta Suites Semanggi di Jakarta wajar menjadi pilihan tamu yang ingin merasai kemewahan dan berlokasi strategik.
Untuk maklumat lanjut layari Aryaduta Suites Semanggi.