Tourism Selangor, Agensi Promosi Pelancongan rasmi bagi Negeri Selangor, telah memulakan jerayawara antarabangsa dan mengambil bahagian dalam South Asia’s Travel and Tourism Exchange (SATTE) di India, yang diadakan dari 12 hingga 24 Februari 2024. Delegasi Negeri Selangor diketuai oleh Tourism Malaysia, bersama beberapa pegawai dari Tourism Selangor.

Jerayawara antarabangsa pertama tahun ini bertujuan untuk memperkenalkan Negeri Selangor di peringkat global, terutamanya bagi menarik para pelancong dari India yang mencatat kemasukan pelancong tertinggi ke Negeri ini. Delegasi dari Malaysia juga telah mengadakan sesi B2B bersama ejen-ejen pelancongan di Chennai, Kolkata dan Ahmedabad. Dengan populasi mencecah lebih 70 juta orang di ketiga-tiga Daerah, India merupakan salah satu pasaran pelancongan terbesar untuk Malaysia, terutamanya Negeri Selangor. Negeri Selangor juga telah menerima seramai 65,573 pelancong dari India pada tahun 2022, yang merupakan jumlah tertinggi berbanding negara- negara Asia Tenggara yang lain.

Penyertaan dalam jerayawara dan South Asia’s Travel and Tourism Exchange (SATTE) tahun ini berpotensi memasarkan segmen pelancongan fokus Negeri Selangor seperti pelancongan makanan, ekopelancongan, pelancongan perubatan, taman tema dan Lokasi Acara Perkahwinan. Beberapa produk pelancongan turut dibawa tahun ini untuk menarik permintaan di India seperti Sunway Lagoon, Sunway Pyramid, Taman Tema Air SplashMania, Sky Mirror Kuala Selangor dan Sekinchan.

Azrul Shah Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor dalam satu kenyataan berkata, tahun 2024 adalah masa yang sesuai untuk Negeri Selangor menyambung semula kerjasama meluas kami dengan pemain industri pelancongan di India. Disokong oleh jumlah penerbangan yang kerap dengan 181 penerbangan setiap minggu serta kapasiti 33,851 tempat duduk, kami yakin akan terdapat lonjakan pelancong dari India yang datang ke Malaysia pada tahun-tahun yang akan datang.

“Dengan misi untuk mencapai kemasukan seramai 7 juta pelancong semasa Tahun Melawat Selangor 2025, kami telah menandatangani Memorandum Kerjasama dengan Persatuan Pengembaraan dan Pelancongan Tamil Nadu Selatan (STATT), Persatuan Pengusaha Pelancongan Luar India (OTOAI) dan Rangkaian Ejen MICE India (NIMA) untuk mempergiatkan lagi usaha promosi silang antara Negeri Selangor dan India. Dijangka hubungan dua hala antara Negeri Selangor dan India akan terus kukuh dan makmur”, tambahnya lagi.

Pasaran Asia Tenggara adalah salah satu penyumbang utama kedatangan pelancong antarabangsa ke Negeri Selangor, sebelum wabak Covid-19. Negeri Selangor telah menerima 186,434 pelancong dari India pada tahun 2019. Dengan usaha promosi pelancongan yang berterusan, Negeri Selangor menjangkakan peningkatan kemasukan pelancong antarabangsa menjelang akhir tahun menandakan seramai 1.1 juta pelancong antarabangsa.

Tourism Selangor turut membawa “Splendid Selangor Take Me Anywhere” ke jerayawara mereka ke India dan South Asia’s Travel and Tourism Exchange (SATTE). Kempen ini menjurus ke arah meletakkan Negeri Selangor di peringkat global. Kempen Splendid Selangor adalah salah satu usaha yang besar untuk meningkatkan kerjasama antara Negeri Selangor dan negara-negara lain. Kerjasama dengan agensi yang mengambil bahagian pada tahun ini akan melibatkan perkongsian prospektif melalui lawatan FAM bersama media dan agensi pelancongan, siri promosi silang, jerayawara dan misi jualan.

Share:
, , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah