Penyanyi kebangaan negara Malaysia yang mekar mencipta nama di persada antarabangsa, Yuna bakal menggegarkan SUPALAPA Festival yang akan berlangsung pada 2 Mac ini.
“Persembahan saya akan berlangsung dalam durasi 1 jam. Sebenarnya persembahan kali ini macam sambungan kepada show Yunaverse tempoh hari. Ada set lagu yang sama cuma sebab masa untuk festival pendek sikit jadi kita cuba untuk compresskan untuk 1 jam. Ada penari dn saya akan bawakan lagu baru dan lama. Saya rasa ecxited membuat persembahan untuk peminat di Malaysia.” ujar Yuna tentang persembahannya itu nanti.
Beliau juga sempat berkongsi bahawa ada juga sedikit rasa gementar untuk membuat persembahan.
“Bila buat persembahan, confirm akan gementar. Saya sudah 15 tahun membuat persembahan tetapi setiap show is a different unique show. Tak boleh samakan sebab bagi saya bila say perform, ada yang tak pernah tengok. Kali pertama buat mereka. Saya nak bagi a good first impression buat mereka. Gementar kat situ.. lepas tu dah ok. Satu trick yg ramai artis buat sebelum show ialah warm up dan makan pisang sebab pisang bantu untuk relakskan diri dari gementar,” jelasnya lagi.
Mengenai perkembangan terbaharunya, bintang itu berkongsi bahawa dia masih sering pulang ke Malaysia untuk tujuan peribadi dan kerja.
“Sudah biasa. Saya sudah 12 tahun di US. Memang banyak kali saya balik ke KL, kalau boleh nak balik sebulan sekali . Selalunya once every 3 months saya balik tapi Alhamdulillah , di KL banyak event. Jadi sekarang sejak Oktober saya balik setiap bulan. Kalau ada persembahan di Malaysia, kalau peluang itu bagus untuk saya, saya akan terima. Saya cari peluang untuk balik KL dan buat persembahan di Malaysia. Bila ada tawaran dan memadai serta bagus untuk saya, saya akan ambil. Alhamdulillah, saya ambil vitamin, minum air, makan makanan sihat, saya Ok dan sihat dan bersedia untuk memberi persembahan,” tambah Yuna.
Menurutnya setiap festival mempunyai suasana yang berlainan.
“Kalau macam di luar negara, saya suka tengok persembahan artis serta set up mereka. Contoh macam Cocahella ,set up time mereka hanya 15 minit, macam mana mereka nak buat dalam masa yang diberikan dan ia berjalan lancar. Itu sangat penting. Hopefully satu hari kita di Malaysia akan begitu kerana kita ada banyak bakat . Banyak sound guys, technical crew yang talented dan saya akan hire orang yang sama. New generation pun akan more talented .Saya juga suka tengok artis kerana the way they prepare themselves pun berlainan. Saya pun akan buat persembahan berlainan di setiap festival . Saya perlu jadi fleksibel kalau buat persembahan di festival. Festival is a good time to learn and have fun. Tiada pressure to be perfect.” bingkas Yuna mengakhiri bicara.
Festival Supalapa akan berlangsung pada 2 dan 3 Mac 2024 di Resorts World Awana.
Yuna, Alie Gatie, Armani White, Rave Republic, Paul Van Dyk, Keemokazi, Misterariffin, Notep, Frude, Forceparkbois & DJ Ziqq, Talitha, Hard Lights dan Limguini antara 30 bintang ternama antarabangsa dan tempatan yang sedia menanti peminat pada festival yang berlangsung selama dua hari ini.
Sebarang pembelian tiket boleh layari Ticket2u, Ticketmelon, Sistic dan Ticketek.