Taman Tema Genting SkyWorlds, tarikan bertaraf dunia oleh Resorts World Genting, menjadi sebagai satu-satunya taman tema dan yang pertama yang menerima pengiktirafan platinum Malaysia Tourism Quality Assurance (MyTQA) daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), baru-baru ini.
Kawasan seluas 26 ekar di atas awan ini memasuki program jaminan kualiti oleh Kementerian di bawah kategori “Pelancongan Buatan Manusia” dan mendapat penarafan keseluruhan tinggi sebanyak 96.69% dalam 7 kriteria penilaian utama. Taman tema luar ini dinilai oleh MyTQA berdasarkan penampilan dan pengalaman; kualiti perkhidmatan; kemudahan; pemasaran danpromosi; kaji selidik pelanggan; dan amalan terbaik keselamatan serta kelestarian.
MyTQA telah dimulakan oleh MOTAC pada tahun 2014 untuk meningkatkan perkhidmatan dan kualiti kemudahan bagi produk-produk pelancongan di Malaysia. Program akreditasi ini meningkatkan keyakinan terhadap produk pelancongan tempatan dan digunakan sebagai rujukan utama oleh pelancong untuk memilih produk terbaik.
“Kami teruja dianugerahkan pengiktirafan tertinggi bagi pelancongan berkualiti oleh MOTAC,” kata Aaron Soo, Naib Presiden Kanan Tarikan dan Penyewaan, Genting Malaysia Berhad. “Pengiktirafan oleh Kementerian ini membuktikan usaha berterusan kami untuk mencapai kecemerlangan, penjagaan dan kepintaran dalam mewujudkan tarikan luar bertaraf dunia yang bukan sahaja menumpukan kepada penyampaian hiburan yang mempesonakan dan tiada tandingan, malah kepada kemudahan sempurna dan keselamatan pengunjung yang didayakan oleh teknologi yang optimum,” kata beliau lagi.
Taman Tema Genting SkyWorlds telah menerima kira-kira 1.56 juta pengunjung sejak dibuka pada Februari 2022 dan terus menjadi tarikan pengembaraan ajaib dan bertaraf antarabangsa yang memenuhi kehendak pelbagai golongan. Genting SkyWorlds menyediakan pengalaman hiburan bersepadu yang luar biasa dalam bentuk tunggangan, tarikan dan pertunjukan yang menarik melalui 9 dunia tersendiri untuk mencipta kenangan yang unik dan kekal.
Soo menambah: “Dengan pengiktirafan terbaharu ini, kami semakin bersemangat dan bermotivasi untuk mencipta pengalaman yang lebih luar biasa di Taman Tema Genting SkyWorlds. Kami bersedia meneroka perjalanan lebih mencabar ke arah kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang.”
Genting SkyWorlds menawarkan pelbagai pengalaman yang disesuaikan dengan mendalam untuk golongan muda dan mereka yang berjiwa remaja. Dari pakej pembinaan pasukan yang dibuat khusus hingga lawatan “pengalaman VIP” dan pakej pesta ulang tahun, ada dunia baru yang menyeronokkan hanya menunggu untuk ditemui! Untuk maklumat lanjut dan promositerkini, layari gentingskyworlds.com atau saluran media sosial rasmi taman tema.