Rakyat Malaysia berpeluang untuk mengenali budaya Hakka menerusi docutainment khas berjudul Secrets of the Raknus Selu Trail yang akan mula bersiaran di saluran AXN Asia pada 27 September di seluruh Asia dan tayangan seluruh dunia pula akan melalui saluran YouTube AXN Asia pada 28 September.

Docutainment khas satu jam ini mengisahkan explorasi ikonik di negara Taiwan sambil memberi penghormatan kepada budaya Hakka yang kini menyaksikan kebangkitan hasil usaha generasi baharu orang Hakka di Taiwan.

Naib Presiden & Ketua Pengeluaran & Kreatif untuk KC Global Media, Derek Wong,berkongsi bahawa melalui kerjasama dengan Majlis Hal Ehwal Hakka Taiwan, mereka dapat menyebarkan dan mendidik rakyat Malaysia tentang sejarah budaya dan warisan Komuniti Hakka yang mungkin tidak pernah diketahui atau sudah lama dilupakan.

“Dipilih oleh Majlis Hal Ehwal Hakka untuk menghasilkan dan mendokumentasikan destinasi pelancongan paling ikonik di Taiwan merupakan satu peluang yang sangat istimewa di mana pengalaman ini mengukuhkan lagi jenama kami sebagai tenaga kreatif di sebalik perkongsian hati dan jiwa masyarakat Hakka.”

“Melalui Docutainment ini, kami menawarkan pengalaman pembelajaran holistik yang menggabungkan elemen pembikinan filem dokumentari dengan unsur hiburan melalui ruang visual, dalam talian dan audio, khas buat rakyat Malaysia, dan kami berharap untuk menghasilkan lebih banyak projek yang bermakna pada masa hadapan,” ujar Derek.

Dihoskan oleh jurugambar British, Chris Stowers dan penulis makanan dan pelancongan Taiwan yang telah memenangi anugerah, Danny Wen Shi-Kai, episod istimewa satu jam ini membawa penonton melalui perjalanan keluarga nenek moyang Danny di Raknus Selu Trail yang ikonik.

Dihoskan oleh jurugambar British, Chris Stowers dan penulis makanan dan pelancongan Taiwan, Danny Wen Shi-Kai

Dalam masa yang sama, adat resam dan kisah warisan Hakka turut dikongsi bersama kesan budaya Taiwan moden terhadap komuniti Hakka. Ia turut menceritakan teras naluri warga Asia yang mementingkan konsep kemasyarakatan dan tradisi yang perlu diteruskan.

Penonton juga akan menyaksikan Danny dan Chris mengembara ke Sankeng Old Street di Taoyuan, sebuah repositori budaya dan seni bina warisan Hakka sebelum bertolak ke titik permulaan Raknus Selu Trail, yang digunakan untuk mengangkut teh ke pelabuhan feri.

Selepas itu, mereka melawat syarikat Taiwan Black Tea sebelum ke Lo Family House, rumah tradisional terpelihara yang satu ketika dahulu pernah didiami oleh pendatang awal Komuniti Hakka. Mereka turut melawat Taiwan Thousand Miles Trail Association (TMI) yang memelihara denai mendaki di sekitar pulau itu.

Raknus Selu Trail ialah rangkaian denai jarak jauh yang pertama di Taiwan, menjangkau lebih 200 km dan meliputi bandar Taoyuan, Hsinchu, Miaoli dan Taichung di Taiwan.

Berlatarbelakangkan denai yang indah dan kehijauan pergunungan, terdapat budaya yang kaya dan berakar umbi dalam tradisi dan warisan yang dipelihara dengan indah oleh orang Hakka yang tidak putus berkongsi minat mereka dengan seluruh dunia.

AXN membawakan Secrets of the Raknus Trail ke dunia supaya penonton dapat mengalami keindahan dan keagungan warisan orang Hakka melalui jejak ajaib yang menjanjikan pengembaraan budaya yang lain daripada yang lain!

Secrets of the Raknus Selu Trail juga akan dipersembahkan dalam siri podcast empat-bahagian dan dihoskan oleh gandingan yang sama. Episod 1 akan menampilkan The Journey di mana kedua-kedua hos rancangan berkongsi pengalaman mereka di sebalik tabir produksi dan perkara yang pelajari sepanjang perjalanan mereka.

Untuk episod 2, podcast tersebut akan merangkumi sejarah dan budaya Hakka, menampilkan Danny yang bercerita tentang zaman kanak-kanaknya. Episod 3 akan merangkumi segmen makanan, termasuk beberapa masakan Hakka yang popular, manakala episod 4 akan meneroka flora dan fauna menarik yang terdapat di laluan ikonik tersebut.

Untuk maklumat terkini mengenai Secrets of the Raknus Selu Trail, anda boleh mengikuti @AXNAsia di Facebook, Twitter, Instagram, YouTube, dan TikTok.

Share:
, ,
You may also like
Latest Posts from Travellah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *