Indonesia memang terkenal dengan pelbagai destinasi pelancongan yang menarik. Jadi tidak hairanlah kenapa terdapat semakin banyak syarikat penerbangan tambang-rendah di rantau ini. Malah, kesemua syarikat penerbangan ini berlumba-lumba untuk memberikan perkhidmatan terbaik.

Salah satu daripadanya yang kian mula mendapat tempat di kalangan pengembara serantau adalah Citilink. Bagi yang kurang tahu, Citilink adalah sebuah syarikat penerbangan tambang rendah yang berpangkalan di Indonesia. Ia merupakan anak syarikat Garuda Indonesia dan merupakan pilihan penerbangan alternatif buat ramai pengembara tegar.

Gambar oleh Paulus Situmorang

Selain memberi tumpuan kepada penerbangan tambang rendah serantau ia juga menempuhi perjalanan jarak jauh ke beberapa destinasi Indonesia lain. Malah, Citilink juga menawarkan penerbangan langsung dari Kuala Lumpur ke Padang, Pekanbaru dan Jakarta selain Pulau Pinang ke Medan.

Ia menerajui penerbangan ke seluruh Indonesia dan beberapa kota ASEAN lain pada harga yang sangat berpatutan dan kompetitif.

Pihak Travellah diberi peluang untuk mengalami sendiri perkhidmatan yang ditawarkan oleh Citilink baru-baru ini dengan merasai pengalaman terbang ke Jakarta, Indonesia.

Kami diberi kesempatan untuk terbang ke kota Jakarta dari terminal 1 lapangan terbang KLIA.

Yang menariknya, biarpun ia menawarkan harga tambang tiket yang rendah semua penerbangan antarabangsa sudah termasuk dengan bagasi yang boleh didaftar seberat 15kg serta hidangan makanan!

Selain makanan percuma yang diberikan penumpang boleh juga membeli makanan tambahan jika mahu.

Semestinya, semua makanan yang dihidangkan adalah ditanggung halal.

Sewaktu pihak Travellah mencuba perkhidmatan ini, kami disajikan dengan menu ringkas berupa nasi ayam Betutu dan minuman air mineral sewaktu terbang di tengah hari dari Jakarta.

Dari Kuala Lumpur pula kami disajikan dengan roti sosej dan air mineral sewaktu penerbangan malam.

Pengalaman menaiki penerbangan Citilink memang selesa dan menyeronokkan. Ini diserikan lagi dengan bantuan anak-anak kapal yang sangat ramah dan sentiasa sedia membantu.

Sambil menikmati hidangan yang lazat, para penumpang juga boleh membaca majalah yang banyak berkongsi info menarik tentang destinasi-destinasi pelancongan serta perkembangan gaya hidup yang lain.

Mereka juga menjual barangan bebas cukai di dalam katalog pesawat.

Kami benar-benar menikmati penerbangan bersama Citilink dan berpeluang menjelajah kota Jakarta dengan riang.

Jadi sekiranya anda tercari-cari penerbangan tambang rendah yang selesa dan penuh kemudahan untuk percutian seterusnya ke Indonesia, cubalah Citilink, kami yakin anda akan menyukainya!

Travellah telah diterbangkan ke Jakarta dari Kuala Lumpur oleh Citilink.

Terima Kasih Citilink di atas kerjasama yang telah diberikan. Layari Citilink untuk tawaran luar biasa hari ini!

Share:
, , , , , , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah