Di kala industri pelancongan perlu sedia menangani impak pandemik Covid-19, Selangor memperkukuhkan status sebagai destinasi pelancongan pilihan rakyat Malaysia dengan seleksi produk pelancongan baharu yang berpotensi menggamit kedatangan pelancong. Jom semak senarai yang berikut.

1) Singgah Santai Resort, Hulu Langat

Singgah Santai Resort merupakan penginapan berciri resort terbaharu di daerah Hulu Langat dengan menawarkan pelbagai jenis bilik penginapan mengikut keperluan pengunjung. Di sini turut disediakan pelbagai ruang untuk bersantai di sekitar resort. Para penggemar aktiviti percutian dan ‘backpacking’, atau pengunjung yang datang bersama keluarga dan anak-anak kecil pastinya akan menikmati pengalamanan menyeronokkan kerana suasananya yang mendamaikan; agak terpencil dari hiruk-pikuk kota.

Alamat: Kg Batu 14, Jalan Felcra Semungkis, Hulu Langat, Selangor.

2) Tugu Badminton Anak-anak Sidek, Banting

Monumen di pekan Banting ini dibina bagi memperingati jasa anak-anak Sidek yang pernah mengharumkan nama negara sehingga ke peringkat dunia dalam arena sukan badminton. Kisah mereka juga pernah menjadi nukilan dalam siri animasi dan komik yang amat popular suatu ketika dulu; Anak-Anak Sidek.

Tugu ini didirikan di dalam kawasan kediaman Tuan Haji Sidek di mana ianya adalah tempat tokoh-tokoh badminton negara tersebut membesar. Kini, ianya merupakan salah satu tarikan dengan nilai sejarah di Pekan Banting, Kuala Langat.

Alamat: Jalan Sultan Alam Shah, Kampung Kanchong Darat, 42700 Banting, Kuala Langat, Selangor.

3) Air Terjun Sungai Lepoh, Hulu Langat

Air Terjun Sungai Lepoh merupakan tarikan terbaharu di daerah Hulu Langat. Juga dikenali sebagai Sungai Lopo ataupun Sungai Lepok, kawasan air terjun ini merupakan kawasan perkelahan yang sentiasa menarik minat penggemar aktiviti pendakian serta pencinta alam yang tinggal di sekitar Lembah Klang, terutamanya ketika hujung minggu dan cuti umum.

Alamat: Lot 3461, KM22 Sungai Lepoh, Kampung Kuala 43100, 43100 Hulu Langat, Selangor.

4) Anjung Spotter, KLIA Plane Spotting

Anjung Spotter, terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa  Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor. Kini ia dibuka kepada orang ramai terutamanya peminat kapal terbang dan fotografi. Di sini, anda berpeluang untuk melihat dan merakam gambar pesawat yang berlepas atau mendarat di KLIA dari sudut-sudut yang menarik. Konsep terbuka di Anjung Spotter ini juga memberikan pengalaman luar biasa kepada pengunjung, serta dapat mencipta memori tersendiri terutamanya di kalangan kanak-kanak.

Alamat: Jalan Pekeliling , Kuala Lumpur International Airport, 64000 Sepang, Selangor.

5) Ardence Labs @ Eco Ardence, Setia Alam

Ketika ramai yang berlumba-berlumba mencari tempat-tempat menarik untuk dikongsi di akaun media sosial, pemaju hartanah di Selangor turut tidak terkecuali mewujudkan tempat-tempat menarik di sekitar pembangunan mereka. Sebagai contoh, Ardence Labs @ Eco Ardence merupakan tarikan terbaharu di Setia Alam di mana para pengunjung berpeluang merakamkan gambar yang menarik dengan elemen 2D, 3D, grafitti dan lain-lain.

Alamat: Eco Ardance Sales Gallery PT 8, Persiaran Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor.

6) Elmina Central Park, Shah Alam

Elmina Central Park merupakan kawasan riadah yang mempunyai trek joging yang dikeliingi pepohon menghijau. Pengunjung taman juga dapat menikmati kemudahan aktiviti berbasikal dan kasut roda. Bintang utama tarikan ini sudah pastilah Elmina Iconic Bridge yang berwarna-warni. Boleh rakam sebanyak mana gambar yang anda inginkan.

Alamat: Seksyen U16 City of Elmina, 40160, Selangor.

7) HL Dragon Fruit Eco Farm, Sepang

HL Dragon Fruit Eco Farm ini bukan sahaja mempunyai ladang tanaman buah naga yang luas, malah ia turut menyediakan pelbagai aktiviti pertanian untuk diterokai oleh pengunjung. Anda berpeluang untuk merasai pengalaman menanam sendiri pokok buah naga, memetik buah naga segar, mempelajari pendebungaan bunga buah naga, serta menjelajahi keindahan kebun buah naga dengan khidmat jurupandu yang berpengetahuan luas.

Alamat: Lot 7608, Jalan Besar, Baru Satu, 43900, Sepang, Selangor.

8) Kolam Air Panas Sungai Serai, Hulu Langat

Bertempat di Kampung Sungai Serai, Hulu Langat, Kolam Air Panas Sungai Serai merupakan sebuah tarikan terbaharu buat pencinta alam semulajadi. Di sini terdapat banyak kolam air panas memandangkan struktur tanahnya yang mempunyai kandungan belerang yang tinggi. Kolam air panas ini juga merupakan destinasi yang tepat untuk disinggahi selepas puas berendam di kawasan air terjun yang banyak terdapat di daerah Hulu Langat.

Alamat: Lot 769, Jalan Sentosa 11/A, Taman Desa Sentosa, Hulu Langat, Daerah Hulu Langat, selangor.

9) Woodhouse KKB IO Home, Tinggian, Kuala Kubu Bharu

Woodhouse KKB IO Home menawarkan pengalaman menginap di rumah kayu yang cukup unik serta penuh privasi. Menginap di sini memberi peluang untuk anda menikmati pemandangan puncak Bukit Kuala Kubu Bharu yang menakjubkan. Woodhouse KKB IO Home dilengkapi dengan kemudahan moden untuk penginapan yang selesa dan serba mewah.

Ia juga memiliki kolam renang, dua bilik tidur besar dengan bilik mandi individu, dapur luar yang dilengkapi dengan peralatan memasak, ruang makan, kemudahan untuk aktiviti barbeku, mesin basuh, TV kabel, meja belajar, serta banyak lagi.

Alamat: Jalan Harmonian 2, Off Jalan Padang Golf, Tinggian, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor

10) Bukit Chenuang, Hulu Langat

cof

Bukit Chenuang yang terletak di daerah Hulu Langat mempunyai potensi untuk menjadi pilihan para penggemar aktiviti pendakian selepas Bukit Broga. Ini kerana trek dari pintu masuk Hutan Lipur Sungai Chongkak ke puncak Bukit Chenuang dilengkapi dengan tanda arah yang jelas serta memudahkan. Di sepanjang perjalanan juga terdapat beberapa batang anak sungai untuk melepaskan lelah dan bersantai sebelum meneruskan perjalanan.

Alamat: Pejabat Hutan Daerah Selangor Tengah, Tingkat 1, Blok B, Platinum Cheras, 43200 Cheras, Selangor

Untuk informasi lanjut, sila layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel dan di laman YouTube di saluran ‘Tourism Selangor’.

Share:
, , , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *